Friday, 31 October 2014

RESEPI BUBUR JAGUNG

Assalamualaikum,

Makanan dari jagung ni rasanya semua aku suka kot. Jagung rebus dan corn in cup tu dah tentulah memang favourite. Yang lain-lain - bubur jagung, puding, puff jagung, ABC letak jagung sebanyak-banyaknya - adoiii ni nyams giler makan time cuaca panas, apam balik tupun kalau boleh mau aku suruh letak setengah tin jagung! Air jagung yang lemak berkrim tupun perghhh sedap gila rasanya! Dalam keadaan terdesak, roti Gardenia yang krim jagung tu pun aku cari untuk melepaskan gian.

Dalam banyak-banyak kuih berasaskan jagung, bubur jagung lah yang paling kerap aku buat sebab ini paling senang! Dah tu cepat siap - tak sampai setengah jam dah boleh makan. Tak sampai setengah jam jugak periuk dah licin. Hahaha.

Antara sebab lain aku suka masak bubur jagung ni - bahan-bahannya sangat fleksibel. Kalau tak ada jagung segar, gantikan saja dengan jagung dalam tin. Biasanya aku gunakan setin kernal corn yang berbiji-biji tu dan campurkan dengan satu tin cream style sweet corn. Boleh guna sama ada santan atau susu cair untuk kuahnya. Aku lebih suka masukkan susu cair sebab jagung berkrim yang kita gunakan tu dah cukup untuk memberikan rasa lemak pada kuah nanti. Untuk memaniskannya, boleh gunakan gula pasir atau brown sugar... atau campurkan kedua-duanya sama rata.  


RESEPI BUBUR JAGUNG


Thursday, 30 October 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 3

Assalamualaikum,

Bersambung dari SINI.

Masih lagi di Hakone dalam ekspedisi mendaki Mount Fuji. Hurmmm... mendaki apanya! Bayang Fuji pun tak nampak sebab asyiklah berselubung di sebalik awan! Menci taw. *Tepis shawl ke belakang sambil menjeling manja....

Dari Owakudani Station kitorang naik semula ropeway untuk sambung journey ke Togendai. Pun tak perlu bayar apa-apa sebab dah covered dalam Freepass. 

 Meninggalkan Owakudani Station.

 
Dalam perjalanan ada satu lagi stop - Ubako Station. Cuma dua Japanese couple je turun kat sini. Yang lain-lain teruskan perjalanan ke Togendai. Japanese couple tu nak stay kat onsen kot rasanya. Kat Ubako ni ada Hotel Green Plaza dan beberapa onsen lain yang dikatakan agak murah berbanding kawasan lain di Hakone dengan view menghadap Mount Fuji.

Friday, 24 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436!

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah pada rakan-rakan blogger dan readers. Sama-sama kita akhiri tahun ini dengan perbanyakkan isitghfar dan mulakan dengan selawat di samping bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.


 Doa Akhir Tahun


Doa Awal Tahun

Semoga sepanjang tahun baru ini nanti kita dapat berhijrah ke arah yang lebih baik - peribadi yang lebih mulia, amal ibadat yang dipertingkatkan serta mengukuhkan lagi silaturahim sesama kita.


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Tuesday, 21 October 2014

ZUMBA DI RUMAH. BAGAIMANA CARANYA?

Assalamualaikum,

 * Google image

Boleh ke kita buat aktiviti zumba kat rumah saja? Tak payah nak enroll mana-mana kelas??? Bolehhhhh!! Apa tak bolehnya? Lagipun zumba ni bukannya perlukan equipment apa pun. Yang perlu ada cuma ketabahan, kekuatan dan displin diri untuk lawan habis-habisan perasaan malas nak exercise! Tapi yang satu itu jugalah yang cukup-cukup susah nak kita buang sebenarnya! Seksa nau nak kikis perasan MALAS yang dah bersarang tu. Betul takkkk??

Monday, 20 October 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 2

Assalamualaikum,

Bersambung dari SINI.

Dah merayap lebih kurang - tak jauh pun sebenarnya... rasanya tak sampai 500 meter pun dari Gora Station kitorang terus naik cable car yang dah sedia menunggu. Sebenarnya, cable car ni jenis tram macam nak naik ke Bukit Bendera yang sekali jalan boleh angkut ramai orang terus tu. Masuk-masuk je tengok dah agak ramai dalam tu. Bahagian depan ok sikit tapi masih kena berdiri.

