Assalamualaikum,
Resepi Sambal Kacang Yang Sedap, Ringkas Dan Mudah Dimasak (Versi Kuah Sate). Dah lama rasanya tak main masak-masak kat blog ni. Adakah itu bermakna dapur tak berasap sejak Hari Raya lagi?? Jeng... jeng...jeng.. Neeehhh! Untuk kaber line, meh akak tepekkan sikit resepi kuah sambal kacang yang sekali cuba pasti nak lagi, dua kali cuba sure termimpi-mimpikan tukang masaknya, gitu! Cara-cara dan bahan-bahan untuk masak sambal kacang yang mudah ni sila scroll ya. Seperti biasa, cara penyediaan resepi yang akak share kat blog ni semuanya senang-senang belaka dan InsyaAllah garenti jadi kalau cukup semua bahan-bahan dan betul cara masakkannya.

Sambal kacang ni Kak Fay masak masa Hari Raya haritu. Tiba-tiba rasa tak nak version yang biasa tu. Tahun ni nak buat sambal sate pulak. Tapiiii, kacangnya agak kasar sebab panic attack datang tanpa sebab. Tiba-tiba rasa macam makanan tak sempat masak sebelum pergi solat raya. Tu yang tumbuk kacang lebih kurang je. Aku kalau kat dapur kan memang mudah panik. Takut bahan tak cukup laa... takut gas habislah... takut rasa makanan tak sedap laa. Complicated betul ini pompuan! Bahahaha.
Bahan-bahan Untuk Sambal Kacang :
- Kacang tanah (anggaran 7 - 8 genggam)
- 5 tangkai cili kering *
- 5 biji bawang merah *
- 5 ulas bawang putih *
- 3 batang serai *
- 1 inci halia *
- 1/2 inci lengkuas*
- 1 ketul gula melaka - potong kecik-kecik
- Sedikit air asam jawa
- Air
- Garam
- Gula
Cara-cara Membuat Kuah Sambal Kacang Yang Sedap :
Mula-mula gorengkan kacang tanah dengan sedikit minyak. Make sure kacang masak dengan sempurna - tak mentah, hangus atau bertukar warna hitam sebab kalau kacang hangus, alamatnya pahitlah sambal kacang ni nanti. Kalau kacang masih mentah pulak, kuah sambal akan rasa pelik dan terus hilang kick. Pendek kata, inilah step paling kritikal dalam penyediaan kuah kacang. Bila dah siap digoreng, ketepikan... toskan minyak berlebihan kalau ada dan biarkan kacang sejuk sekejap kemudian baru ditumbuk. Note : jangan tumbuk terlalu halus... nanti jadi peanut butter pulak! Hahaha.
Step seterusnya, hiris kesemua bahan bertanda * dan gorengkan dengan sedikit minyak. Kemudian toskan dan blend semuanya sampai halus. Lepas tu, masukkan kesemua bahan yang dah dikisar tadi ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan sekali kacang tanah dan air asam jawa. Masukkan juga air supaya kuah sambal tak terlalu pekat. Bila dah mendidih, masukkan gula melaka sikit-sikit sehingga mencapai kemanisan yang dihajati. Masukkan juga sedikit gula. Akhir sekali masukkan garam. Kacau-kacaukan kuah sambal ni dan biarkan masak di atas api yang kecil sehingga naik minyak. Siap!
Nampak macam cerewet tapi sebenarnya tidak. Senang sangat cara membuatnya. Yang best tentang sambal kacang ni, resepinya versatile dan boleh
dimakan dengan macam-macam makanan dari satay sampailah ke ketupat, nasi
himpit, lontong, rojak atau dipadankan dengan lemang juga. Jadi, tak
rugilah untuk belajar masak sambal kacang ni! :) Selamat mencuba dan menjamu seleraaaa.....
-lotsa luv -
Fayreen Mizan
sambal kacang ni my favourite nih... he he he... makan dengan nasi impit, kalau raya memang tak cari lain, ini jerlah yang dicari...
ReplyDeleteHahaha Farah... samalah. Lagipun bukan selalu dapat makan kuah kacang ni 😊
DeleteI is sampai sekarang tak reti buat kuah kacang hahahaah.... leh try belajar ni hihihi
ReplyDeleteSilakan dear...
Deletewah..sedap nye kuah kacang ni..teringin nak cuba resepi ini.. salam blowking..ada masa jemput singgah ye.. http://koleksiresepiemak.blogspot.com/
ReplyDeleteshare tq..
ReplyDelete