MATTA Fair - event yang memang ditunggu-tunggu oleh 'kaki jalan' kini kembali! MATA Fair 2014 berlangsung pada 14 - 16 Mac 2014 di PWTC, Kuala Lumpur... lokasi yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tarikh : 14 - 16 Mac, 2014 (Jumaat - Ahad)
Opening Hours : 10.00 pagi - 9.00 malam
Lokasi : Hall 1, Hall 1M, Hall 2 & Linkway serta Hall 3, Putra World Trade Centre (PWTC)
Bayaran Masuk : RM4.10 seorang (Percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun)
Lebih daripada 1,250 booth disediakan dengan penyertaan 200 exhibitor terdiri dari travel agent, syarikat penerbangan, hotel serta agensi-agensi pelancongan lain yang menawarkan pakej-pakej pelancongan serta tempahan tiket pada harga promosi yang lebih rendah.
Travel agent yang mengambil bahagian :
Syarikat penerbangan :
Syarikat Pelayaran/ Cruise :
Hotel :
Lain-lain :
Hall Guide untuk memudahkan pengunjung ke booth yang berkenaan...
Pengunjung yang membeli pakej domestik pada harga minimum RM200 dari mana-mana booth layak menyertai Visit Malaysia 2014 Draw. Manakala mereka yang membelanjakan RM500 (minimum) bagi pakej domestik atau international pula layak menyertai Buyers' Contest. Dua tiket penerbangan business class (pergi balik) ke London ditawarkan sebagai hadiah utama oleh Singapore Airlines di samping hadiah-hadiah menarik yang lain! Haha.. nampaknya memang kena mandi bunga sebelum pergi ni :)
Pemenang bagi Hourly Draw pula akan dipilih secara rawak oleh penganjur di mana pengunjung yang bertuah dikehendaki menjawap beberapa soalan mudah. Sebanyak lima hadiah disediakan setiap sejam dari pukul 11 pagi - 7 petang setiap hari.
Stage performance yang terdiri dari tarian-tarian kebudayaan juga turut dipertontonkan kepada pengunjung sepanjang MATTA Fair ini berlangsung. Menarik kaan?
Jadual persembahan dari 14 Mac - 16 Mac 20114.
Sekurang-kurangnya kita dah tahu ke mana untuk dituju hujung minggu ni kaan? Cuma satu masalah utama setiap kali MATTA Fair ni berlangsung... masalah parking! Berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, kali ni kitorang decide untuk simpan saja kereta di rumah dan naik train ke PWTC! :)
See you there :)
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
No comments:
Post a Comment