Thursday 7 August 2014

EXPLORING TOKYO - SHIBUYA (DAY 4)

Assalamualaikum,

Selepas terperap dan beberapa lama tak berusik dalam draft folder, hari ini tuan blog gagahkan juga jari-jemari yang tak berapa runcing ni menaip dan habiskan entri-entri Tokyo yang tertunggak secepat mungkin. 'Secepat mungkin'  (???) - hahaha... 3, 4 bulan lagi baru habis kot! Since kejadian ni dah beberapa bulan berlaku, jenuhlah aku tepuk-tepuk dahi dan head banging juga sikit-sikit supaya daya ingatan dan idea mencurah-mencurah keluar macam air. Ceh... jangan macam mencurah air ke daun keladi sudehhhh!

Sebelum ni aku sempat share experience di Harajuku... korang boleh baca entri tu DI SINI. Untuk entri-entri yang lepas, klik link di bawah ya :

Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo

Dari Omotesando kami berpatah balik ke Harajuku Station untuk naik train ke Shibuya. Sebenarnya ada beberapa option untuk ke Shibuya. Kita boleh berjalan kaki sahaja ke sana... jarak perjalanan dalam 15 minit atau bagi yang malas nak berpatah balik ke Harajuku boleh juga naik metro subway dari Omotesando.

Omote-Sando ---> (Tokyo Metro Ginza Line) ---> Shibuya (170 yen, 3 minit).

Kitorang berpusing semula ke Harajuku sebab sambil berjalan tu boleh sambung cuci mata. Tak boleh cuci mata lama-lama di Omotesando tu sebab boleh mendatangkan bahaya... kalau termimpi-mimpi designer handbag nanti macam mana?!! Aku dah berazam no new handbag untuk tahun ni... tahun depan atau 10 tahun lagi...erkk!! Tapi, on the way ke Harajuku Station pun memang terpaksa baca apa-apa doa yang patut sambil kepit handbag kuat-kuat supaya tak tergoda sebab di kiri-kanan jalan banyak sangat kedai yang buat sale sempena spring dan Golden Week. Ada Topshop... Forever 21 pun punyalah tersergam sebesar-besarnya di Meiji Street tu. Dahlaa each outlet offer sehingga 70% discount... bila dah dicampur tolak memang masih sangat murah dibandingkan dengan harga di Malaysia! Rasa-rasanya korang pun faham macam mana hebatnya dugaan masa tu kannn. Terpaksalah puh kiri.. puh kanan... tepis kiri... tepis kanan lepas tu jalan tunduk je... tak pandang kiri kanan lagi daah! Hahaha.

Harajuku Station ---> (JR Yamanote Line - Inner Loop) ---> Shibuya (140 Yen, 3 minit)

Sudah tentu attraction pertama yang hendak kitorang serbu ialah Hachiko Statue. Sebaik-baik saja sampai di Shibuya, supaya tidak perlu berpusing-pusing kami terus cari Hachiko Exit dan keluar dari situ. Keluar-keluar saja dari station... hambikkkk... kami 'disambut' oleh manusia yang sangat ramai... mengemut-ngemut di luar tu!


See? Sebenarnya ini adalah pemandangan biasa di sini. Persimpangan di antara Hachiko Statue, H&M dan Starbucks ni memang sentiasa sibuk dan tidak pernah surut dengan manusia sehingga zebra crossing di sini dikenali sebagai the busiest scramble pedestrian crossing in the world!


Kitorang terus menghala ke arah Hachiko Statue yang terletak cuma beberapa meter dari exit JR Shibuya Station tadi. Berhampiran statue ni ada sebuah small square yang juga dikenali sebagai Shibuya Meeting Place. Area ni memang port ramai orang berkumpul. Untuk bergambar dengan Hachiko banyak bergantung pada nasib... ada masanya mungkin kita terpaksa tunggu turn. Macam aku haritu cuma ada seorang dua saja nak nak bergambar, so tak perlu tunggu lama. Tapi, ada sedikit gangguan sebab ada seorang uncle Jepun dok berdiri rapat-rapat dengan statue ni sambil pegang buku dan botol minuman apa tah. Sambil berdiri tu tangan dia terkapai-kapai ke kiri... sekejap kang terkapai-kapai ke kanan - ada 2,3 keping gambar yang tak dapat diselamatkan sebab tangan dia interframe sama! Aku pun tak sure sama ada dia mendeklamasikan puisi atau baca jampi mentera ke! Kitorang suspect dia ni tengah ting-tong... mabuk laa tu kot! Haha... suka-suka hati aku cakap orang mabuk!


