Monday, 22 June 2015

Kurma Ayam - Lagi Resepi Mudah Untuk Berbuka Puasa.

Resepi Kurma Ayam untuk berbuka puasa. Lagi resepi yang mudah disediakan dan diharap boleh memberikan idea untuk hidangan berbuka nanti. Ini lauk masakan akak hari kedua puasa haritu. Memang favourite akak pun kurma ayam ni. Eh, aku ni bab makan memang semua pun favourite! Kuikui.

Akak suka masak kurma ayam ni sebab :  satu - bahan-bahannya senang nak cari. Cuma guna bahan-bahan asas yang memang garenti ada kat dapur rumah kita.  Bawang merah, bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang bagai tu mesti ada stok kaan?.

Kedua, proses membuatnya tak rumit atau merenyahkan. Macam Laksa Johor tu kan agak cerewet. Nak kena rebus kemudian kisar ikan untuk buah kuahlah.. spaghetti pun nak kena rebus dulu... Lepas tu kena potong bahan-bahan untuk buat ulam lagi. Pulak tu setiap bahan ada cara potongnya. I kenot sabar! Kalau boleh nak makanan tu cepat dimasak kemudian terus ngap! Dan yang ketiga... Kurma ayam ni rasanya juga sedap. Inilah faktor yang paling penting sekali. Untuk lebih zasss, campakkan pulak telur rebus 2, 3 biji. Uuumpphhh! Daah... enuff intro yang panjang berjela-jela. Resepinya as follows :


Bahan-bahan :

- Daging ayam : Akak guna 1/4 ekor ayam. 
- 5 sudu besar serbuk kurma (so far akak guna serbuk kurma Adabi atau Baba's. Dua-dua pun sedap cuma Adabi lebih rasa rempah)
- 5 biji bawang merah dikisar *
- 4 ulas bawang putih dikisar *
- 1/2 inci halia *
(campurkan terus semua bahan kisar bertanda * dengan serbuk kurma dan sedikit air hingga jadi pes yang sederhana pekat)
- 1 labu bawang besar potong 4
- Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih.
- Sedikit santan 
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air as kuah
- 3 biji telur rebus
- Kentang potong 4
- Carrot dipotong memanjang
- Beberapa biji cili hidup untuk dicampakkan ke dalam kuah

Cara-caranya : 

Panaskan minyak. Bila minyak dah panas masukkan pes kurma yang dah dicampurkan dengan bahan kisar tadi. Masukkan sekali dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Biarkan sampai pes naik bau dan garing. Kemudian masukkan ayam dan kacau-kacaukan. Lepas tu masukkan air. Bila dah mendidih masukkan pula kentang. Biar sampai ayam dan kentang empuk. Masukkan pula santan. Kacau-kacaukan. Kalau tak nak guna santan boleh skip part ni. Akak pernah try masak kurma tanpa letak santan, oklaa... sedap juga rasanya.  Bila kuah dah pekat dan sebati masukkan telur rebus dan bawang besar. Last sekali masukkan garam secukup rasa. Done!

Sedap dimakan dengan nasi panas, sambal belacan yang dititiskan dengan limau nipis, sayur bende goreng, ikan kering dan telur dadar. Hemmm... memang finger licking good!




-lotsa luv-





8 comments:

  1. nyum2. nampak sangat sedap. ni yang nak mintak umi uncle buat ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time puasa semua benda nampak sedap especally air!!!! :D

      Delete
  2. Antara lauk fav kalau mak masak ni. Memang dah lama tak merasa. Boleh request utk berbuka nanti...BTW...follow sini yer..

    ReplyDelete
  3. kak fayreeeeeeen! sekarang saya pulak terliur. nnt kena cuba ni

    ReplyDelete
  4. ishh..pesal pandai masak sgt nih..untung en hasben

    ReplyDelete
  5. Try masak jap lg... bini request kurma ayam.. hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Masak kurma nie lawannye dengan kuah ais asam +telur goreng mata kerbau yg 3suku masak.....memang terbaeeekkklah.

    ReplyDelete