Tuesday, 26 August 2014

RESEPI KEK BUTTER SEDAP DAN MUDAH!

Assalamualaikum,

Hulurkan apa saja jenis kek garenti aku tak akan tolak. For sure, laju je aku sambut kek tu lepas tu cepat-cepat masuk dalam mulut! Aku memang sukaaaaaaaa makan kek. Suka di tahap kritikal sampai dikenali as hantu kek dalam family!

Hari ni aku nak share resepi KEK BUTTER yang sangat simple dan garenti jadi! Don't worry andai kata korang bukan seorang yang berbakat membaking - macam ahkak ni! Follow saja resepi ni. Beginner yang tak pernah buat kek sebelum ni pun boleh cuba resepi yang sangat senang ni. Aku sendiri pun sebenarnya masih terkial-kial dan bukannya cekap sangat buat kek. Yang aku tau cuma kek yang simple-simple je... jenis-jenis yang advance tu 'buat' dekat counter kedai. Itu memang kena beli!  


RESEPI KEK BUTTER

Bahan-bahan :
- 225 gram butter (biasanya aku habiskan terus seketul butter yang 250 gram tu)
- 1/2 cawan gula
- 5 biji telur
- 3/4 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu segar
- 200 gram tepung gandum atau tepung naik sendiri
* kalau gunakan tepung gandum masukkan 1 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
* tak perlu masukkan kalau guna salted butter
- 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 160 C selama 15 minit. Sambil-sambil tu, griskan loyang dengan butter dan letakkan ke tepi dulu. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam beberapa kali supaya kek lebih halus dan gebu.

Pukul mentega dan gula sampai kembang dan putih. Lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sampai semua bahan sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Kemudian masukkan tepung sikit-sikit... selang selikan dengan susu pekat dan susu segar. Gaulkan sampai betul-betul rata.

Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar di dalam oven selama 40 - 45 minit pada suhu 160 Celcius - *bergantung pada oven masing-masing.

Siap! Boleh potong dan makan bila dah sejuk. Kalau nak lebih sedap, curahkan sikit chocolate sauce atas kek tu... yummy!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


23 comments:

  1. kak fayreen! naz pnah cuba ni tau. memang tak jd. kat tgh nya tak masak. takde bakat even butter cake Y__Y

    ReplyDelete
  2. Laa yeke Naz?? Hehe... takpe2 kadang-kadang kek yang simple2 tak jadi tapi bila buat choc indulgence ke... red velvet ke mungkin jadi! :) hikhik...

    ReplyDelete
  3. Gebunyaa..!nak buat juga la..tq ye..:-)

    ReplyDelete
  4. nurulain syzana9 April 2015 at 16:48

    sis,200g tepung if pakai sukatan cawan bape canyak yew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain, satu cawan tepung = 150 gram, dear.

      Delete
  5. Pernah try . Jadi sangat and sedap . Ramai minta resipi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah. Pos sebijik kat akak plis! :p

      Delete
    2. Harituh dah habis . Nih tengah buad lagi . Best👍🏿

      Delete
  6. Wah kak fay.dh jd food blogger plak ye... Gud job.blh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tak delaa.. setakat share resepi sikit-sikit je. ;)

      Delete
  7. Pakai api bawah atau atas sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak guna api bawah je dear.

      Delete
    2. Google resepi kek butter terus sampai sini.
      Berkira-kira nak membaking malam nanti
      Nak try resepi ni ;-)

      Delete
    3. Silakan. Kalo menjadi courierlaa ke sini yer. Hik..hik!

      Delete
  8. bru nk try bt ni.gula tu guna gula pasir ke?

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Gunakan gula kastor, dear... gula halus pun boleh juga.

      Delete
  10. Hmm... Nk try gak la . Mcm sedap je... Lagipun,sbb tak penah buat kek ... Try lah sbb nmpak mcm senang dn best! :)

    ReplyDelete
  11. Kak Fayreen ... Kalau tak de mixer mcm mane eh? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, masukkan dalam blender pun boleh dik. Serius ni. Lagi cepat! Tapi make sure blender dah dibasuh bersih n tak ada kesan cili, serai bagai laa ya. ;)

      Delete
  12. thanks 4 ur sharing..sedang bakar kek butter..jadi atau tak tgu la nt..hehe

    ReplyDelete
  13. Sedang bakar kek butter..rasmi oven baru beli...kuikuikui..harap2 menjadi la..tq krn share resepi ni

    ReplyDelete