Tuesday 4 November 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 4

Assalamualaikum,

Bersambung dari SINI.

Perjalanan merentasi Lake Ashi memang mengasyikan. Sekiranya korang jenis yang appreciate nature, korang sure suka naik Hakone Sightseeing Cruise ni as well. Gabungan pokok-pokok yang menghijau + air tasik yang biru-kehijauan di sesetengah tempat ditambah lagi dengan langit sebagai pelengkap background adalah pemandangan yang sangat oohlaala! Memang gandingan yang mantap walaupun langit diselimuti awan tebal dan mendung sekalipun! Tak kisahlah walaupun Fuji tetap setia menyorok di sebalik awan. Sesekali angin pulak bertiup menampar-nampar pipi (mode kata-kata puitis activated!)... memang momen yang osem walaupun sejuk. Umpama muka ditekapkan dengan ais... kemudian dipakaikan mask bermint + timun dengan bauan lemon. Haa, sefresh itu rasanya muka ni ditiup angin Lake Ashi!!

Sekarang apa kata kita cuci mata dan tengok gambar dulu. Ada beribu-ribu lemon gambar sebenarnya sampai aku tak tahu mana nak pilih untuk ditepekkan kat entri ni.

Hakone Sightseeing Cruise
Menyeberangi Lake Ashi yang berada pada ketinggian 723 meter di atas paras laut dan merupakan tasik terbesar di wilayah Kanagawa.

Hakone Sightseeing Cruise
Simply breathtaking and serene.

Hakone Sightseeing Cruise
Hakone Ryuguden Hotel. Sambil taip entri ni aku sempat survey harga untuk 1 night stay. *Pitammmm....

Hakone Sightseeing Cruise

Hakone Sightseeing Cruise 
Hakone Yamanoue Hotel.

Hakonemori Okada Hotel - kalau tak silap!

Hakone Sightseeing Cruise
Menghampiri Hakonemachi. 

Perjalanan menaiki cruise dari Togendai ke sini mengambil masa lebih kurang 40 minit. Perjalanan selama 40 minit yang amat merelaxkan bagi aku. Pirate ship ni bergerak sepoi-sepoi bahasa saja tapi taklah terlalu perlahan. Kiranya just nice untuk kita merehat-rehatkan minda sambil menikmati keindahan sekeliling.

Hakone Sightseeing Cruise
Hakonemachi.

Hakone Sightseeing Cruise

@ Lake Ashi yang juga diwartakan sebagai Hakone National Park.

Pemandangan berhampiran pier tempat pirate ship berlabuh tadi.


Disambut dengan bunga-bunga yang kembang mekar. 


Sweet sangat!

Misi mengintai Fuji.

Di sinilah port yang paling sesuai untuk melihat keindahan Mount Fuji jika langit cerah. Kalau ditenung gambar ni betul-betul you might be able to see something berbalam-balam kat tengah tu. This was our closest encounter! *Nangis berguling-guling sebab dah sampai spot yang terakhir ni pun Fuji masih nak main acah-acah lagi!

Jauh di sudut hati masih menaruh harapan... pffttt!

Kitorang duduk beberapa minit kat sini mengharapkan awan berarak pergi meninggalkan Fuji sendirian. Sejak sampai Hakone tah berapa kali laa aku asyik puh kiri puh kanan dok 'alihkan' awan. Hampeh sampai ke sudah! Memang tak layak jadi bomoh hujan kalau dah macam ni gayanya...

Misi kami seterusnya - ke Cedar Avenue dan lepas tu terus ke Motohakone.
 
Bergerak ke destinasi dengan hanya berpandukan map yang kitorang dapat masa beli Freepass kat Shinjuku Station tadi tanpa menyedari yang untuk ke sana kitorang kena menapak agak jauh! Boleh hilang separuh berat badan dibuatnya!

 
Nasib baiklah cuaca yang nyaman dan pemandangan yang superb membuatkan kitorang lupa jarak yang terpaksa diterokai on foot. Lagipun, tak boleh nak komplen-komplen sangat. Idea siapa lagi yang bersemangat sangat nak 'hiking' bagai kat Hakonemachi ni kalau bukan idea dari aku sendiri? Hahaha. Jadi, pasrah sajalah dan seret kaki mengatur langkah perlahan-lahan.

