Thursday, 3 July 2014

RESEPI SAMBAL AYAM!

Assalamualaikum,

Hari ni nak share satu resepi yang sangat simple tapi sedap - Sambal Ayam. Sebenarnya, aku ada beberapa version sendiri resepi ni... semuanya main campak-campak aje dan memang simple. Di antara 2,3 version ini yang paling senang :)


SAMBAL AYAM 

Bahan-bahan :

- 6 potong ayam
- sedikit serbuk kunyit
- 8 sudu besar cili kisar (nak kurangkan atau lebihkan pun boleh)
- 2 labu bawang besar (1 labu dikisar, 1 labu lagi dihiris kasar)
- 3 ulas bawang merah (dikisar)
- sedikit air asam jawa
- sedikit air
- 1 batang serai (dititik)
- sedikit gula dan garam

Cara-caranya :

Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan gorengkan sampai ayam masak tapi jangan terlalu garing. Lepas tu, tos dan ketepikan ayam. 

Kisar 1 labu bawang besar bersama-sama 3 ulas bawang merah tadi dan tumis menggunakan separuh minyak gorengan ayam sampai naik bau. Masukkan pula lada kisar, campakkan serai, kecilkan api dan biar sehingga hampir kering. Untuk hasil yang lebih uumphh pastikan api memang betul-betul kecil. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan ayam dan bawang yang dihiris kasar. Kalau dah terlalu kering, masukkan sedikit air. Biarkan dalam 10 minit sehingga semua bahan sebati dan naik minyak. Kalau nak berkuah lebihkan air dan biarkan kuah sedikit pekat baru angkat. Kalau cair sangat tak sedap pulak nanti. Siap!

Haa, senang saja kaan? Lauk ni sodap kalau dimakan dengan telus masin masa nasi masih panas... slurrrp. Selamat mencuba! :)



-lotsa luv-
Fayreen Mizan











4 comments:

  1. Ha'a mmg simple tgk gambar dan resipi mudah je nk buat tp rasanya pasti berbeza kan sbb air tangan yg rajin masak mcm fayreen ni mesti lg sedap. Tq kongsi resipi Jm dh salin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala JM ni, main campak-campak je :)

      Delete
  2. huiyooo buat lebih skit gua mau rasa skittttt xbleh tahann ooo tengok ini ayam sambai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boley... nanti akak courier ya :)

      Delete