Rasanya ramai yang mula sibuk dengan final preparation untuk raya. Mood raya masing-masing pun jangan cerita laa kan - activated to the max termasuklah yang menulis ni! InsyaAllah sehari sebelum raya nanti baru kitorang akan bergerak balik ke kampung aku di Muar, Johor. Eh, no... no - Muo... haa, sedap sikit sebutannya!
Alhamdulilah, aku dengan hasben sama-sama orang selatan so bab balik kampung masa raya ni memang tak ada masalah. Tak perlu ohsom atau baling dadu untuk decide balik kampung siapa dulu. Dia suruh balik kampung aku dulu... lepas tu aku pulak suruh balik kampung dia dulu adalah! hahaha. Melaka dengan Muo dekat saja... tak sampai 1 jam dah sampai. Ulang alik Melaka - Muo, Muo - Melaka beberapa kali dalam sehari pun boleh. Cuba sorang dari selatan... sorang lagi orang utara mau ada cubaan baling-baling pinggan juga kot time raya ni! Eh, janganlah sampai macam tu ya... berbincanglah elok-elok, for sure ada penyelesaian terbaik.
Masa menikmati lauk pauk dan kuih raya nanti makanlah seadanya. Ingatan khas untuk aku juga sebab bab ni aku selalu lupa diri. First day raya biasanya family aku buat ketupat makan dengan lodeh, kuah kacang, rendang, serunding dan ayam masak merah. Kitorang yang di perantauan (ceh, setakat KL tu perantauan laa sangat!!) selalunya bawak balik lemang beli dari KL. Lemang bukan makanan utama di Johor so tak ramai orang pandai buat lemang yang sedap. Hari ke-2 biasanya kitorang buat Laksa Johor dan order sate. Ya Allah, Laksa Johor - terliur suda!! Eh... dah... dah... entri ni sebenarnya nak ucapkan Selamat Hari Raya pada readers, ni nanti melalut cerita pasal makan pulak!
Akhir kata, berhati-hati di jalan raya nanti. Tak perlu speeding... tak perlu rushing. Erk, rasanya banyak laluan utama jem kot. So, sama-samalah kita bersabar sambil berasap-asap punggung nanti ya. Memang tension tapi inilah salah satu momen manis setiap kali balik kampung menjelang hari perayaan kann?
Ibu-ibu serta para bapa alert lah juga denga pergerakan anak-anak sambil bersembang-sembang dengan saudara-mara atau kawan-kawan time diorang datang beraya atau masa kita bertandang ke rumah orang. Perhatikan anak-anak dan pastikan diorang tak merayap ke mana-mana. Banyak sangat cubaan menculik sekarang ni, so berhati-hatilah... it's a crazy world out there!
Akhir kata (dah 2 kali akhir kata tapi entri tak berakhir juga!), Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger dan readers.. sepuluh jari saya susun, maafkanlah sebarang keterlanjuran tutur kata atau gurauan yang melampau di blog ini.
Udara dingin hening pagi
Tabuh berbunyi memeriahkan hari
Kini Shawal menjelma lagi
Ribuan kemaafan dari kami
Maaf zahir dan batin dari Fay, Pian & family.
-lotsa luv-
Fayreen mizan
selamat hari raya....
ReplyDeleteSelamat hari raya... maaf zahir batin..
DeleteSelamat Hari Raya Fayreen maaf Zahir dan Batin jugak..sepanjang JM tinggalkan komen di sni jia ada terasa hati tau terkilan JM mohon maaf ye. Kat opis ni pun dah sunyi sepi tp esok JM kejer lagi huhuh...mood dh ke laut nih..
ReplyDeleteBuat Fay n husband juga hati2 balik ke Muo tu..untung dpt pasangan satu rah alhamduillah :-)
Terima kasih ya JM. Selamat Hari Raya... maaf zahir batin juga... mintak maaf kalau-kalau ada terover bergurau kat blog JM. Berhati-hati di jalan raya... dub drink n drive :)
Delete