Kitorang pun berdirilah juga sama-sama passenger lain yang terdiri dari local dan tourist lain. Trip pun taklah jauh mana. Dalam 10 minit je dari Gora ke Sounzan. Bila ramai orang, pergerakan dalam cable car pun agak terbatas. Selain dari menjaga tatasusila supaya tangan tak dikatakan merayap-rayap, nak ambik gambar pun agak susah sebab dikhuatiri lens terkena batang hidung passenger lain baik yang berhidung pesek mahupun hidung mancung tahap boleh sangkut hanger baju tu! Tapi, sempatlah juga ambik short video.

Keadaan dalam cable car. Screen captured dari video.

Walaupun mendaki setinggi 211 meter ke kawasan tanah tinggi, sikit pun tak terasa curam atau gayat. Mungkin juga sebab cable car ni bergerak perlahan. Bila toleh ke belakang, barulah terasa kecondongan rail. Sambil-sambil tu bolehlah enjoy view yang menghijau di kiri kanan.

Saturday, 18 October 2014

RIBAIBARU!

Assalamualaikum,

Dalam pada gigih menyiapkan entri Hakone, tiba-tiba teringat lagu Ribaibaru nyanyian Mayumi Itsuwa ni. Dah feeling-feeling jiwang sepanjang hari pulak daah ni! Ishhh..


Naah... belanja sekeping dua gambar supaya mode jiwang-jiwang lebih terasa. *Entah apa yang nak difeeling-feelingkan aku pun tak paham diri sendiri! Ntahapahapa pompuan sorang ni! Hahaha...

Friday, 17 October 2014

SUNSET

Assalamualaikum,

Entri bergambar tanpa kata-kata. *Menggigil aku menahan diri supaya tak merapu-rapu demi untuk merealisasikan dan mempertahankan entri bergambar ni. Hamboi, ayat kemain lagi. Hahaha. 

Lokasi - Hujung minggu di Port Dickson sebelum service banana boat digantung. Enjoyyyy.....


Thursday, 16 October 2014

IDEA UNTUK SUSUN RUANG FREEZER DENGAN LEBIH TERATUR DAN KEMAS!

Assalamualaikum,

Semalam walaupun dah tengah malam tiba-tiba aku rasa nak susun barang-barang dalam peti sejuk. Bukanlah tak boleh tidur. Tapi otak aku ni asyik fikir pasal susunan barang-barang yang menyakitkan mata bila bukak peti sejuk tu. Aku ni dahlah jenis yang bila tengah bersemangat nak buat sesuatu tu bukannya kira waktu - tengah-tengah malam pun sanggup! Dah tu suspens sendiri sebab sebelum tu aku dok menyakat forward gambar pocong kat group wassap sekolah. Lepas tu sendiri kecut perut! :)

Untuk cari mood, aku google dulu beberapa contoh susunan peti sejuk yang organized. Terus lemah longlai rasanya bila tengok keadaan peti sejuk sendiri yang macam tongkang pecah. Tang compartment kat freezer tu rasanya ok lagi kot. Bolehlah kot kalau nak beri 3 atau 4 bintang dari full score 10 bintang. Kalau ipar duai datang taklah merah padam menahan malu kalau diorang tengok freezer. Bahagian yang lain-lain tu, mak aiii. *Lap peluh sekejap. Bukannya aku tak kemas. Time datang angin rajin tu beria-ia aku menyusun. Tapi, lepas 5,6 kali bukak tutup pintu peti sejuk ambik apa-apa barang yang perlu, habis bersepah semula. Kadang-kadang kemasnya pagi, bila petang dah balik ke keadaan asal semula! Caner nak buat ni?

Memandangkan banyak yang perlu diperbaiki dan banyak juga container yang perlu dibeli untuk disumbatkan barang-barang supaya lebih kemas dan tersusun, semalam aku cuma concentrate mengemas freezer saja dulu. *At last, ada juga alasan kukuh untuk merayap ke Ikea hujung minggu ni. Padahal container tu kat mana-mana ada jual. Kedai dua hengget pun adaaa! Kat Daiso pun banyak yang comel-comel. Pandai sangat ambik kesempatan ni!! Hahaha...

Dengan tulus ikhlas dan rendah diri aku sharekan keadaan freezer aku semalam. Ni sebelum disusun. Sila urut dada tengok betapa bersepahnya freezer ni! *Tuan blog cover muka dengan dua-dua tangan sebab malu...

Ice cube tu berapa bulan punya ntah. Rasanya aku buat masa raya haritu. Butter dalam container putih kat bawah tu pun sebenarnya dah habis bulan lepas lagi kot. Naper ya aku suka sangat mengumpul harta karun macam ni?!

