Hari ini hakak nak share resepi yang amat praktikal untuk dimasak terutama sekali di bulan puasa ni sebab rasanya sedap, menjimatkan masa dan tidak perlukan banyak bahan untuk membuatnya - TELUR BUNGKUS! Cepat dimasak... sedap dimakan... haa, macam tulah tag linenya! Nampak macam cerewet nak buat tapi sebenarnya tak korang... senang saja nak masak Telur Bungkus ni - pejam mata pun boleyyyy! Ceh, macam ada unsur-unsur riak di situ... hahahaha!
Kita boleh gunakan sama ada ayam yang dipotong dadu kecil-kecil//daging kisar atau daging burger. Kalau gunakan ayam atau daging kisar, lebih sedap kalau kita letakkan sedikit garam dan perasakan dengan lada sulah dulu. Tapiii, kalau gunakan daging burger biasanya aku tak letak apa-apa sebab daging burger ni biasanya dah siap-siap ada perasa kaan. Biasanya, aku memang guna daging burger je.
RESEPI TELUR BUNGKUS
Bahan-bahan :
- 2 biji telur
- 1 genggam lebih isi ayam/ daging kisar
- 1 genggam lebih isi ayam/ daging kisar
* jika gunakan daging burger, gunakan 1 keping sahaja (hancur-hancurkan)
- sedikit mix veggie (optional)
- 1/2 labu bawang besar (potong dadu kecil-kecil)
- 1 ulas bawang putih (cincang halus)
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- sedikit garam dan lada sulah
Cara-cara :
Untuk inti :
Perasakan ayam/ daging kisar dengan sedikit lada sulah dan garam dan ketepikan sebentar. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali dan panaskan. Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang besar, biarkan sampai layu. Masukkan pula isi ayam/ daging kisar/ daging burger dan biarkan sampai masak sekata. Lepas itu masukkan pula mix vege dan biarkan dalam 1 minit. Kemudian masukkan semua sos dan kacau-kacau sampai rata. Kalau inti terlalu kering, masukkan 3-4 sudu besar air ke dalam kuali. Ketepikan dulu inti yang sudah siap.
Untuk Telur Dadar :
Pukul telur dengan sedikit garam. Kalau nak telur lebih berlemak, masukkan secubit butter ke dalam telur. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tuangkan telur tadi. Maku sure gunakan api dapur yang kecil. Pusing-pusingkan kuali supaya telur jadi bulatan besar yang sederhana nipis. Bila telur sudah masak, angkat telur dan letakkan ke dalam pinggan besar. letakkan inti tadi di tengah-tengah telur dan lipatkan. Ambil satu lagi pinggan dan tekapkan telur tadi. Sekarang bolehlah decorade telur dadar yang dah siap ikut tahap kerajinan masing-masing :)
Senang sangatkan resepi ni? Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa ya uols :)
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
thanks..leh cuba ptg ni
ReplyDeleteWelkam Kak T... silakan...
Deletegulppp...tengok gambaq dalam jarak dekat ni mendekatkan lagi dengan rasa lapaq ooo..huhuhuhu...mcm sedapppp
ReplyDeletehaha...next time saya blurkan gambar-gambar masakan yg share kat blog :p
DeleteYa Ampun....dh terliur nih...nak cuba lah ptg nih
ReplyDeleteSilakan JM... senang je resepi ni...pas ni kalau makan kat luar dah tak payah order telur bungkus lagi sebab dah boleh buat sendiri... :)
DeleteSalam Ramadhan Fayreen... slmt menjalani ibadah puasa.. :)
ReplyDeleteterima kasih.... sama-sama laa kita ya Khir :)
DeleteSelamat menjalani ibadah puasa. Hah dapat idea jugak untuk menu bersahur ngn resepi telur ni. Thanks 4 sharing ye.
ReplyDeleteSelamat berpuasa juga ya kak.. share resepi simple-simple je... nak masak yang lebih mencabar saya tak pandai :)
Delete