Assalamualaikum,
Ada sesiapa yang pernah dengar perkataan 'gerobok'??? Sebenarnya bagi orang-orang Johor sejati macam aku ni (ehemmm) gerobok tu maksudnya almari. Tapi dalam percakapan seharian (mungkin sebab perkataan gerobok yang tiga suku kata tu dianggap agak panjang) perkataan ini dipendekkan lagi menjadi 'gobok'! Tapi kedua-duanya tetap membawa maksud yang sama.
Sebenarnya, dalam entri ni aku bukan nak ajar sebutan-sebutan orang Johor...tapiii.... nak kenalkan korang pada GOBOK MAGIK! Eh... apa pulak Gobok Magik nie ek? Readers yang perempuan mesti suka dengan info yang aku nak share ni...
*******
****
**
Introducing.........
Gobok Magik ditubuhkan pada tahun 2013 oleh lapan orang mak-mak dara dan anak-anak dara jelita yang kesemuanya merupakan kawan-kawan baik. Percaya atau tidak.... ada antara diorang ni dah kenal satu sama lain sejak sekolah rendah lagi dan hubungan tu masih berterusan sehingga sekarang walaupun ada yang sudah beranak-pinak!
Target utama Gobok Magik adalah online shopping dan jualan melalui booth yang menawarkan muslimah attire. Alhamdulilah pada tahun ni Gobok Magik melangkah beberapa tapak ke hadapan apabila berjaya mengeluarkan label shawlnya sendiri. Banyak lagi produk akan dikeluarkan oleh wanita-wanita hebat yang penuh dengan magik ini...
Kesemua shawl ini adalah di bawah label Gobok Magik sendiri. For a start, sementara menunggu koleksi-koleksi lain dilancarkan... hanya beberapa design dipasarkan dulu. Banyak koleksi lain akan menyusul nanti...
Shawl ni adalah dari jenis high quality chiffon yang sangat selesa, tidak panas dan sangat mudah dibentuk dengan bermacam-macam gaya. Jadi terpulanglah pada korang nak belit-belitkan dan pusing ikut arah utara, selatan, timur, barat atau mana-mana pun.... korang garenti tampil anggun menawan dengan gaya apa sekalipun!
Mari kita lihat koleksi-koleksi yang ada ni dengan lebih dekat....
S1004 ni boleh dipadankan dengan bermacam-macam warna baju...
S1006 - Blue
S1007 - Red
S1008 - Purple
S2002 - S2004 ni pula direka menggunakan combination motif stripe dan kain plain. Jadi, kita ada dua pilihan gaya di sini - boleh letakkan bahagian yang stripe atau yang plain tu di bahagian kepala.
Gobok Magik bukan menjual shawl sahaja ya. Dah namanya magik.... mestilah ada macam-macam produk lain yang cantik-cantik, berkualiti dan affordable juga!
Mari scroll down dan cuci mata untuk lihat produk yang dijual....
Antara koleksi baju kurung moden yang dijual...
So, macam mana?? Cantik-cantikkan koleksi yang diorang jual? Banyak lagi produk lain sebenarnya. Pastikan korang like fb page atau follow instagram Gobok Magik untuk dapatkan info-info produk terbaru serta promosi-promosi menarik yang diadakan.
Bagi mereka yang dah terpikat dengan shawl kat atas tu, dipersilakan proceed buat booking dengan cepat sebab stok adalah terhad... jangan menyesal kalau terlepas peluang mendapatkan shawl yang cantik ni! Harga shawl bermula dari RM29 sahaja.
Facebook : Gobok Magik
Instagram: @gobokmagik
SMS/ WhatsApp : 0193297564
Happy shopping, readers and all the best to Gobok Magik & the team !! :)))
-lotsa luv-
Fayreen Mizan-
No comments:
Post a Comment