Friday, 4 July 2014

KUIH RAYA BERASASKAN COKLAT!

Assalamualaikum,

Belum pun 10 hari berpuasa, aku dah buat entri pasal kuih raya. Padahal entri travel banyak lagi tak publish - Japan trip belum habis cerita, merayap kat Pulau Langkawi tak share lagi... pastu entri Krabi, Phuket pun satu tak sentuh lagi. Uwaaa! 

Sebenarnya aku plan nak buat kuih raya sendiri, kalau boleh tak nak beli satupun. Tahun lepas pun aku buat sendiri tapi jenis yang biasa-biasa macam biskut coklat chip, crunchy almond (tapi aku buat tak crunchy ponnn) & peanut butter cookies. So, tahun ni ingat nak buat kuih yang lain lah pulak... kalau boleh nak coklat base yang lebih yummy dan difficulty level up laa sikit. Amboi, cita-cita tinggi melangit! Hahaha...

So, semalam aku start laa google resepi-resepi cookies dari web-web mat salleh sebab cookies coklat diorang kan lebih nyams. Satu dugaan juga browse bulan puasa ni sebab gambar-gambar cookies yang ada tu rata-ratanya memang menggiurkan! Rasa macam nak cekup-cekup je cookies kat dalam gambar tu. Finally, dapatlah KIV beberapa resepi. Buat tak buat tu tak tahu lagi, tapi aku memang kena challenge diri. Kalau tidak, makin lemak berkrim laa tahap kemalasan nak buat kuih raya sedangkan masa kecik dulu seawal darjah 4 aku dah buat kuih sendiri...kuih bodo-bodo jelah tapi something laa juga kaan.. pastu bila sambung study sampailah bekerja dah tak buat kuih raya sendiri... semua main tujuk-tunjuk je. Baru 3,4 tahun ni aku start semula buat kuih raya sendiri. Rasa rugi sangat sebab terlalu ikutkan angin malas... kalau tak entah-entah aku dah jadi pengusaha biskut raya berjaya di Malaysia sekarang ni...hikhik.

Inilah beberapa hasil risikan semalam... 


Triple Chocolate Chip Cookies - nampak sedap kann? Cara buat lebih kurang sama macam coklat chip cookies yang biasa tu tapi biskut ni gunakan 3 jenis coklat yang berbeza. Memang heaven untuk penggila coklat macam aku!


Credit : dailydelicious.blogspot.com

Nampak tekstur dia yang penuh dengan segala jenis kekacang dan colat chips tu? Meleleh ailio tengok tau!


Credit : yummly.com

Meringue Cookies - ni bukan coklat base tapi boleh je kalau kita nak sprinkle choc chips... pastu tabur kekacang kat atas tu... yumms. Meringue ni senang nak buat so ni kena masukkan dalam list. Ceh, beria-ia je aku ni... silap-silap tak buat satu pun, end up beli je nanti! Hahaha.

Tapiiiiii, yang paling aku terliur sekali dan berkobar-kobar semangat nak buat - CHIP COOKIE BARS! Ya Allah, boleh demam bila tengok gambar cookie bars ni... terus rasa tak keruan!


Hah....hambik! Sure korang pun tertelan-telan ailio tengok cookies ni.


Gulppp! Nampak tu... dengan kepingan coklat, dengan taburan chocolate chips lagi... pas tu ada pecan, walnut dan kekacang lain pulak tu!! Kita boleh campur apa saja jenis kekacang yang kita suka.. nak letak oat pun boleh. Tengok gambar pun dah boleh rasa kesedapan biskut ni. Dah terbau-bau biskut ni kat hidung aku! Hoihhhh... memang tergugat iman! *Ambik tisu banyak-banyak lap ailio!


Naahhh... close-up! :p 

Aku target nak cuba buat Chip Cookie Bars ni. So, sekarang tengah study betul-betul sama ada resepi ni senang atau susah. Lepas tu, bahan-bahan pulak senang nak cari atau tak. Kadang-kadang sesetengah resepi mat salleh ni gunakan bahan yang tak munasabah pada kita. Berjayakah aku nanti? Hahaha... kita tunggu ya. Kalau jadi tahun depan aku ambik order buat cookies ni! :D


Credit : simplyrecipies.com

So. macam mana? Kalau macam ni punya gaya, rasanya korang pun teruja dan bersemangat nak buat biskut raya kann? Kalau rasa ok Insyaalah nanti aku translate dan share resepi ni semua ya. Doakan misi aku berjaya.*Dengan penuh semangat melangkah gagah menuju battlefield sambil bawak oven!



-lotsa luv-
Fayreen Mizan



4 comments:

  1. lorrr ingatkan hasil dari buatan sendiri rupanya baru ambil resipi hiksss ok ok nanti kongsi yek
    Apeee umur 8 tahun dh minat buat bicuit dan kek so mmg berbakat nih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon-kononnya recce resepi kuih raya, JM... last-last sendiri terliur! Rasakan..hehe. Dulu2 masa kecik duduk dgn arwah tok (nenek).. orang dulu-dulu kan terror serba serbi. Arwah ni memang pakar buat sesetengah jenis kuih. Kalau dia kat dapur memang dia suruh tolong sikit-sikit... setakat tolong-tolong main tepung n buat sepah pun tak apa. Biskut-biskut raya moden kecuali kuih tart memang dia kurang minat buat so tu yg dia suruh belajar dengan auntie semua supaya senang time nak buat nanti. Tapi, time nak bakar kuih memang dia akan akan take over. Kuih biasa+biasa je JM.. bukan kuih hebat-hebat macam orang jual tu. :)

      Delete
  2. assalamualaikum, irrayyan.com nak jemput join segmen raya :)
    Tgk gambar kuih raya mengancam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam salam dear, waah... menarik tu. Insyaallah ya :)

      Delete