Seperti biasa, bab-bab baca map ni memang tugas hubby. Ini dikira portfolio tetap dia bila pergi travel. Aku?? Eii, jangan cari pasal. Direction tunjuk ke kiri aku menghala ke kanan nanti!

Mula-mula kitorang kena lalu Hakone Checkpoint atau Hakone Sekisho Exhibition Hall. Dari sini nanti, barulah boleh teruskan perjalanan ke Cedar Avenue.

Hakone Sekisho ini telah dibina seawal tahun 1619 semasa zaman pemerintahan Edo dan digunakan sebagai sebuah pusat pemeriksaan sehingga 260 tahun kemudian!

 
Checkpoint di sini mengawal senjata yang dibawa masuk ke Edo (Tokyo) dan dalam masa yang  sama juga memastikan isteri atau anak-anak shogun tidak sesuka hati terlepas keluar atau lari meninggalkan Edo. Kawasan ini dikawal rapi memandangkan Hakone berada di laluan utama yang menghubungkan Edo dan Kyoto pada masa itu.

Tempat ini telah dibaik pulih seperti keadaan asal dan ada dewan pameran yang dibuka kepada pengunjung dengan bayaran 500 Yen. Tapi, kalau ada Freepass cuma perlu bayar 400 Yen saja untuk dewasa. Kalau tak nak tengok pameran boleh lalu checkpoint ni tanpa apa-apa bayaran untuk terus ke Cedar Avenue atau Hakone Park macam kitorang ni.

Masa zaman Edo dulu, lookout point ini dijadikan pos kawalan untuk memantau pergerakan kapal di Lake Ashi dan jalan-jalan berhampiran.

Kalau nak tengok view Lake Ashi yang super osem boleh lah usha dari sini. Ada anak-anak tangga untuk naik ke lookout point ni tapi tempatnya kus semangat - tinggiiii! Tengok anak-anak tangga yang tak terkira banyaknya dah cukup membantutkan niat aku untuk naik.


Meneruskan perjalanan...

Laluan ni turun naik bukit sikit tapi taklah terlalu menyeksakan. Jalan berturap cantik dan sangat redup dengan adanya pokok-pokok kat kiri kanan jalan. 

Ada dua pilihan di sini. Sama ada nak ikut trail menyusuri tasik atau ikut bahu jalan macam kitorang ni. Kitorang ikut jalan ni sebab takut kalau ikut trail kat tasik nanti tak perasan dan terlepas pulak nak ke Cedar Avenue.

 
Akhirnya... Cedar Avenue di sebalik lorong kecik di seberang jalan!

Deretan pokok-pokok cedar yang boleh tumbuh setinggi 30 meter!

 
  Ada lebih dari 400 batang pokok cedar berusia lebih dari 300 tahun di sini!

Di Cedar Avenue yang menyimpan seribu cerita dan rahsia.

Cedar Avenue terletak di Old Tokkaido Road yang merupakan laluan utama dari Kyoto ke Tokyo ketika era Edo dahulu. Pokok-pokok cedar ini ditanam atas arahan shogun supaya sesiapa yang lalu di sini terlindung dari sinaran terik matahari sewaktu musim panas atau salji sewaktu musim sejuk. Sampai sekarang masih ada 2 km laluan yang dibiarkan seperti keadaan asal.

Kitorang cuma beberapa minit je berjalan ikut laluan yang ada. 

Lepas beberapa meter kitorang berpatah balik dan melintas jalan sebab nak sambung perjalanan ke Motohakone ikut trail tepi tasik pulak. Sambil berjalan, sambil betul-betulkan jeans. Rasa jeans macam nak terlondeh sangat daah!! 3,4 hari ni banyak sangat berjalan kot tu yang jeans terus longgar. Padahal aku pakai saiz 28 masa ni... pun longgar! Bukan aku sorang, hubby pun sambil berjalan sambil betul-betul kan jeans sebab rasa macam nak melorot je. Nasib baik pakai belt. Hahaha.

