Tuesday 19 August 2014

EXPLORING TOKYO - ODAIBA (DAY 5)

Assalamualaikum,

Seperti biasa, untuk entri Tokyo yang lepas-lepas bolehlah klik link di bawah ni ya :

Pagi ni hujan jadi cuaca di luar agak sejuk. Apa lagi, menjadi-jadilah irama dan lagu dalam perut ni! Kitorang pergi ke 7-Eleven untuk beli roti. Lepas tu balik semula ke hotel untuk breakfast kat lobby sebelum bergerak ke Odaiba. Eksen aku kann...mentang-mentanglah 7-Eleven dengan hotel tu dekat! Suka-suka hati je berulang-alik. Heaven sungguh makan roti cicah dengan kurma ayam Adabi yang tinnya aku dah panaskan siap-siap - sebenarnya rendam je dalam sink dengan air panas dan biarkan beberapa minit. Sedapppp.... sehingga menjilat jari! Padahal dalam hati sibuk dok buat countdown sebab macam nak pecah dada ni menahan rindu dekat mamak roti canai!!!

Lepas breakfast, rest sekejap. Dalam pukul 11 pagi baru kitorang berjalan kaki ke Ningyocho Station. Kebetulan hujan dah stop masa ni. Sejak sampai ini first time kitorang naik train dari sini. Jarak dari hotel ke stesen agak dekat... dalam 5 minit dah boleh sampai walaupun kitorang berjalan ala-ala lenggang Mak Limah.

Ningyocho Station ---> (Toei Subway Asakusa Line - 170 Yen, 3 mins) ---> TRANSFER AT SHIMBASHI  ---> (Yurikamome Line - 320 Yen, 13 mins) ---> Daiba Station

Ada beberapa option untuk ke Odaiba - boleh naik train sama ada Yurikamome atau Rinkai Line, boleh juga naik bot dari Asakusa - Tokyo Water Bus (klik SINI) atau berjalan kaki ikut Rainbow Bridge (30 - 45 minit). Kitorang naik Yurikamome Line sebab train akan lalu Rainbow Bridge nanti so dapatlah tengok pemandangan yang cantik di sekitar Tokyo Bay. Rinkai Line lebih laju tapi train banyak ikut laluan bawah tanah jadi kita tak nampak banyak tempat menarik.


Off to Odaiba.


Langit masih lagi mendung, so banyaklah gambar outdoor yang nampak 'mendung' juga.... yang penting hati aku suami isteri tetap berwarna-warni dengan bunga...hahaha...


Merentasi Tokyo Bay.


Odaiba nun di seberang sana tu...


Menaiki Rainbow Bridge...


Rupa-rupanya announcement di setiap stesyen yang jadi laluan Yurikamome Line ni gunakan suara beberapa orang pelakon Jepun! Cool... lagi cool sebab aku cuma tau benda ni bila dah balik Malaysia!!!


Belon dilepaskan sebaik-baik saja tuan blog dan suami tiba di Odaiba sempena lawatan rasmi yang mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah negara! :p


Kitorang stop di Daiba Station betul-betul sebelah Aqua City dan Fuji TV Building.

Keluar-keluar dari station terus nampak Aqua City dan Fuji TV Building. Tapi kitorang tak terus masuk Aqua City sebab target utama nak terjah dulu Odaiba Seaside Park (Odaiba Kaihin Koen) yang tak jauh dari sini. Attraction yang ada di kawasan ni semuanya within walking distance... so boleh berjalan kaki je.

  

On the way terserempak dengan pasangan dua sejoli yang tengah memadu kasih...

  
"No camera puh-lease!" Eksen!


Bunga-bunga yang colourful....

  
Full bloom...


Pemandangan di Odaiba Seaside Park memang sangat breathtaking. Cuaca di sini lebih sejuk, berangin dan fresh. Memang seronok duduk berjam-jam di sini.


Statue of Liberty Replica





Rainbow Bridge yang menghubungkan Tokyo dan Odaiba...




Close-up 

Ada 2 dek di Rainbow Bridge. Dek yang pertama (Shuto Expressway Daiba Route) untuk kereta atau kenderaan darat yang lain . Dek yang kedua khas untuk laluan Yurikamome Rapid Transit System dan pejalan kaki.


Diam tak diam lebih kurang 2 jam jugalah kitorang duduk di bench yang ada!  Seronok sebab dapat menghirup udara yang fresh dan menikmati pemandangan yang sangat cantik.


