Orang perempuan dengan bag memang tidak dapat dipisahkan... dah macam isi dengan kuku. Seorang mesti ada tiga atau empat collection bag sekurang-kurangnya. Betul kaan?? Eh, tak mengaku pulak tu! Godaan dari selection bag yang ada di pasaran pun memang banyakkkkk... macam-macam brand... macam-macam style... macam-macam range harga sampai berpusing-pusing biji mata dibuatnya time nak bayar tu!
Sama ada nak beli branded/ designer handbag yang dibawa masuk dari overseas atau bag jenis biasa-biasa saja semua tu terpulang pada pilihan dan budget seseorang. Sebelum beli branded handbag kena banyak study pasal brand tu dan berhati-hati sebab sekarang ni terlalu banyak bag yang fake dijual. Sejujurnya aku tak ada masalah dengan mana-mana individu yang memakai handbag fake.... nak beli yang original atau fake tu terpulang pada tuan punya badan. Tapi, selagi boleh pilihan aku memang bag yang original/ genuine/ authentic.... tidakkk... ini bukan sebab prestige... bukan sebab berlagak nak jaga standard atau apa. Bag yang original ni memang value for money... tidak mudah rosak walaupun dah bertahun-tahun kita usung ke sana ke mari dan sentiasa ada nilai. Bak kata pepatah - alah membeli menang memakai.... haa, gitu!
Bercakap mengenai fake brand.... banyak brand yang menjadi mangsa counterfeit ni.... Louis Vuitton adalah antara brand yang banyak diciplak dan dipasarkan dengan harga yang lebih rendah. Teknologi penghasilan bag fake ini pun semakin canggih dari semasa ke semasa hinggakan ada antaranya kelihatan exactly macam bag yang original pada mata kasar! Kesian pada mereka yang membelanjakan sejumlah wang tertentu untuk membeli bag yang pada anggapan mereka original... tup-tup dapat bag yang fake. Tentu sakit hati yang teramat sangat dan rasa tertipu kaan?
Di sini aku akan share beberapa tips untuk memudahkan kita kenalpasti sama ada bag yang kita purchase tu adalah yang original atau sebaliknya. Dalam entri ni, aku fokus dengan Louis Vuitton dulu. InsyaAllah tips untuk brand yang lain akan menyusul nanti. Jadi, sila baca tips-tips di bawah satu persatu... korang mungkin terpaksa baca berulang-kali untuk fahamkan betul-betul :)
Sebelum tu mari kita pronounce Louis Vuitton ni betul-betul. Sebutan yang sebenar ialah 'loo-ee' 'vee-tawn' --> klik sini.
Sebelum purchase apa-apa bag LV, survey dulu model-model yang ada di official web atau katalog Louis Vuitton bagi memastikan design bag yang hendak dibeli itu memang benar-benar wujud. Ini kerana ada bag fake yang dibuat hasil gabungan beberapa model LV yang berbeza. Jadi, end product tersebut adalah model yang sebenarnya tidak pernah langsung dihasilkan oleh LV.
Official web LV --> klik sini.
Official web LV --> klik sini.
Gambar di atas adalah contoh bag fake... LV tidak pernah pun keluarkan atau pasarkan design ini!
Walau bagaimanapun, model yang sudah tidak ada production atau discontinued piece besar kemungkinan tidak tersenarai dalam katalog tetapi maklumat mengenainya masih boleh dirujuk di website LV. Pengeluaran untuk model yang klasik kebiasaannya akan dilakukan secara berulang-ulang kerana model ini akan terus berada di pasaran untuk jangka masa yang panjang memandangkan koleksi ini dianggap timeless. Model yang dikategorikan sebagai fashion pieces pula hanya akan dihasilkan dan dipasarkan untuk jangka masa yang pendek mengikut musim tertentu sahaja. Contohnya, sesuatu model tu hanya dikeluarkan untuk Spring/ Summer collection sahaja dan akan digantikan dengan model baru untuk Winter collection nanti.
