Thursday, 19 June 2014

RESEPI SERUNDING AYAM - GARENTI JADI!

Assalamualaikum,

Lama sangat dah rasanya aku tak up entri masak-masak kat blog ni. Hari ni aku nak share resepi Serunding Ayam... korang follow je step yang ada, insyaallah menjadi. Serunding ayam nilah yang aku bawak pergi Tokyo dan sikit sebanyak bukan setakat mengenyangkan perut aku dan hasben tapi membantu mengurangkan budget makan kitorang kat sana :) Dua, tiga hari sebelum bertolak gigh aku masak serunding ni kat dapur... malam-malam pulak tu! Orang kalau ada angin macam nilah... datang angin rajin tengah-tengah malam buta pun masak! Kalau tengah malas, masak maggi pun aku malas... kalau boleh nak pergi makan kat kedai! Hahahah... 

Cuma part yang cerewet tu time nak siat-siat isi ayam... bab ni memang boleh kebas punggung. Tengok dalam bekas macam banyak je isi ayam tu.. uwaaa... rasa nak nangis. Last-last sambil siat tu sambil masuk mulut... haa baru cepat siap!

Bahan-bahan :

- 1 kg isi ayam
- 1 kg santan
- 3 genggam jintan kasar *sangai (goreng tanpa minyak). Lepas tu blend kasar-kasar sebab kalau halus 
  sangat nanti tak sedap.
- 3 genggam ketumbar *sangai dan buat sama macam jintan kasar
- 1/2 kilo bwg besar
- 10 ulas bwg putih
- 2 senduk gula pasir atau brown sugar, garam secukup rasa
- 5 senduk cili kisar
- 2cm halia
- Kerisik dari 1/2 biji kelapa
- Minyak untuk menumis
- Secawan air asam jawa/ asam keping

Cara-cara :
Rebus isi ayam sampai empuk. Bila dah empuk toskan dan siat halus-halus - Letak tepi dulu.

Blendkan bwg merah, bwg putih dan halia dan tumiskan bersama cili kisar sampai garing. Lepas tu masuk pula jintan dan ketumbar yg telah diblend. Kacau-kacau dan biarkan sekejap sampai naik bau. Masukkan santan.  Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi, masukkan garam, gula, dan kerisik. Akhir sekali masukkan air asam. Masak menggunakan api kecil selama lebih kurang 3 jam. Sampai garing dan kering baru angkat.


Masa masak ni gas kat dapur aku dah dalam keadaan kritikal so aku tak masak sampai serunding tu betul-betul kering... tu yang serunding nampak tak berapa gebu. Rupa tak menarik tapi the taste is ooolaalaa! Masa tu risau takut tengah-tengah masak gas abis satu hal lak nak cari kedai gas yang masih bukak. Siapa suruh masak tengah-tengah malam buta kaan? Last-last minggu lepas... sebulan lebih lepas masak serunding baru gas habis! Cis...


'Till then... selamat mencuba... be positive & pro-active!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

14 comments:

  1. Hoyeeee serunding ayam tu, Jm ni suka mkn tp x pandai masak so lepas ni boleh kah try heee. Boleh tak nk gantikan dgn ikan tp yg x tahan tu perlu goreng 3 jam tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye JM.. 3 jam nak kena jaga kuali je.. tu tak masuk masa nak kena siat-siatkan daging lagi tu! Nangis... patutlah mahal orang jual serunding ni yek.

      Delete
  2. salam singgah. wajib buat bila raya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikusalam Umi... terima kasih singgah sini. dah siap serunding tu nanti courier kat saya yek.. hehe :)

      Delete
  3. Nak cuba gak la. .kalau jadi tahniah kat diri sendiri. .kalu x pun masyaallah...xpernah buat seumur hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat tak? Caner... jadi tak? * Sori lambat reply. Tak perasan komen awak senelum ni. Grrr... mahap ek.

      Delete
    2. Jika guna periuk cerdik spd inoxa, tak perlu jaga, kacau sedikit sejam sekali dah cukup, tapi ambil masa dekat 2 hari baru kering, cuma tak penat kacau

      Delete
  4. salam, nk tanye serunding boleh tahan berapa lama ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear. Kalau simpan dalam peti sejuk boleh tahan berbulan-bulan. Kalau kat luar dalam 3 -4 hari biasanya ok lagi tapiiii make sure tak sentuh dengan tangan dan ceduk guna sudu yang kering ya. :)

      Delete
  5. assalamulaikum. nak tanya kalau ayam tu kita blend boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, Erkkk... rasanya kalau blend hancur sangat ayam tu nanti. Kalau nak buat chicken meatball ok laa kot? :)

      Delete
  6. salam. kalau pakai daging boleh tak? :)

    ReplyDelete
  7. Sy dh try..jadi...syoknya... sedap..t.kasih ye kongsi resepi 😉

    ReplyDelete