Wednesday 2 July 2014

EXPLORING TOKYO - HARAJUKU (DAY 4)

Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara 
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1) 
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1)  
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo 

Assalamualaikum,

Dalam entri sebelum ni aku ada cerita lepas tengok panda dekat Ueno Zoo sebenarnya kitorang plan nak ke Ameyoko Street.... tapi disebabkan orang punyalah ramai dan berlaku kesesakan manusia yang teramat dahsyat di entrance masuk ke Ameyoko Street tu kitorang berpatah balik ke Ueno Station (JR) dan terus pergi ke Harajuku.

Ueno Station ----> <JR Yamanote Line - Inner Loop> ----> Harajuku Station (200 Yen, 14 stops, 29 mins).

Bila dah sampai Harajuku Station terpaksa ambil masa sikit untuk keluar dari platform sebab ramai orang! Masa ni aku dah boleh agak what to expect sepanjang di Harajuku nanti - manusia di sana sini of koz!


**Google pic
Harajuku Station ni ada unsur-unsur kolonial - cantik dan comel sangat. Dek kerana ramai sangat orang kitorang sampai terlupa nak ambik gambar! Haish...

Sebaik-baik saja sampai, tempat pertama yang kami terjah ialah Takeshita Dori - main attraction untuk para remaja berkumpul dan shopping baju-baju trend terkini yang pelik-pelik dan kawaii. Mestilah aku nak ke sini sebab sebelum ni aku tak pernah sampai kat Takeshita Dori ni lagi... lagipun aku kan remaja juga!!! Aku pakai comel-comel macam Lolita nanti terkedu korang tengok...hahaha. 


Jangan terkeliru kalau terbaca ada blogger tulis Takeshita Dori... blogger lain pulak tulis Takeshita Street. Sebenarnya dua-dua tu adalah tempat yang sama. Dori bermaksud street atau jalan dalam bahasa Jepun.Takeshita Dori sangat dekat dan cuma di sebelah kiri berdepan dengan Harajuku Station. Keluar dari Harajuku Station nanti, kita cuma perlu melintas dan jalan menghala ke entrance comel macam gambar atas ni dan bersedialah dari segi mental dan fizikal sebab....


nampak tu... jalan jammed dengan manusia!


Walaupun penuh sesak dengan manusia di setiap penjuru, semuanya smooth... aman damai dan tak berlaku adegan tolak-menolak.


Siapa yang minat alternative fashion macam cosplay , Lolita fashion atau boy band idol memang patut ke sini sebab di sinilah lubuknya!

Cosplay tu fesyen ala-ala anime atau watak dalam filem macam Matrix contohnya. Lolita fashion ni sebenarnya ada macam-macam kategori -  Sweet Lolita, Classical Lolita, Gothic Lolita dan Punk Rock Lolita. Kalau Sweet Lolita tu jenis-jenis perempuan yang pakai dress warna pink yang berenda-renda dengan make-up yang comel-comel dan sweet tu.


Pirate of the Caribean + belly dancer ni fesyen untuk Punk Rock Lolita kot? Eh, entahlah... macam-macam diorang ni. Kalau Sweet Lolita tu memang aku suka tengok sebab comel!


Sweet Lolita... sweet dan comel je kann?


Kiri kanan Takeshita Dori ni memang penuh dengan segala macam kedai baju, kedai aksesori perempuan yang super cute dan banyak kedai lain termasuk Daiso setinggi 5 tingkat. Semua barang di Daiso ni berharga 100 yen (105 Yen ternasuk tax). Dekat dalam Daiso aku terserempak dengan beberapa orang Malaysians tapi kitorang tak bertegur sapa... I pandang U... U pandang I, gitu! Kalau ada di antara diorang tu blogger atau terbaca entri ni, maaflah ya... aku bukan sombong, cuma pemalu sikit. Tak kenal maka tak cinta... kalau dah kenal pening korang nak melayan loyar buruk aku nanti! :)


Kalau nak beli T-shirt I Love Tokyo better beli kat sini sebab diorang jual 1000 Yen sehelai dan lebih murah dari tempat-tempat lain.





Area ni juga terkenal dengan crepe bersalut cream serta sliced fruits - kiwi, strawberry, mangga, dan flavoured syrup yang dikatakan sangat yumms. Aku tak beli so tak tahu sesedap mana crepe di sini.



Crepe lagi..


Kitorang berjalan sampai ke Harajuku Street kemudian berpatah balik semula ke Takeshita Dori. On the way tu terserempak dengan beberapa orang Lolita...


confident dengan fesyen pilihan diorang...


Sweet Lolita yang manis bak candy yang dijual ...


sama cantik sama padan dengan baju yang digantung kat display...


kawaiiii to the max...


MENGERIKAN!!!

Macam-macam lagi sebenarnya perangai manusia yang pelik-pelik dan tak tercapture dengan camera sebab terkujat, hahaha.





Lepas cuci mata kat Takeshita Dori kitorang berjalan menghala ke Meiji Dori. Dekat sini memang kita kena jaga handbag dan wallet betul-betul supaya tak banyak duit mengalir keluar sebab banyak butik sepanjang jalan. Forever 21 pun punyalah besar! Jalan depan sikit ada Zara... pun besar dan menggoda.. dah tu ada sale pulak!  Haih... tak menentu aku rasa masa lalu sini. Dub dab... dub dab dalam hati sambil kepit handbag ketat-ketat! :D




A gorgeous white babe :)


Ni pun 'peewit' juga!

Dekat Harajuku ni ada beberapa buah kedai jual kebab yang dikatakan halal. Salah sebuah kedai ialah Kebab Box yang terselit dalam gambar atas ni.

Masa tengah berjalan ada sorang Japanese pass pamphlet kedai kebab dan beritahu kitorang yang kedai tu halal. So kat bawah ni aku tepek sikit menu dan info kedai tu. Incase ada reader yang nak ke Tokyo, selain daripada Kebab Box mungkin boleh drop by kat King Kebab ni juga.  Seorang forumner dalam Tripadvisor pernah beritahu kebanyakan daging ayam yang dijual di kedai-kedai kebab di Jepun memang halal... tapi kalau daging lembu tu dia tak jamin. So bila  singgah mana-mana kedai makan verify betul-betul sama ada makanan yang dijual memang benar-benar halal.


 Senarai minuman.


Ada kebab dan nasi dengan harga yang agak berbaloi.


Contact info King Kebab



@ intersection di antara Meiji Dori dan Omotesando

Kitorang berjalan sampai ke Omotesando, kawasan high-end yang ada banyak butik designer terkenal dunia -  LV, Dior, Prada, Tod's, Loewe... just name it! Omotesando juga dikenali sebagai Champs Elysee of Tokyo. Kitorang tak habis cover Omotesando ni sebab dah penat. Jalan sikit... lepas tu patah balik ke Harajuku Crossing dan berhenti rehat dalam 10 minit sebelum bergerak semula ke Harajuku Station untuk naik train ke Shubuya.

Sebenarnya dari Harajuku ni boleh terus ke Shibuya dalam 15 minit berjalan kaki. Tapi kitorang naik train sebab kaki dah rasa nak tercabut! :)

 

Tokyu Plaza




Black beauty :)

Next entry --> EXPLORING SHIBUYA!
 


-lotsa luv-
Fayreen Mizan-

1 comment:

  1. Meriah sungguh bandarnya.. org tak putus2. Thanks sharing Fayreen.. :)

    ReplyDelete