Step 2 :
Kenalpasti perincian asas atau lebih tepat lagi detailing untuk bag yang hendak dibeli. Antaranya, adakah model tersebut mempunyai D-ring? Apakah D-Ring? Sekiranya model tersebut mempunyai D-Ring... di bahagian manakah letaknya? Kita boleh browse website LV untuk dapatkan maklumat-maklumat ini atau pergi ke butik LV berhampiran untuk lihat sendiri contoh bag original yang dipamerkan.
D-ring yang terdapat pada Lumineuse PM yang original.
Gambar di atas menunjukkan perbezaan bentuk D-ring di antara bag LV yang original (bulatan merah) dan fake. Sesuai dengan namanya, D-ring pada bag Louis Vuitton yang original berbentuk perfect D seperti dalam bulatan... bukan O atau C. Boleh nampak perbezaannya kaan?
Selain daripada itu, ada beberapa perbezaan lain yang ketara di antara bag yang original dan fake dalam gambar di atas. Saiz button yang digunakan pada bag yang fake agak kecil dan terletak terlalu rapat dengan jahitan. Jahitannya juga tidak kemas. Ini aku akan explain dengan lebih lanjut nanti...
Step 3 :
Jenama Louis Vuitton telah dikeluarkan sejak 1854 dan dikenali dengan kualiti dan gaya yang klasik. Kanvas monogram Toile telah mula dihasilkan sejak tahun 1896 dan masiih lagi popular hingga ke hari ini. Jika hendak membeli LV monogram, lihat dengan teliti prints atau simbol yang ada di monogram tersebut kerana dari sini kita sudah boleh pastikan ketulenan sesuatu bag. Ini kerana Louis Vuitton sangat teliti terhadap placement prints di setiap bahagian bag monogram yang dihasilkan. Placement LV monogram yang original biasanya simetri dari sisi ke sisi (* pengecualian bagi beberapa buah bag vintage).
Neverfull PM... antara model monogram yang sangat popular.
NN 14 PM Monogram Idole yang menjadi signature bag LV sewaktu pertunjukan fashion Louis Vuitton Spring/ Summer Collections 2014.... amboiii...bukan main detail aku terangkan bag ni... tu
tanda-tanda dah tergoda tuuu...
Dari contoh dua buah bag LV yang original di atas, kita dapat lihat placement corak monogram bermula dan berakhir dengan simbol yang sama atau lebih tepat lagi placementnya simetri. Kalau korang masih tak faham apa yang dimaksudkan di sini...tak apa... kita tengok gambar.
Bag di atas adalah Speedy Bandouliere 30 yang original. Perhatikan motif dalam bulatan i(a) dan bandingkan pula dengan bulatan i(b).... kedua-dua simbol yang digunakan adalah sama dan terletak di sudut yang sama juga... begitu juga motif dan kedudukan ii(a) serta ii(b). Inilah yang dimaksudkan dengan penggunaan simbol atau motif monogram yang simetri dan seimbang.
Supaya lebih faham lagi, kita bandingkan pula dengan placement motif bag fake di bawah ini.
Bandingkan motif dalam bulatan i(a) dan i(b)... kedua-dua simbol yang digunakan berbeza bukan? Begitu juga dengan simbol-simbol di bulatan ii(a) dan ii(b). Dari placement monogram yang tidak simetri ini sahaja kita sudah boleh detect bag yang ditunjukkan di atas adalah fake. Sekarang korang dah boleh faham apa yang dimaksudkan dengan placement simbol monogram yang simetri kaan?
Ada juga keadaan di mana permulaan monogram menggunakan hanya separuh sahaja simbol disebabkan oleh pemisahan baris jahitan atau penggunaan dua bahagian yang berbeza. Jika ini berlaku corak monogram mestilah berakhir dengan baki simbol yang sama juga.
Bandingkan motif dalam bulatan i(a) dan i(b)... kedua-dua simbol yang digunakan berbeza bukan? Begitu juga dengan simbol-simbol di bulatan ii(a) dan ii(b). Dari placement monogram yang tidak simetri ini sahaja kita sudah boleh detect bag yang ditunjukkan di atas adalah fake. Sekarang korang dah boleh faham apa yang dimaksudkan dengan placement simbol monogram yang simetri kaan?
