Wednesday 1 October 2014

HUJUNG MINGGU BERSAMA PENUNGGU BUKIT MELAWATI!

Assalamualaikum,

Perancangan masa weekend kitorang laki bini memang tak menentu. Kadang-kadang malas nak keluar rumah, jadi memerap di rumah marathon tengok movie adalah pilihan yang paling best. Ada masa tu masing-masing lebih suka tawaf kat mana-mana shopping complex sambil menjamu mata dan perut sekaligus. Kadang-kadang tiba-tiba ada pulak plan tergempar nak merayap mana-mana. Lokasi untuk plan tergempar ni biasanya pergi dekat-dekat je, sudah!

One of the weekends hari tu, tiba-tiba hubby ajak pergi tengok sunset kat Bukit Melawati. Aku ok je sebab memang belum pernah sampai sana pun. Lagipun, jauh di sudut hati dah tau daah mesti kitorang singgah makan seafood kat Jeram on the way balik nanti. Peluang untuk tak turun ke dapur dah terbentang luas, siapa laa tak suka kaannn?? :)))

Rumah api yang menjadi trademark Bukit Melawati. 

Walaupun hujung minggu kitorang dibenarkan drive terus ke atas dan parking kereta kat situ. Konfius jugak sebab apa yang aku baca, kita cuma boleh naik kenderaan sendiri dari hari Isnin hingga Jumaat. Kalau hujung minggu dan cuti umum, kena gunakan tram untuk naik ke atas. Mungkin juga masa aku sampai ni dah lepas pukul 6 petang kot.

  Kedatangan kitorang disambut oleh penunggu setia di sini - monyet dari spesis Silver Leafed. Bukan penunggu yang itu ya. Choi! Kalau penunggu yang tu memang aku dah lari dulu. Hahaha...

Sesiapa yang drive ke atas tolonglah perihatin sikit dengan monyet-monyet yang ada. Drive slowly dan tolong peka dengan monyet-monyet yang suka-suka ati lalu lalang, lompat-lompat atas kereta atau dengan muka selamba duduk di tepi-tepi jalan dengan ekor yang panjang dibiarkan menjulur ke tengah jalan! Sabarlah dengan perangai diorang (monyet) dan berikan mereka laluan. Nak buat macam mana... dah semulajadi perangai macam tu. Namanya pun monyet kannnn.

Sesi memujuk kekasih hati yang merajuk dan ugut nak meletupkan diri sendiri. "I don't want banana... I want diamond ring. Nak solitaire!!" Hambikkk.

Sebenarnya, meriam-meriam yang ada di sini pernah digunakan waktu berdepan dengan tentera penjajah kerana Bukit Melawati berfungsi sebagai kubu pertahanan Kesultanan Selangor satu masa dulu. Setiap satu meriam, ada ceritanya sendiri! Infact, Bukit Melawati sendiri sarat dengan macam-macam misteri!

Di atas pokok nun di seberang jalan, monyet-monyet dah bersedia mengatur strategi melancarkan serangan ke atas makanan yang dibawa manusia!

3 sekawan! Monyet-monyet kat sini sangat jinak. Nak bergambar sambil dukung monyet pun boleh asalkan korang pandai tackle diorang dengan makanan. 

Yang uniknya, monyet jenis ni ada hairstyle yang tersendiri. Rupa-rupanya fesyen rambut Silver Leafed ni turut jadi kegilaan manusia sedunia!

Haa... tu diaaaa! Nampak??? Fesyen rambut tu memang dah semulajadi macam tu ya.  Maksudnya selama ni, manusia lah yang dok copycat fesyen rambut diorang ni kannn. Hahaha :p

 Ibu dan anak.

Satu lagi keunikan monyet spesis ni... anak yang masih baby berwarna gold dan akan bertukar ke warna kelabu bila meningkat dewasa! Bila warna bertukar nanti anak monyet ni dah boleh hidup berdikari dan tinggal dengan rakan-rakan sebaya.

 Alolololoooo kecik-kecik dah pandai buat fesyen rambut pacak tengah!

Beriya-iya tunjukkan skill memanjat depan auntie Fay!



Monyet di sana-sini... kiri... kanan... depan... belakang!

Walaupun dikelilingi oleh lautan monyet, tak perlu takut sebab diorang sangat jinak sampai ke tahap boleh suka-suka pegang kita! *Tapi aku menjerit jugak bila diorang datang dekat. Konpius monyet tu!

Sunset yang tak berapa menjadi sebab dilindungi oleh jerebu.



Close-up lampu rumah api.

Menarik juga Bukit Melawati ni sebenarnya. Pemandangan dari atas bukit menghadap Selat Melaka pun cantik, cuma aku tak bernasib baik sebab jerebu sikit sebanyak menganggu pandangan. Di sini juga ada banyak tinggalan sejarah yang boleh kita explore. Tapi, aku tak sempat nak explore habis-habisan hari tu sebab sampai pun dah lambat... khusus untuk tengok sunset kononnya! Will come back for sure :))


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

2 comments:

  1. cik siti pun takut dgn monyet..hehe
    done follow blog ni..:)

    ReplyDelete
  2. Monyet ni bahaya... sukar diramal terutama klu yg berkumpulan... saya pun cuak.. takut hehee.
    Thanks sharing Fayreen.. :)

    ReplyDelete