Keadaan selepas...


Wednesday, 15 October 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 1

Assalamualaikum,

Hingga ke hari-hari terakhir sebelum berangkat ke Tokyo pun aku masih tak dapat nak decide lokasi terbaik yang patut kitorang pergi untuk tengok Mount Fuji for 1 day trip. Hakone atau Lake Kawaguchiko?? Dua-dua tempat cantik... dua-dua ada attraction yang tersendiri. Kalaulah badan ni boleh dibagi dua, separuh pergi Hakone... separuh lagi memang aku suruh pergi Kawaguchiko. Habis cerita!

Monday, 13 October 2014

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL TATTOO 2014

Assalamualaikum,

Howdy???? Monday Blues semua tu kita letak tepi. Akak tak nak dengar korang mengadu pasal Monday Blues ya. Tak kiralah hari apa pun, mari kita mulakan dengan minda yang positif dan senyuman selebar-lebarnya di bibir. Bolehhhh?? Good! :))))

Hari ni nak cerita pasal KL International Tattoo 2014 kat Stadium Merdeka yang baru je habis semalam. Ada sesiapa pergi tengok?? Aku pergi masa opening hari Jumaat tu. Meh kita tengok gambar....

 
Konsep backdrop ni memang aku suka. Moorish inspired yang 90% menyerupai Bangunan Sultan Abdul Samad.

Backdrop yang super ohsem! Cantikkkk....

Saturday, 11 October 2014

INTIPATI BAJET NEGARA 2015

Assalamualaikum,

Happy weekend everyone!

Hari ni kita mulakan dengan topik yang agak berat ya - Bajet 2015 yang PM bentangkan semalam, 10 Okotber 2014. Sama ada berminat atau tidak, sikit sebanyak kita perlu tahu sasaran yang telah dirancang oleh kerajaan untuk tahun depan dan apakah strategi utama untuk memperkukuhkan ekonomi negara.

Intipati Bajet 2015.
(Extracted from Bernama)

Bajet 2015 bertemakan 'Ekonomi Keperluan Rakyat.'
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014. 

Friday, 10 October 2014

SEMUANYA BERPUNCA DARI HATI!

Assalamualaikum,

Semalam ada kawan-kawan yang agak terkejut sikit dengan status amukan aku kat FB. Ada yang terus wassap dan PM inbox bertanya what happened? Tq for the concern, guys. Sebenarnya, aku jarang tulis status-status macam ni. Seboleh mungkin aku cuba elakkan dari tulis status-status berbau marah kat FB atau medium sosial lain. Kat blog pun kalau boleh aku tak nak tulis entri melibatkan hati dan perasaan ni. Kalau boleh, aku nak menceriakan orang lain atau selitkan input yang positif secara indirect walaupun sedikit.

RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Assalamualaikum,

Memandangkan dah lama sangat rasanya tak share resepi kat blog so ni aku tepekkan resepi Sambal Tumis Sotong Kembang masakan sendiri masa dinner semalam. Sebenarnya, resepi yang aku gunakan lebih kurang je dengan sambal tumis guna sotong biasa tu. Aku pernah share resepinya kat SINI dulu.

Walaupun terserlah kemontokan sotong tu tapi gambar tetap suram sebab gunakan kamera hp je. Tak sempat dah nak suruh sotong tu senyum-senyum posing maut. Tak done dah nak cari angle terbaik. Terus je snap sebelum dijeling. Suami tengah lapar, siap tunggu kat meja makan dah masa ni! Aku takotttttt.... hahaha.


Thursday, 9 October 2014

GAMBAR BLOOD MOON DI OSAKA, JEPUN.

Assalamualaikum,

Ada sesiapa dapat tengok gerhana bulan semalam? Akak kat sini tak dapat tengok jelas. Sejak pagi sampai ke petang semalam view agak limited sebab jerebu. Pagi ni lagilah teruk jerebunya. Aarghhh.... tidakkkk... musim jerebu kembali lagi dah ke??! Tak nak cerita panjang-panjang pasal jerebu, nanti aku emo terlebih-lebih dan melebihi had. *Seal mulut dengan masking tape!

Tapi dapatlah juga tengok gambar-gambar Blood Moon di Malaysia yang kawan-kawan FB share kat wall masing-masing. A few bloggers pun ada upkan entri dan share gambar. Rasanya ramai juga yang dah tengok kot. Amazing kannn? Cantik je bulan tu kaler kemerah-merahan gitu. Apa kata kita tengok pulak gerhana bulan di Osaka yang Japanese expatriate company lama aku upload kat FB. Jom... jommmm....