Hachiko Statue yang dibuat dari tembaga.

Kalau ada sesiapa yang berhajat untuk melihat Hachiko sebenar yang telah diawetkan, bolehlah pergi ke National Museum of Nature and Science di Ueno. Cerita tentang kesetiaan Hachiko memang diketahui ramai sehingga diabadikan dalam beberapa buah filem termasuk filem blockbuster dari Jepun, Hachi-kō - Hachiko Monogatari (The Tale of Hachiko) dan Hachi : A Dog's Tale yang dilakonkan oleh Richard Gere, .

Incase masih ada yang belum tau kisah sebenar Hachiko, aku ceritakan secara ringkas ya. Hachiko adalah anjing dari baka Akita yang dibela oleh Professor Hidesaburo Ueno. Setiap hari Hachiko ni akan tunggu dan sambut tuannya pulang dari kerja di Stesyen Shibuya. Pada tahun 1925, unknown to Hachiko Prof. Ueno telah meninggal dunia. Sejak hari itu sampailah 10 tahun kemudian, Hachiko tetap setia menunggu kepulangan tuannya di stesyen yang sama pada setiap hari sehinggalah Hachiko sendiri akhirnya mati pada tahun 1935. Sedih kann? Selain daripada tugu khas, pada 8 April setiap tahun juga diadakan upacara khas di Shibuya Station untuk memperingati kesetiaan Hachiko.


The real Hachiko yang sudah diawetkan.

** Google image


Nasib baik ada teknologi crop, so uncle tadi dapat dinyahkan dari dalam gambar! :)

Lepas upload gambar-gambar di Shibuya kat fb, seorang Japanese expatriate company lama aku dulu komen dan berikan link video Hachiko di Youtube. Ini linknya --> HACHIKO STORY.  Aku tanya hasben video ni sedih ke tak sebab aku tak sampai hati nak tengok so cuma tengok sikit-sikt... dia kata sedih juga sebab kesian tengok Hachiko tunggu tuan dia tak balik-balik. Kalau macam tu jawabnya memang aku tak boleh tengoklah sebab aku ni jenis yang mudah kesian dan sedih dengan binatang. Just imagine, tengok cerita Lion King part Simba nampak ayah dia terbunuh lepas tu terpaksa berpisah dari keluarga dia pun aku boleh nangis korang tau! Mulalah terkelip-kelip mata, lepas tu pergi dapur atau masuk toilet buat-buat basuh muka. Mula-mula dulu ya... menitik-nitik air mata... memang selamba aku menangis depan hasben. Tapi sekarang ni malu!! Dia pun dah naik heran sebab berpuluh-puluh kali tengok pun aku masih sedih gak... dahlah cerita kartun je pun! Ada certain part dalam filem Happy Feet tu pun aku sedih... Transformers Part 3 tu punnn! Hahaha...

Selepas melawat Hachiko kitorang terus ke the famous Shibuya pedestrian crossing . Memang ramai sangat orang di segenap penjuru. Beberapa minit jugalah kami berdiri di situ sambil memerhatikan gelagat orang ramai melintas.


World's busiest pedestrian crossing.


Zebra crossing ni pernah jadi salah satu scene kejar mengejar dalam filem The Fast and the Furios : Tokyo Drift




Seronok melihatkan berduyun-duyun manusia dari beberapa penjuru melintas di sini beramai-ramai at one go bila traffic light bertukar merah dan semua kenderaan berhenti. Bila kenderaan bergerak semula, tak sampai beberapa saat pedestrian crossing ni dah penuh semula dengan manusia, padahal sebelum ni dah ramai yang melintas. Wonder where they come from...


Ni arah menghala ke Starbucks...


Ready to join the crowd...


Tuan blog pun sempat strike a pose...


On my right yang ada glass window dan nampak orang duduk-duduk tu is the famous Shibuya Starbucks yang jadi favourite spot sesiapa yang nak dapatkan view scramble crossing dengan lebih jelas lagi. Memandangkan kitorang bukan penggemar Starbucks, aku dan hubby tak singgah pun ke sini.


Shibuya at night...


