Thursday, 28 August 2014

JANGAN ANIAYA BINATANG!

Assalamualaikum,

Sekarang ni jangan haraplah kucing-kucing yang ada di rumah ni nak senang-senang beri aku peluang menghadap laptop dengan aman damai tanpa sebarang gangguan. Dengki sangat diorang dengan lappy ni especially si Tomcat. Dia rasa macam kasih sayang dibahagi 18 agaknya kot! Baru nak update blog elok je dia datang terus landing atas keyboard. Dulu mak dia suka buat macam ni sekarang perangai ni dah menurun kat dia pulak! Memang betul lah kata pepatah - ke mana tumpahnya Royal Canin kalau tak ke dalam mangkuk makanan kucing!! Eh??

Aku pegang hand phone pun dia kacau juga. Sibuklah nanti tu suakan muka kat screen phone sebelum landing atas tangan. Siap keraskan badan lagi as if tak beri aku alihkan tangan langsung! Dah kenapa Tommmmm?? Itu belum lagi kena berperang dengan dia - ya... Tomcat lagiii plus 2,3 ekor kucing-kucing junior lain tiap-tiap pagi. Aku memang letak segala jenis kunci dalam bekas atas meja. Masa kitorang sibuk nak ambik kunci masa tu jugalah diaorang sibuk panjat meja... kadang-kadang saja landing atas bekas tu. Itu belum lagi ala-ala shooting filem Hindustan depan pintu! Setiap pagi memang ada babak golek-golek... buat-buat tidur... tahan pintu sambil keraskan badan semua tu!! Haish laa kucing oii. Goreng berempah seko-seko nakkk?!! Tapi keletah-keletah inilah yang menghiburkan hati sebenarnya.

 Tomcat

Tapi, tak semua orang suka kucing atau binatang-binatang lain. Tak semua orang juga anggap perbuatan menulis entri bercerita pasal kucing macam aku ni satu perbuatan normal! Macam mana tak suka pun bukan bermakna kita boleh sesuka hati menganiaya binatang. Minggu lepas aku dan hasben pergi makan kat port biasa kitorang dari zaman-zaman dating dulu kat Bangi. Tengah-tengah makan, datang satu family dengan anak kecil umur anggaran 3 tahun duduk selang beberapa meja dari kami. Tup-tup aku nampak seko kucing berlari-lari sembunyi dekat meja kosong sebelah kitorang. Rupa-rupanya budak kecik yang baru sampai tadi baling batu kat kucing tu. Yang aku tak paham, mak dia pun sama baling batu juga! Nak kata kucing tu kacau dia makan... tak pulak. Family ni baru saja sampai. Satu makanan pun tak ada lagi atas meja! Even kalau kucing tu kacau diorang makan pun, patut ke nak dibaling dengan batuuuu??! Apa salahnya hulurkan sikit makanan... sedekah kucing tu?!

Drama tadi tak berakhir di situ.....

Surprisingly, perempuan tadi bangun, pimpin tangan anak dia ... pergi kat kerusi yang ada kucing tu dan baling batu lagiiii! Dek kerana ketakutan kucing tu lari pulak dekat meja kitorang. Guess what? She followed the cat! "Kejar kucing tu, ambik batu... baling dia!!" Crazy! Boleh dia suruh anak dia yang masih kecik buat macam tu? It was a nuisance juga sebab kitorang dah sah-sah tengah makan. Dalam masa yang sama perempuan tu dah macam tawaf sambil aim nak baling batu kat kucing di bawah meja kami. Ni praktis nak masuk sukan Olimpik acara baling batu ke hapa??!!

Korang boleh bayangkan tak macam mana tak selesanya aku nak makan sambil berdepan dengan orang yang psycho? Bila anak dia makin dekat aku cakap lembut-lembut kat budak tu -"Dik, tak baik buat kucing macam ni. Berdosa!" Dalam masa yang sama berharap sangat dapat psycho mak dia juga. Suddenly, perempuan tu pandang aku. Dalam keadaan 'terganggu' macam tu aku konfiden sangat cara aku pandang perempuan tu memang dah semacam. For sure kening aku dah berkerut-kerut. Mungkin perempuan tu aware pandangan mata aku yang dah ready untuk transform jadi makhluk pelik-pelik. Cepat-cepat dia tarik tangan budak kecik tu, terus duduk semeja dengan suami dia. C'mon, kalau tak suka binatang sekalipun jangan diseksa... dan bukan contoh yang baik juga nak mengajar anak macam tu!

Dalam kereta on the way balik ke KL, kitorang cuba fikir yang positif - mungkin perempuan tu jenis yang kurang cerdik.... ada masalah (???) atau kurang sihat sampai otak jadi tepu di tahap tak mampu digunakan untuk berfikir secara normal macam manusia lain (??!!).




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

2 comments:

  1. wow. ada orang macam tu kak fayreen? me myself takut gila dengan kucing. tapi tak pernah lagi baling batu even tendang. paling teruk acah acah hentak kaki je. tak sampai hati. lagi lagi kalau ngiau je tu. diberi makan lagi ada.

    ReplyDelete
  2. cutenya Tomcat..rasa nak cium je
    ish apa punya org lahsiap ngajar nak lagi tu buat benda mcm tu..ya Ampun..apa salah kucing tu...kucing kan cute...ish..ish..kalua ye pun x suka x perlu nk di baling dgn batu..aniaya binatang tu..

    ReplyDelete