Ini adalah gerhana kedua seumpamanya berlaku tahun ini...

Wednesday, 8 October 2014

TERAPI STRESS - KERENAH SI COMEL!

Assalamualaikum,

Kadang-kadang gerammmmmm juga dengan budak-budak bulus ni, especially bila diorang start 'mengemas' rumah. Kalau boleh, rasa macam nak masak kucing tiga rasa je masa tu tau! Tapi kerenah yang macam-macam ragam inilah sebenarnya yang menghiburkan hati. *Statement nak sedapkan hati sendiri sambil urut-urut dada!

 Tomcat. Dia memang tidur dengan kitorang dan sangat cemerlang menjalankan tugas kejut bangun pagi - seawal pukul 4 a.m setiap hari!! *Nangis....

"Adik nak jadi blogger jugak."
Kalau tiba-tiba keluar entri yang bukan-bukan, sedia maklumlah siapa di sebalik tabir ya!

Cubaan 'mengcourierkan' diri sendiri!

Tuesday, 7 October 2014

PERTEMUAN BERMAKNA DI AIDIL ADHA SETELAH BERPULUH-PULUH TAHUN TERPISAH!

Assalamualaikum,

Nak cerita sikit kejadian yang berlaku masa Hari Raya Aidil Adha baru-baru ni. Kejadian yang cukup membuatkan aku rasa rindu pada zaman kanak-kanak... rinduuuu pada zaman-zaman tadika dulu. Sebelum tu marilah menjamu mata dengan gambar-gambar makanan di pagi raya dulu ya...

Walaupun sambutan Hari Raya Aidil Adha di selatan tak semeriah sambutan di Pantai Timur, tapi  upacara masak-masak juadah raya tetap berlangsung macam hari Raya Puasa juga. Cuma jenis makanan tak lah sampai penuh satu meja makan macam Aidil Fitri tu. Kuantiti makanan pun sikit sebab ramai adik-adik tak balik. Rugi sesiapa yang tak balik sebab lauk-pauk semuanya marvellous tahap hingga menjilat siku! :)

Rendang ayam yang sangat sedap. Masih terasa-rasa kesedapannya sampai sekarang. 

Saturday, 4 October 2014

SALAM AIDIL ADHA 1435.

Assalamualaikum,


Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua readers tersayang! Korang beraya kat mana tahun ni?? Alhamdulilah akak baru je sampai rumah Muo ni. Nak dikatakan baru sangat sampai tu taklah... dah siap makan malam pun. Dah makan lomang beli kat tepi jalan on the way balik tadi punnn! *Burpp :)

To those yang masih lagi di jalan raya, berhati-hati masa drive ya. Tadi ada kereta yang bukan main laju lagi. Berdesap-desup memecut. Amboiii, siap zig zag lagiii. Aku yang tukang tengok ni sampai urut dada dibuatnya. Tak perlulah berebut-rebut dan terkejar-kejar kannn? Bukan nyawa kita saja dalam bahaya, tapi kita mempertaruhkan nyawa orang lain yang tak bersalah juga!  Jadilah pemandu yang berhemah dan bertimbang rasa.

Ok, tak nak tulis panjang-panjang. Cuma nak wish Selamat Hari Raya je.  Akak nak beradu dan have a good rest supaya tampil berseri-seri esok. Yelah, esok kan rayaaaa!! :)

Salam Aidil Adha. Sama-samalah kita dalami dan fahami pengertian di sebalik ibadah korban...


-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Bandar DIraja Muar

Friday, 3 October 2014

OH MY ENGLISH!

Assalamualaikum,

Sambil belek-belek gambar makanan yang ada dalam hand phone, teringat satu insiden kat sebuah restoran tak lama dulu. Rasanya masa tu awal bulan kot, so orang yang makan kat situ lebih ramai dari biasa.

Tengah duduk tunggu makanan yang sedikit lambat dek kerana orang yang ramai, tiba-tiba nampak satu group gadis jelita masuk dalam restoran sambil berjalan dengan penuh gaya. *Berlenggang dia berjalan... si gadis tersayang manja... jelingan yang manja. Haa, gitu lebih kurang. Automatik semua mata tertumpu kat diorang. Bergaya, cantik-cantik, kulit flawless semuanya. Rambut diorang pun cantikkkk. Jenis kepok-kepok sekuntum-sekuntum macam mawar yang tengah mekar gitu. Siapakah mereka???

