Monday, 17 March 2014

ITIK SALAI MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum,

Entri kali ni aku nak share resepi Itik Salai Masak Lemak Cili Api yang sangat nyamsss! Apalah punya penyakit... sendiri masak sendiri cakap nyamsss... sendiri upload gambar, pastu sendiri terliur! Haha... 


ITIK SALAI MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan:
-1/2 ekor itik yang telah disalai
-2 batang serai- dititik
-250gm santan pekat
-200gm air 
-1 helai daun kunyit
-kentang-potong 6 
-garam  
-sedikit serbuk kunyit

Bahan tumbuk/kisar:
-10 biji cili api - boleh tambah kalau nak lebih pedas
-2 batang serai - dihiris halus dan kisarkan (ni optional ya... tapi rasa masakan memang lebih marvellous)
-1 inci kunyit hidup 
-1 inci halia

Cara-cara :
Tumbuk lumat atau kisar cili api bersama bahan-bahan kisar yang lain. Campurkan bahan-bahan kisar bersama-sama itik di dalam periuk. Masukkan juga serai yang telah dititik. Masukkan air dan masak dengan api sederhana sehingga daging itik empuk. Selepas itu masukkan santan dan kentang. Kacau-kacaukan kuah supaya santan tidak bergentel. Pastikan kuah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Apabila kentang sudah empuk, masukkan pula daun kunyit dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga semua bahan mesra. Siap!

Sebelum ni aku pernah share resepi Itik Masak Kari Kerutup (klik link) .... kat entri tu aku ada beritahu hasben aku baru start projek itik jenis daging yang lebih mudah empuk bila dimasak kat kampung. Sekarang itik-itik tu dah besar dan InsyaAllah dah boleh mula dijual bulan depan. Sesiapa yang mengidam nak makan daging itik boleh email aku ya - fayreenmizan@gmail.com. Sedap tau daging itik ni... rasanya lebih sedappppp dari daging ayam! Sebenarnya tak susah pun nak masak daging itik... macam masak ayam juga. Cuma tempoh masa memasak kena lebihkan dalam 15 hingga 20 minit saja. 

Selamat mencuba! :)


-lotsa luv-
Fayreen Mizan








No comments:

Post a Comment