Laluan bersebelahan Lake Ashi...


Sebelah sini pun ada banyak pokok cedar juga!



Bunga liar.

Swan-boat yang boleh disewa untuk mengelilingi tasik.

Pemandangan di Lake Ashi berhampiran Motohakone.

Tori gate berwarna merah nun di hujung sana.


Aman damai sangat rasanya masa ni.

Sejukkkk!

Burung merpati di tepi tasik yang sangat jinak.


Super loike!

Menghampiri Motohakone.

Masa ni bukan setakat gila vavi punya penat... tekak pun dahaga yang amat. At one point rasa macam nak sedut je air tasik tu sebab bekalan air kitorang dah habis... dah kering kontang! Perut pun dah berkeriak keriuk berdangdut. Segala macam roti, energy bar dan coklat semua dah habis kaitorang balun. Nasib baiklah dalam keadaan macam tu nampak kelibat 7 Eleven di tepi tasik!

Ended up kitorang beli 3 jenis air sorang.  Tak ada istilah share-share dah masa ni. Laki bini sama naik selfish! Hahaha.

 
Bas untuk bawak kitorang balik semula ke Hakone Yumoto berhenti di stesyen yang cuma sekangkang kera saja dari 7 Eleven. Tak payah menapak jauh-jauh. Legaaaaaa....

Dengan muka penuh kepenatan kitorang duduk kat bench yang ada menunggu bas untuk balik. Penat punya pasal walaupun ada Gotemba Premium Outlet dekat-dekat sini, the thought of shopping tak cukup kuat untuk menarik minat aku. Selamat $$$!

Akhirnya kitorang dibawa turun semula ke Hakone-Yumoto menaiki Hokone Tozan Bus dan ini melengkapkan Round Trip Hakone Course kami. Perjalanan selama 40 minit ni menuruni cerun-cerun bukit dan selekoh exactly macam perjalanan ke Genting Highlands. Masa ni aku dah tak berapa fokus dengan pemandangan di luar sebab dah tak larat rasanya nak bukak mata.

Hakone Tozan Bus


View sebaik saja sampai di Hakone Yumoto.

Dari Hakone Yumoto kitorang naik pula Hakone Tozan Line untuk ke Odawara sebelum naik Odakyu Odawara Train terus ke Shinjuku Station. Perjalanan satu hari ni memang panjang dan memenatkan tapi berbaloi sangat-sangat walaupun ada beberapa benda yang kami missed - Mount Fuji, Jinja Shrine dan Gotemba sendiri.

Sebagai summary entry yang berjela-jela panjangnya ni, kalau nak ke Hakone eloklah beli Hakone Freepass sebab lebih menjimatkan. Round-trip coursenya pun sangat structured. Sebenarnya Round-trip Course ni sendiri ada 2 pilihan. Nanti lepas semua entry Tokyo settle, aku akan buat satu special summary pasal Round-trip Course ni. Dua-dua option sama saja cuma route masa kita mula-mula sampai saja berbeza. Yang penting kita ikut saja recommended course ni betul-betul supaya dapat naik semua rides yang dah covered dalam Freepass.

Next entry --> Asakusa!


Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa 
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Sea lion Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa



-lotsa luv-
Fayreen Mizan






4 comments:

  1. Subhanallah lawa sangat lah view kat Hakone ni. Nak imagine berautumn kat sini pula. Berangan xsudah. Tapi ur pics memang lawa, menggamit betul.

    Kak Fay, jom stay at one of the hotels. Pastu terus balik Msia je the next day. Cuma mampu 1 malam. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. mana mount fuji tu tak nampak pung...kiranya nasib JM baik lah ye..waktu naik cruise tu mmg nampak mount fuji terbentang depan mata :-)

    View laluan di kawasan pokok cedar tu mmg lawa habis..gambar semua cantik pandai pilih angle

    ReplyDelete
  3. Mmg menarik. Nampak segar & gambar pun cantik2.. :)

    ReplyDelete
  4. Menyesal hari tu pergi tapi tak sempat singgah situ. nyesal.. tah bila boleh pergi lagi la..

    ReplyDelete