Thursday, 2 October 2014

EXPLORING TOKYO : AKSI-AKSI MENARIK SINGA LAUT DI EPSON AQUA STADIUM SHINAGAWA (DAY 6)

Assalamualaikum,

Setelah tertangguh beberapa lama, entri sepanjang 10 hari bercuti  di Tokyo bersambung lagi. Semoga momentum untuk menulis berterusan sampai semua entri Japan selesai. Malas dah nak peram-peram lagi. Makin lama makin banyak benda yang happened sepanjang kat sana yang aku lupa nanti. Makin hilang ingatanlah gamaknya kalau dibiarkan! *Lap peluh di dahi sambil seru semangat rajin supaya datang merasuk diri. Eh?!

Sebelum ni aku ada cerita experience menonton persembahan ikan lumba-lumba yang super oohlaala di Epson Aqua Stadium, Shinagawa. Memang best performance tu. Sesiapa yang terlepas entri tu bolehlah klik SINI. Aku tepekkan juga video minit-minit terakhir persembahan dalam entri ni sebagai bonus.


Yang bestnya dolphin tetap dibiarkan berenang-renang dan berlegar-legar dalam kolam walaupun performance dah habis. Dek kerana minat sangat-sangatttt pada dolphin sejak kecik lagi, aku tak terus bangun lepas persembahan selesai. Pendek kata, memang puas sangat tengok dan ambik gambar dolphin. Klik sini, klik sana sampai lebam!

Bila masing-masing dah puas hati menatap kecomelan dolphin barulah kitorang bangun menghala ke Sea Lion Pool untuk saksikan persembahan seterusnya. Trip aku ke Tokyo kali ni dah macam lawatan muhibbah beramah mesra dengan haiwan gamaknya. Sebelum ni kitorang sempat bertentangan mata dengan panda, polar bear, Japanese snow monkey dan haiwan-haiwan lain kat Ueno Zoo. Ada tokoh jadi duta WWF dah ni!

Untuk menonton persembahan singa laut, kita kena masuk semula ke kawasan utama aquarium. Don't worry, diorang ada sediakan direction ke kolam. Cuma ikut je direction yang ada. Performance diadakan di kolam khas dalam sebuah mini auditorium. Masa aku sampai seat dah penuh jadi kitorang terpaksalah berdiri di bahagian paling belakang. Atas sebab-sebab keselamatan dan keselesaan audience lain, penonton cuma dibenarkan berdiri di tempat yang dikhaskan saja. Walaupun di bahagian belakang sekali, kitorang tetap dapat tengok show dengan jelas.

Show timeeeee......

Performance berlangsung dalam Bahasa Jepun oleh jurulatih dan singa laut yang comel lote.

Bergolek-golekan dan tergolek-golekan ambik mood untuk mulakan persembahan..

"Konnichiwaaaa..." *sambil melambai-lambai ke arah peminat.

Wednesday, 1 October 2014

HUJUNG MINGGU BERSAMA PENUNGGU BUKIT MELAWATI!

Assalamualaikum,

Perancangan masa weekend kitorang laki bini memang tak menentu. Kadang-kadang malas nak keluar rumah, jadi memerap di rumah marathon tengok movie adalah pilihan yang paling best. Ada masa tu masing-masing lebih suka tawaf kat mana-mana shopping complex sambil menjamu mata dan perut sekaligus. Kadang-kadang tiba-tiba ada pulak plan tergempar nak merayap mana-mana. Lokasi untuk plan tergempar ni biasanya pergi dekat-dekat je, sudah!

One of the weekends hari tu, tiba-tiba hubby ajak pergi tengok sunset kat Bukit Melawati. Aku ok je sebab memang belum pernah sampai sana pun. Lagipun, jauh di sudut hati dah tau daah mesti kitorang singgah makan seafood kat Jeram on the way balik nanti. Peluang untuk tak turun ke dapur dah terbentang luas, siapa laa tak suka kaannn?? :)))

Rumah api yang menjadi trademark Bukit Melawati. 

Walaupun hujung minggu kitorang dibenarkan drive terus ke atas dan parking kereta kat situ. Konfius jugak sebab apa yang aku baca, kita cuma boleh naik kenderaan sendiri dari hari Isnin hingga Jumaat. Kalau hujung minggu dan cuti umum, kena gunakan tram untuk naik ke atas. Mungkin juga masa aku sampai ni dah lepas pukul 6 petang kot.