Wednesday, 12 November 2014

EXPLORING TOKYO : TOKYO METROPOLITAN GOVERNMENT BUILDING & IMPERIAL PALACE (DAY 8 - 9)

Assalamualaikum,

Aku masukkan sambungan cerita hari ke-8 dan ke-9 dalam satu entri. Dah nak sampai penghujung trip Tokyo ni suka-suka hati je entri dirojakkan. Hahaha.

Sambungan dari SINI. Dari Ginza ke Shinjuku cuma lebih kurang 16 minit saja menaiki train.

Ginza ---> Tokyo Metro Marunouchi Line (16 mins, 6.8km, 200 Yen) ---> Shinjuku (JR).

Tempat yang nak dituju di Shinjuku adalah Tokyo Metropolitan Government Building. Untuk ke sini dari Shinjuku Station kitorang ikut JR Shinjuku West exit dan kemudian terus follow arah signage. Sebenarnya jauh juga nak berjalan ke Tokyo Metropolitan Government Building ni walaupun on paper jaraknya cuma 1 km saja. Tak tahulah, mungkin juga cuma perasaan aku je kot. Dah hari-hari last ni berjalan 400 meter pun aku dah rasa macam kena menapak 40 km jauhnya! *Ngada-ngada sangatttt!!

Tokyo Metropolitan Government Building yang tersergam indah depan mata!

Bangunan ini telah dibina dengan kos USD$1 billion dan menempatkan pejabat serta assembly hall dan dibahagikan pada tiga bangunan utama - Tokyo Metropolitan Main Building 1 setinggi 48 tingkat, Tokyo Metropolitan Main Building 2 setinggi 34 tingkat dan Tokyo Metropolitan Assembly Building setinggi 7 tingkat.

Ada dua observatory di Main Building 1 - North Observatory dan South Observatory di mana Tokyo boleh dilihat pada ketinggian 202 meter dari tingkat 45 secara percuma!

Maka, marilah kita lihat view 360 degree bandaraya Tokyo bersama-sama....

Gambar agak kurang sharp sebab tak boleh ambik gambar guna tripod jadi tahap parkinson adalah tinggi!

Tokyo di malam hari.

Penuh dengan cahaya lampu yang berkelipan.

 


NTT Docomo Yoyogi Building dan Tokyo Tower.

Bangunan-bangunan ini umpama diserang kelip-kelip.

Subaru Tower.

Done! Selesai sudah misi hari ke-8. Tapi, masih rasa kurang puas hati sebab tak dapt tengok view waktu siang. Memandangkan admission ke sini percuma saja, kitorang datang semula esoknya untuk completekan collection gambar di siang hari pulak! Ceh... completekan collection gambar kononnn! Padahal aku saja cipta alasan untuk curi-curi kesempatan merayap kat kedai 100 Yen yang banyak terdapat di Shinjuku!

DAY 9

Hari ni dikira hari terakhir untuk pusing-pusing Tokyo sebab kitorang akan bertolak balik ke KL pagi esoknya. Kalau diikutkan hari ni kami plan untuk ke Imperial Palace, Shinjuku dan Tokyo Camii Mosque.

Dipendekkan cerita, dari Horidome Villa Hotel kitorang berjalan kaki ke Imperial Palace yang boleh dikira within walking distance.... cuma ke atas sikit dari Tokyo Station. Kalau dari Tokyo Station, kena keluar ikut Marunouchi Central Exit dan berjalan kaki selama 10 - 15 minit untuk ke sini.

Sambil berjalan ternampak cab ni. Terus membuak-buak semangat nak balik ke Malaysia.

Menghampiri Imperial Palace.

Dari hasil risikan aku sebelum ke Tokyo, untuk masuk ke dalam kawasan istana kena masuk through Kikyomon/ Kiki Gate. Tapi bila dah sampai depan ni tak nampak pulak bayang Kiki Gate. Ada terjumpa gate lain tapi bertutup dan tak dibenarkan masuk dari situ. Atau mungkin kitorang tersilap arah?

Berpeluh-peluh mencari Kiki Gate.



Entrance ni pun tak boleh masuk juga.

Terpaksa keliling hampir separuh kawasan istana semata-mata kerana Kiki Gate.

Akhirnya, kitorang sepakat untuk tak teruskan pencarian sebab penat sangat rasanya masa ni. Bermakna cuma dapat tengok tempat bersemayam keluarga diraja Jepun ni dari luar saja. Nak berpatah balik ke Tokyo Station untuk naik train ke next destination pun dah tak larat. Nak angkat kaki pun dah berat semacam rasanya. Kasut yang comfortable pun dah mula rasa menyeksakan. Nasib baiklah ada stesyen lain berdekatan. Lepas merehatkan urat-urat kaki kitorang ke Shinjuku dari Otemachi Station. *Kan dah kata, menjelang hari-hari terakhir ni memang kitorang ngada-ngada sangat! Hahaha.

