Monday, 4 August 2014

KENANGAN AIDIL FITRI 2014!

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog. Bukan setakat dah beberapa minggu 'pencen' tepek entri... blog pun dah lama aku tak jengah! FIFA World Cup Score yang ada kat sidebar blog ni pun baru sekejap tadi aku remove - so yesterday :p ! Entri ucapan raya tu pun nasib baik dah auto publish awal-awal, kalau tak sure tak sempat nak wish korang apa-apa. 2 minggu sebelum raya haritu hubby tak sihat... so definitely no blogging sebab memang aku nak concentrate jaga dia. Lepas tu MaMaKat the mak kucing pulak 'tercekik' tulang (ni nanti aku cerita ya)... lagilah bertambah-tambah kerisauan aku - complete dengan adegan-adegan linangan air mata! Aku kan memang hati tisu sikit kalau dengan binatang. Akhirnya, exactly seminggu sebelum raya, yours truly pulak demam teruk... siap kena check darah. Aku ni dahlah jenis yang kena ambik darah sikit pun dah seram-sejuk rasa macam kena buat major surgery! Alhamdulilah nasib baik bukan denggi. Memang collapse dan lemau jelaa kiranya sepanjang seminggu tu. Tak demam pun kadang-kadang lemau... apatah lagi bila demam kaan... hahaha. Satu dugaan dan memang banyaklah planning di hujung Ramadhan yang tak dapat buat.

Now - back to life, back to reality setelah seminggu bercuti dan rehat panjang masa raya. Liat saja rasanya nak start semuanya balik! By the way, macam mana raya korang? Aku rasa macam raya still tak complete sebab masih belum dapat makan LAKSA JOHOR! Seriously, terbayang-bayang laksa Johor depan mata ni... terasa-rasa kesedapannya. Nak masak sendiri malas sebab boleh tahan cerewet juga nak buat laksa Johor ni. Statement malas tu memang datang tulus ikhlas dari sudut hati yang paling dalammm!!! *Sambil-sambil menaip entri ni otak ligat berfikir siapa yang boleh aku jadikan mangsa untuk tolong masakkan laksa Johor yang nyummmss. 

Ok, meh tengok beberapa keping gambar raya yang tak seberapa dengan sanak-saudara terchenta yang sempat kami abadikan bersama-sama...

 @ Bandar Diraja Muar dengan makcik pakcik, adik-adik sedara & their little monsters! 

Aku lahir di Selangor tapi dibesarkan dan bersekolah di Johor. Masa kecik-kecik parents aku posting kat overseas so arwah tok dan auntie aku - mak datin yang bertudung kuning kat atas tu bela di Muo. Di rumah inilah aku stay selama beberapa tahun lagi lepas habis study dan bila dah tak kerja di Johor lagi tetap jadi port setiap kali balik Muo. Masa arwah papa masih hidup dan adik belum kahwin, rutin raya aku sedikit pelik... orang balik beraya di kampung time raya, tapi aku pulak balik ke KL.

 @ Datin Merry's...

 Sarah - si kecik baju hijau in action! Orang lain masih tak ready ke... still betulkan tudung ke kita tolak tepi... yang penting tuan blog dah ready dengan senyuman! Ptuiii...

Throwback... suka sangat gambar ni - zaman-zaman innocent Sarah beberapa tahun lepas :D

 My small family - dearest hubby, kiddos, Mama, Adik, brother in law & the monsters :D

With my dearest Adik... she'll forever be my Adik...memang panggil Adik pun sampai sekarang! :) Mama sedikit terlindung di belakang my nephew... saja je dia menguji kesabaran my mum. Bukan minum pun air dalam cawan... saja berlakon je tu!

Bila tengok gambar mama ni... tiba-tiba... tingggg... terus dapat jawapan kepada masalah Laksa Johor tadi tu! Salah satu specility mama memang laksa Johor... kuah laksa Johor yang mama masak memang tiada tandingannya, sedap, superb, mamamia, perfect dan semua perkataan yang seangkatan dengannya! Ma, if you're reading this, buatkan laksa Johor eh... *kelip-kelip mata sikit! Hahaha... dasar anak bertuah..

Ok uols... selamat beraya & memenuhi undangan open house ya. Aku nak sambung mengayat mama kat wassap lak!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan














8 comments:

  1. Selamat Hari Raya Fayreen!!! Eh memang kena macam tu kan, biar orang lain xready ke hape...yang penting tuan blog dah senyum seringai cun melecun. Bibie pun kalau x up entry raya, memang rehat lama lah kot blog tu.

    Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Bie! Tapi sikit azab bila time nak bergambar tu ada budak-budak kecik yang dah pandai pose hapahapa! Dia lak overshadow kita... mana bolehhhh! :D

      Delete
    2. maaf zahir batin & selamat hari raya gaks...

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Fay...buila mau sambung kisah cuti-cuti jepang tu...WAduhh..LAKSA JOHOR..my feveret tu...terus terliur nih..kalau Fay buat open house jgn lupa buat laksa johor boleh JM terjah heee..biar tak sama dgn mama nye pun tak pe..yg pastu Fay mmg pandai masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari raya juga ya JM. Tulaa... entri Japang ada dlm draft lagi... macam lemau je nak menghabiskan.. hehe. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti... kalau tak tahun ni, tahun-tahun depan nanti kita buat open house ya. Tapiiii, bab masak tu... kalau untuk sorang dua bolehlaa walaupun sure mengiggil-giggil kat dapur. Kalau untuk ramai kawan-kawan, masak nasi pun tak menjadi nanti! :D

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Fayreen sekeluarga.. Maaf zahir & batin.. Wahh syok lah ek raya Muo.. :D

    ReplyDelete
  4. Salam singgah. Ishhh sekarang saya pun dah terliur bila fikir Laksa Johor. mak kawan baik saya tiap kali buat open house mesti buat laksa johor. memang siap tapau kuah bawak balik lagi. Tapi tahun ni open house dorang jatuh sama tarikh dengan cousin nak kahwin. Dah rasa melepas dah ni :(

    ReplyDelete
  5. masih belum terlewatkan... selamat hari raya kak.. :)

    ReplyDelete