Ada juga keadaan di mana permulaan monogram menggunakan hanya separuh sahaja simbol disebabkan oleh pemisahan baris jahitan atau penggunaan dua bahagian yang berbeza. Jika ini berlaku corak monogram mestilah berakhir dengan baki simbol yang sama juga.
Kedua-dua gambar di atas menunjukkan placement motif untuk bag yang original. Sekarang kita bandingkan pula dengan placement untuk bag yang fake. Korang tengok betul-betul dan lihat perbezaannya.
Fake 1
Fake 2
Basic monogram placement :
Original bag : ) + O + O ( --> susunan corak sama dari awal hingga ke akhir.... contohnya bermula dan berakhir dengan separuh bulatan
Fake : ) + O + O + O --> susunan corak bermula dengan separuh bulatan tetapi berakhir dengan bulatan penuh.
b. Jika pada permulaan monogram menggunakan hanya separuh sahaja simbol disebabkan oleh pemisahan baris jahitan dua bahagian yang berbeza, corak monogram mesti berakhir dengan baki simbol yang sama juga :
Original bag : ) + O + O ( --> susunan corak sama dari awal hingga ke akhir di mana ia bermula dan berakhir dengan separuh bulatan
Fake : ) + O + O + O --> susunan corak bermula dengan separuh bulatan tetapi berakhir dengan bulatan penuh.
Supaya kita semua tak pening... tak confuse... untuk memudahkan korang digest info di atas, aku share tiga step ni saja dulu ya... Step-step seterusnya seperti date code, senarai negara yang membuat LV, tips yang lebih teknikal serta contoh beberapa model keluaran LV yang berbeza aku akan share dalam entri yang lain. So, stay tune...
Credit : Louis Vuitton official web, ebay
Fake : ) + O + O + O --> susunan corak bermula dengan separuh bulatan tetapi berakhir dengan bulatan penuh.
Supaya kita semua tak pening... tak confuse... untuk memudahkan korang digest info di atas, aku share tiga step ni saja dulu ya... Step-step seterusnya seperti date code, senarai negara yang membuat LV, tips yang lebih teknikal serta contoh beberapa model keluaran LV yang berbeza aku akan share dalam entri yang lain. So, stay tune...
Credit : Louis Vuitton official web, ebay
Alright readers, have a splendid day and keep on praying for MH370....
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Fay..be careful kalau beli beg Lv yg jual di kl.ada yg pernh terkena.bila bw beg ke PARIS, dpt tau fake
ReplyDeleteHi dear... rasa frust gila kannn...
DeleteBro sy ada nak bincng pasal brg lv sy dpt dr bundle tp saya tak tahuvori ke tak ni pening..nak jual tp tkt fake tp kalau ikut 3 step semua memenuhi kriteria...kalau bro sudi saya nak kasi lihat gambar di whatapps atau email..maaf sy bukan nak apa cuma nak tahu ori ke tak tu je
ReplyDeleteNi email sy syahvii@yahoo.com
ReplyDeleteBro blh tlg x sya nk beli beg lv tpi sya x thu mcm mna nk bezakan ori atau fake.bro blh whatapss sya x nanti sya bgi gbr
DeleteThanks atas info ni, antara salah seorang peminat hand beg bagus untuk diketahui semua ni, Tak de la banyak sangat beg yang berjenama yang dimiliki tapi suka tengok dan sangat ingin memiliki kalau berkemampuan.
ReplyDeleteThanks for the info :-)
ReplyDeleteKadang2 frust jugak, penat2 beli yang ori...org ingat kita bawak yg fake.....sadis sadisss..
ReplyDeleteBro sya nk beli beg lv tpi sya xthu mcm mna nk thu dia ori atau fake.bro blh whatapss aya x nanti sya bgi gbr
ReplyDeleteBro blh tlg x sya nk beli beg lv tpi sya xthu ori atau fake.bro blh whatapss sya x nanti sya bgi gbr
ReplyDeleteAda sesiapa nk beli hndbag micheal kors Genuine leather? Email..vendeilcopyright@gmail.com..
ReplyDeletethe way their protect the brand . thanks for the info :)
ReplyDelete