Salah satu cara yang mudah dan murah untuk menenangkan minda setelah penat bekerja adalah pergi ke KLCC dan menonton Symphony Fountain Show! Opps...bukan murah...tetapi percuma sebenarnya! Haha.. Ini juga salah satu favourite spot aku dan suami.
Bagi mereka yang tinggal di KL sudah tentu biasa sangat dengan pertunjukan air pancut berirama yang dipersembahkan di Symphony Lake KLCC yang berkeluasan sehingga 10,000 kaki persegi ini. Persembahan ini menggabungkan muzik, cahaya serta formasi dari 380 air pancut yang telah diprogramkan.
Setiap air pancut boleh bergoyang dan berputar sehingga 360 darjah.
Ketinggian maksimum air pancut di sini adalah 42 meter.
Mari kita tonton video yang sempat kami ambil. Kedua-dua video ni dirakam pada masa dan waktu yang berlainan dari angle yang berbeza. Synchronize serta background muzik yang digunakan juga berlainan.
Sit tight and enjoyyyy!
Air pancut di Symphony Lake dibuka dari jam 12 tengahari - 2 petang dan 6 petang - 11 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 10 pagi hingga tengah malam semasa cuti hujung minggu dan cuti umum.
Untuk ke sini dengan lebih mudah, sila gunakan exit di ground floor berhampiran cafe Chinoz On The Park (betul-betul di bawah Harrods).
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Nice!
ReplyDeleteNak p la nnt. Hehee
Teringin gak nak g...tp sy jln kl x cekap..aje sesat nanti
ReplyDeleteTeringin gak nak g...tp sy jln kl x cekap..aje sesat nanti
ReplyDeleteAlamakkkk..... sorry baru ni reply :(
DeleteBoleh naik lrt berhenti kat klcc... pastu jalan je beberapa minit ke kawasan fountain ni... dekat je x jauh...
Terbaek
ReplyDeleteTq anon :)
Delete