Sunday, 9 March 2014

PRAY FOR MALAYSIA AIRLINES MH370

Assalamualaikum,

Biasanya aku memang tak update blog pada hari Ahad. Tapi misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 yang tiba-tiba terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 sikit sebanyak membuatkan aku tergerak untuk menulis.

Tidakkk...aku tak mahu menulis atau merumuskan bermacam-macam spekulasi yang timbul sejak pesawat ini dilaporkan hilang. Biarlah mereka yang lebih arif melaporkan perkara ini di akhbar, webpage atau blog masing-masing. Tidak juga memberikan teori-teori aviation sebab aku bukan seorang pakar. Aku cuma tahu naik kapalterbang... duduk diam...enjoy the journey... enjoy the beautiful scenery... enjoy the services provided. 

Sehingga ke saat entri ini dipublish, pesawat B777-200 ini masih belum ditemui. Macam-macam versi cerita, spekulasi dan status-status yang dipost di forum, fb serta twitter masing-masing. Ada post berbau simpati pada nasib pesawat, 12 orang anak kapal dan kesemua 227 orang penumpang... banyak juga post yang tidak henti-henti menyeru orang ramai untuk sama-sama mendoakan keselamatan kesemua mereka yang berada dalam pesawat serta memberikan kata-kata motivasi kepada keluarga serta rakan-rakan crew dan penumpang. Tidak kurang juga gambar-gambar edit, post-post serta komen-komen yang agak bangang disuarakan sekaligus menunjukkan betapa kurangnya perasaan sensitif serta sifat tanggung jawap individu-individu terbabit! 

Come on people! Hentikan posting-posting serta lawak-lawak bodoh yang mempersendakan kejadian ini. Tidak perlu buat lawak atau politikkan hal ini! We are talking about lives... ini soal nyawa ya! Cuba letakkan diri kita di tempat anggota keluarga dan kawan-kawan crew serta penumpang pesawat tersebut. Untung nasib insan-insan yang mereka sayangi masih belum diketahui sehingga kini. Be sensitive towards others...

Ya betulll... kita mempunyai kebebasan bersuara serta mengemukakan pendapat... (freedom of speech and expression)... tapi jangan jadikan itu sebagai tiket dan pasport untuk kita tolak dan terus kikis perasaan belas kasihan serta nilai-nilai kemanusiaan sesama kita! Be responsible and have a sense of accountability atas setiap apa yang anda tulis!

I'm praying for the best and hoping for miracles to happen. Sama-sama kita doakan agar MH370 serta semua crew dan penumpang dapat ditemui dengan segera. Kepada semua anggota keluarga crew dan penumpang yang terlibat, bertabahlah dan kuatkan semangat menghadapi saat-saat ini. The whole nation is with you....




#PRAYFORMH370


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

No comments:

Post a Comment