Bila pumggung dah mula berasap, kitorang turun ke kawasan pantai untuk explore apa yang ada di sana.


Disambut oleh anjing yang sentiasa tersenyum!


Bila tengok batu-batu yang berwarna hitam ni terus teringat Tanah Lot, Bali! Tak boleh mandi kat pantai ni ya... setakat nak duduk-duduk, ambik gambar Rainbow Bridge dan sunset memang recommended!



Hubby in action...


Serangan balas by the Mrs.!


Us...

Kalau tak kerana hujan yang tiba-tiba turun, rasanya harus kitorang habiskan beberapa jam lagi dekat pantai ni. Nasib baiklah Aqua City tu cuma beberapa langkah saja dari sini.. so berlari-lari anak lah kami ke sana. Masuk je ke dalam hujan terus stop! Hujan ni pulak jenis yang halus... so memang tak basah. Kalau tak harus 3,4 helai baju di Aqua City jadi hasil rembatan! Kitorang tak explore habis-habisan... cuma pusing-pusing tengok apa yang ada di 1st floor saja.


Next stop - Fuji TV Building... HQ kepada Fuji Television. Admission ke sini free, tapi kalau nak naik ke observation deck kena bayar entrance fee 550 Yen.

Operation hours : 10.00 - 18.00
Ditutup pada hari Isnin (Selasa sekiranya ada national holiday yang jatuh pada hari Isnin)





Bukan saja bangunan, laluan pun berkonsep futuristik!



Maskot Fuji TV


Replika set penggambaran berkonsepkan zaman-zaman Edo dulu. Bila tengok replika ni terus teringat cerita Oshin!

Sebenarnya, kita boleh tengok shooting cerita-cerita tertentu kalau ada, tapi aku tak follow satu pun cerita Jepun sekarang... so keterujaan untuk tengok shooting tu memang tak ada langsung! Of koz, zaman kecik-kecik dulu adalah juga tengok cerita Oshin... itu dah wajib! Lepas tu cerita Chiaki ke apa pasal stewardess tu. Kalau cerita yang agak moden ni yang last aku follow Narita Love. Itupun dah berzaman!



Dari Fuji TV Building kitorang berjalan ke Decks Tokyo Beach. Tak jauh... dekat sebelah Aqua City tu saja.


Sebenarnya, ada shuttle bus percuma - Bay Shuttle Bus disediakan di Odaiba ni dan beroperasi setiap 15 minit sekali.  Jadi, tak perlu risau kalau malas nak menapak dari satu tempat ke satu tempat sebab ada attraction yang dekat... ada yang jauh. Bas akan berhenti untuk ambil penumpang di Museum of Emerging Science, Aqua City, Hotel Meridien Grand Pacific, Palette Town, Venus Fort, Tokyo Teleport dan Tokyo Big Sight. 


@ Madame Tussauds


With 'The Woman In Black'. Lady Gaga ni sebenarnya berdiri atas platform kot rasanya.. tu yang nampak tinggi sangat. Rasanya aku taklah bantot macam dalam gambar ni!! Konpius sekejap...

Kebetulan kitorang lalu dekat Madame Tussauds ni masa nak cari Tokyo Trick Eye Museum. Berposing di luar sajalah sebab dari awal memang tak ada planning nak masuk ke sini. Oh ya, sebelah Madame Tussauds ni ada Legoland Discovery Centre.

Info Madame Tussauds klik SINI.... info Legoland Discovery Centre klik SINI


@ Tokyo Trick Eye Museum

  


Sebelum dapat masuk dalam muzium ni macam biasalah kena beratur panjang untuk beli tiket (900 Yen untuk dewasa, kanak-kanak 600 Yen) sebab orang agak ramai. Lagipun kena ada gap beberapa minit sebelum group lain boleh masuk supaya tak cramp kat dalam tu. Bila dah masuk, beberapa minit pertama tu memanglah best... boleh gelak-gelak masa nak ambik gambar. Lepas 10 minit aku terus rasa stress sebab diorang macam dah tak control jumlah crowd yang masuk. Bersesak-sesak sampai susah nak cari ruang untuk bergambar! Mungkin time aku pergi ni tengah peak period sebab cuti Goden Week sebab itulah ramai orang, jadi diorang sumbat je beri access masuk pada banyak group sekaligus. Terus potong mood! Kitorang cuma cover 50% paintings yang ada kot... lepas tu terus keluar membawa hati yang luka. Yelah, kalau tungggu pun bukannya boleh bergambar sebab makin lama crowd makin ramai.

