Tuesday, 15 September 2015

Resipi : Kentang Putar / Mashed Potato Yang Sedap Dan Mudah - Hanya Gunakan 4 Bahan Utama Saja!

Assalamualaikum,

Resipi : Kentang Putar / Mashed Potato Yang Sedap Dan Mudah - Hanya Gunakan 4 Bahan Utama Saja! Ada beberapa cara untuk buat kentang putar ni. Apa yang Kak Fay nak sharekan ni adalah salah satu cara yang paling senang. Bahan-bahan utamanya sangat mudah dicari - kentang, mentega, mayonnaise dan sedikit stok ayam atau kiub ayam. Itu saja! Memang menjimatkan. Dahlah tu, rasanya juga sedap! Pendek kata, memang menjilat pingganlah dibuatnya!

Sebenarnya kentang putar ni akak buat masa dinner semalam untuk dimakan sekali dengan Honey Lime Roasted Chicken atau nama Melayu nya seperti yang tertera dalam surat beranak - Ayam Panggang Madu & Limau. Kemudian dipadankan pula dengan Buttered Rice. Om nom nom nom. Sampai akak dan hubs tersadai kekenyangan sambil gosok-gosok perut lepas tu! 

Naah... ini kentang putar atau mashed potato yang dimaksudkan tu. Resepi ayam panggang Kak Fay hutang dulu. Tu akak tepek kemudian ya. Insya Allah kalau entri tak terperam lama sampai terpaksa masuk muzium! Bahahaha.

Resepi Kentang Putar / Mashed Potato

Kentang putar, honey lime roasted chicken dan buttered rice.

Bahan-bahan untuk membuat kentang putar :

- 5 biji kentang
- Air untuk merebus kentang
- Sedikit garam
- 4 sudu besar mentega
- 4 sudu besar mayonnaise
- Sedikit stok ayam. Kalau tak ada boleh gantikan kiub ayam (1/4 - 1/2 kiub saja)

Cara- cara untuk membuat kentang putar yang sedap dan senang ini :

Mula-mula sekali didihkan air. Masukkan kentang yang dah dibuang kulitnya. Campakkan juga sedikit garam. Biarkan sampai kentang betul-betul empuk dan lembut. Bila dah empuk, padamkan api dapur dan toskan kentang tadi. Kemudian lecek-lecekkan kentang sambil masukkan butter. Masukkan juga mayonnaise dan kiub ayam/ stok ayam  sikit-sikit. Kacau-kacau supaya bahan-bahan tadi rata. Lecek lagi sampai kentang betul-betul hancur dan halus. Kalau gunakan kiub ayam, mungkin kentang akan nampak kering. If this is the case,  masukkan air masak sikit. Siap!

See, senang saja kan? Selamat mencuba dan menjamu selera. Bertemu lagi dalam kelas masakan yang akan datang. Ecececeh!



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

15 comments:

  1. sedapnya...tgok gambar terus lapar..senang jugak nak buat eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita lapo bersama-sama. ☺
      Ya AS, senang je membuatnya.

      Delete
  2. Bru je plan nk wat jap lg tbe2 nmpk resepi akak..tp xde mayonnaise la plak..if xletak mayonnaise bleh ke kak?

    ReplyDelete
  3. Bru plan nk buat jap lg tbe2 nmpk resepi akak..tp xde mayonnaise..xletak mayonnaise xpe ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak butter je pun rasa dah ok juga tu dik.

      Delete
  4. hai... salam perkenalan...sy dari johor ;)
    Nice blog & done follow..
    follow me back =)
    http://fiedan.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Fiedan,
      Salam perkenalan juga. Terima kasih sudi singgah sini. Insya Allah nanti saya singgah dan follow balik.

      p/s: saya pun orang Johor jugak!

      Delete
  5. suka makan. bleh try la resepi ni nanti

    ReplyDelete
  6. Sedapnya... nampak sangat menyelerakan... boleh lah nak cuba nanti..

    ReplyDelete
  7. jenjalan jap tengok resepi... selamat hari malaysia http://bit.ly/1KeTBFM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Malaysia juga, Khairul. ☺

      Delete
  8. tq for this sharing!!! yayac dari BW UZU ...BW sini....yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya

    http://www.yayacendana.com/2015/09/kaio-studio-photographer-videographer.html

    tq.... :)

    ReplyDelete