Dari Shinjuku Station kitorang menapak ke Tokyo Metropolitan Government Building (lagiii???) buat kali kedua.

Tokyo di siang hari.

Kalau cuaca cerah, dari sini boleh nampak kelibat Mount Fuji.



Macam susunan kotak!



Mount Fuji tetap bersembunyi!

Sebahagian bangunan Tokyo Metropolitan.


Adam & Eve??

Sebahagian sculpture yang ada di bahagian luar bangunan. Kebanyakan sculpture manusia tak sesuai untuk ditepekkan dalam entri ni sebab terdapat unsur-unsur pendedahan aurat yang melampau!

Pernah menjadi bangunan tertinggi di Jepun satu ketika dulu.

Bunga-bunga yang ada di luar bangunan.

Pansy flower.

Bunga daisy.

Dari Tokyo Metropolitan Government Building kami menuju ke Shinjuku Station untuk ke Cando, kedai 100 Yen yang ada di Pepe Building. Ada banyak kedai lain tapi aku pilih untuk ke sini sebab agak dekat dengan station. Lagipun kitorang kena berpatah balik ke station ni semula lepas ni sebab kami nak bergerak ke Yoyogi Uehara pulak untuk ke Tokyo Camii Mosque. 

Landmark untuk ke Pepe adalah Uniqlo store. Agak confusing juga sebab ada 2,3 Uniqlo stores along the way dan dalam Pepe sendiri. Butik pun ada. Aku tak menyinggah pun tapi sempat jugalah menjeling manja. Barang-barang yang dijual pun nampaknya cantik-cantik belaka.

Selesai membeli apa yang patut kitorang berpatah balik ke Shinjuku Station semula. Masa ni dah mula hujan renyai-renyai dengan tiupan angin yang sangat kencang. Macam ribut pun iya juga. Pendek kata kalau berskirt memang akan berlaku adegan tersingkap macam Marilyn Monroe tu! Sesiapa yang berpayung, habis punah ranah dan deformed terus payung diorang. Angin memang sangat kuat. Aku nak berjalan pun rasa terhoyong-hayang... macam nak melayang ditiup angin. *Perasaan yang membuahkan rasa perasan diri sendiri dah makin ringan amat menebal masa ni!

Memandangkan keadaan cuaca yang semakin buruk dengan berat hati kami terpaksa batalkan visit ke Tokyo Camii Mosque dan balik terus ke hotel saja. Masa tengok news petang tu baru tahu rupa-rupanya ribut tadi disusuli dengan hujan ais di Shinjuku dan beberapa kawasan lain!

Malam ini kami habiskan dengan berpusing-pusing di kawasan berdekatan hotel saja. Dah tak larat lagi nak berjalan ke mana-mana. Kekuatan tenaga untuk merayap dah diutilizekan sehabis-habisnya. Kena tidur awal malam ni supaya tak terlajak pagi esoknya. Kalau boleh kitorang nak ke Narita Airport seawal mungkin supaya tak terlepas flight pukul 10.30 pagi nanti. Dah rindu sangat dengan Malaysia. Dah terbayang-bayang roti canai, asam pedas dan budak-budak kucen yang berlari-larian!

 
Hotel Horidome Villa


Next entri ---> Dari Tokyo ke Kuala Lumpur!

Entri-entri yang lepas :

Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa 
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Sea lion Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa


-lotsa luv-
Fayreen Mizan




12 comments:

  1. Replies
    1. Hi dear. Ya... memang cantik. Bersih pulak tu!

      Delete
  2. wah..menariknyer..byk benau bangunan tuh..
    btw..wish me luck :)
    http://bilaakutravel.blogspot.com/2014/11/dream-trip-to-macau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dari jauh dah macam kotak-kotak pulak, kaan?

      Delete
  3. kalau parkinson pun gambar cantik cenggini kalau guna tripod bertambah meletop ahhh...JM ri tu gambar mmg boleh masuk tong sampah..x cantik langsung uhuhuh..guna compact lumix je

    hahaha...nampak tulisan malaysia di teksi pun udah rindu ye..itu baru hari ke 9..kalau 2 mggu kat sana ? hikksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar JM still ok. Cantik jugak tu. Nasib baik tak peluk teksi tu JM oii. Hahaha...

      Delete
  4. wow! disebalik kepesatan bandar die yang sangat packed tu, ade juga kehijauan dan bunga2an yang cantikkkk =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Masih lagi hijau di sana sini.

      Delete
  5. Nampak Jepunnya.. pesat membangun tetapi masih menjaga keindahan alam semulajadi... cantik suasananya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik Khir. Yang paling amazed, susah nak jumpa sampah-sarap... kotak rokok ke... tin minuman ke kat tepi jalan. Memang diorang cukup-cukup jaga kebersihan.

      Delete
  6. Besar betul Tokyo Metropolitan Tower tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar giler, Amirul. Dah macam berdiri menghadap Transformers lak rasanya! Eh?

      Delete