Keluar saja dari Trick Eye Museum kitorang berpatah balik ke Odaiba Seaside Park sebab nak tengok sunset. Memandangkan langit masih lagi mendung for sure memang tak nampak bayang sunset. Tapi pemandangan waktu senja kat sini saaangggggggat cantik. Dapat tengok pemandangan secantik ni pun dah bersyukur sangat. Romantik mode activated lagi untuk kali yang keberapa ntah sejak sampai Tokyo ni! Hahaha...


 

 



Rainbow Bridge & Tokyo Tower at night!


Jenuh jugalah menunggu Rainbow Bridge ni bertukar warna. Rupa-rupanya, by default Rainbow Bridge memang warna putih tapi akan bertukar ke warna-warna tertentu bergantung pada sambutan sesuatu perayaan! Contohnya, warna-warna pelangi sepanjang bulan Disember hingga 6 Januari setiap tahun atau warna pink pada bulan Oktober sempena Breast Cancer Awareness Month.

 

 

Dek kerana terleka dengan view sekeliling, sekali lagi kitorang duduk berjam-jam kat beach tu. Bila dah mula rasa sejuk berpindah balik naik ke atas duduk dekat bench menghadap Rainbow Bridge... tempat yang sama kitorang duduk siang tadi. Maka gone with the wind laa lawatan ke tempat-tempat lain yang dah siap-siap aku masukkan dalam itinerary - (Venus Fort sebab nak pergi Toyota Mega Web, Diver City - konon-kononnya nak tengok giant Gundam Statue). Alasan kukuh untuk pergi Tokyo lagi sebab banyak lagi tempat tak habis cover! :p



Fuji TV Building.. setiap malam bangunan ni bergemerlapan dengan light & music show...



Odaiba Ferris Wheel dari jauh... sempat ambik gambar dari celah-celah bangunan saja!

Itu dia sikit sebanyak cerita tentang Odaiba dari pengalaman aku. A very nice place - bersih, cantik, sistematik dan moden. Highly recommended dan wajib ada dalam itinerary sesiapa yang berhajat untuk ke Tokyo sebab banyak tempat menarik. Lebih baik allocatekan sehari untuk explore semua attraction yang ada kat sini.

Attraction berdekatan Fuji TV Building (stop kat Daiba Station untuk terus ke sini):
- Aqua City
- Statue Of  Liberty
- Rainbow Bridge
- Odaiba Seaside Park
- Decks Tokyo Beach (ada Trick Eye Museum, Legoland, Madame Tussauds)
- Diver City (Gundam Statue tu ada kat sini)
- oooppssss.... lupa.... Fuji TV Building tu sendiri op koz! Hahaha

Attraction di Palette Town :
- Venus Fort
- Odaiba Ferris Wheel
- Toyota Mega Web


Next entri ---> Ikan Lumba-lumba di Epson Shinagawa Aqua Stadium!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


9 comments:

  1. Cantiknya Rainbow bridge tu. Lawa lawa gambar kak fayreen. Bilalah naz dpt jejak Japan ni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu hari nanti Naz dapat jugak pergi ke sini ya...

      Delete
  2. Mantap nampak bandar Tokyo ni kan... tp, tak nampak kecoh2. Berstruktur je semuanya. Thanks sharing Fayreen.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelaa Khir... semua nampak tersusun... well organized je semuanya...

      Delete
  3. dah lama CN tak singgah sini..byk tertinggal. huhu..

    btw, Selamat hari raya fayreen :) maaf zahir batin yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN!!!!!! Lamanya tak dengar cerita.. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin juga ya...

      Delete
    2. Hehe.. quite bz Fayreen. CN ada singgah sini, tp tak sempat nak tinggal komen. In shaa Allah after this akan cuba sedaya upaya utk spend more time utk tinggalkn jejak di sini. Hehe..

      Jmpt la jengah blog CN jgk yer. Cumanya CN tak dpt nak update overseas trip mcm fayreen. Hehe... blm berkesempatan lg.. In shaa Allah, 1 fine day nnt :)

      Delete
  4. wahh..lama Fay di Odaiba..dari siang sampai ke malam..JM ri tu pegi malam..sejuk seperti ais..mmg tak boleh nk berdiri semasa nk take pic kat depan statue tu...ibarat seperti masukkan badan ke dalam peti sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya JM.. dari siang sampai ke malam. Sebelum balik masa nak ambik gambar kat statue tu baru 'tersedar' yang lutut macam nak berlaga sebab sejuk... heheh...

      Delete