Shibuya terkenal sebagai shopping paradise dan pusat fesyen yang up to date especially untuk orang-orang muda berumur 25 tahun ke bawah. Those my age yang 'lagi muda' ni akan rasa sedikit pelik-pelik kot tengok baju-baju yang diorang jual... hahahah. Ada Uniqlo kat sini, of course... rasanya berlambak-lambak kot store Uniqlo throughout Japan ni. Di Tokyo Station haritu pun aku terjumpa 2 stores. Tapi, Uniqlo Shibuya ni extra special sebab cuma barang-barang yang paling latest sahaja dijual. Korang juga boleh singgah di Shibuya 109 yang sangat terkenal tu. Ada lebih daripada 120 buah fashion stores di bangunan ini saja! *Lap peluh..!


Ada outlet Yodobashi Camera dan Bic Camera di sini. Kalau nak cari barang-barang elektronik bolehlah ke LABI Shibuya ni. Kitorang tak masuk sini sebab masa awal-awal sampai Tokyo haritu dah menyinggah Yodobashi Camera di Akihabara. Sebenarnya, untuk foreigner macam kita ni boleh dapat harga duty free di sini dan sesetengah kedai barangan elektronik yang lain sekiranya harga belian cukup limit yang ditetapkan dan tunjukkan passport masa buat bayaran.


LOFT - dari barang-barang kraf, furniture dengan design-design moden sampailah ke kosmetik... semua ada di sini!

- Basement - stationery 
- 1st floor - gifts/ souvenir
- 2nd floor - skincare dan kosmetik

Semua sekali ada 7 tingkat... tingkat-tingkat yang lain kitorang tak sempat jengah.


Tak ingat apa nama store ni... tapi dekat-dekat dengan LOFT. Tengok harga terus rasa nak jadi supplier tetap kucing ke Jepun yang berjaya!


Terus teringat dekat anak-anak kucing di Malaysia! :'(


Strike a pose selagi boleh! :p


Masa ni spring, jadi suhu memang sangat nyaman... tidak terlalu panas atau sejuk melampau. Memang rasa selesa dan seronok berjalan-jalan dengan cuaca macam ni.





Comellll!



Replika Hachiko di salah sebuah store...



Pose terakhir sebelum bergerak ke Shibuya Station... 

Masa ni kitorang penat sangat daah... so masing-masing decide untuk balik ke hotel. Untuk ke subway station kena melintas Shibuya Crossing. Jadi, sekali lagi kitorang joined crowd yang ramai tu... sambil melintas sambil tarik-tarik dan betulkan jeans sebab rasa macam jeans dah longgar!

Shibuya Station ---> (Tokyo Metro Ginza Line) TRANSFER AT GINZA --> (Tokyo Metro Hibya Line) ---> Kodenmacho Station (200 yen, 29 minits, 1 transfer)


Sempat ambil gambar condition dalam train. Tengoklah lantai train ni... bersih dan kilat memancar-mancar! Ours???


On the way ke Kodenmacho Station...

Bila dah penat-penat ni berjalan sambil seret kaki je... nak angkat kaki pun tak larat. Nasib baiklah Kodenmacho Station cuma beberapa meter saja dari hotel kami... so tak payah jalan jauh-jauh dan taklah aku terseksa sangat! Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah beli frozen rice untuk makan malam tu di 7 Eleven yang cuma di seberang jalan saja.


Makanan utama kami di Tokyo. Exact harga aku dah tak ingat tapi a pack of 5 ni tak sampai 500 Yen. Ada juga yang dijual dalam satu packet ada 2 atau 3 unit  (200 gram each). Memandangkan aku ni was-was nak gunakan microwave yang hotel sediakan di lobby tu, aku curahkan saja air panas dan biarkan 5-10 minit sebelum makan bersama-sama serunding masakan sendiri dan canned food yang kitorang bawa dari Malaysia. Alhamdulilah... kenyang dan sangat heaven - tapi tengah-tengah malam teringat nasi Arab laa... roti canai laa... nasi lemak laa... hahahaha!
 
Next entry ---> GEMPA BUMI DI SUBUH HARI!





-lotsa luv-
Fayreen Mizan

6 comments:

  1. Fuhh... terang benderang bandar di sana tu. Meriah sungguh, tambahan nampak bersih dan terurus walaupun sibuk... Thanks sharing Fayreen.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Khir... meriah dari siang ke malam...hahah

      Delete
  2. bestnya nampak one of my dream place to vissit! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai!
      Oooo yeke? Waah... nanti boleh la share experience KK pulak ya :)

      Delete
  3. samalah JM pun...sebaik sampai je Shibuya junction tu berebut cross bersama crowed yg ada...berkali2 pulak tu hahah..dh mcm org sewel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...crowded gila kann... nak jalan pun sampai tak tau nak hala ke mana...

      Delete