Tuesday 25 February 2014

BUBUR PULUT HITAM

Assalamualaikum,

Baru-baru ni seorang member dalam group WhatsApp sekolah share bubur kacang hijau yang dia masak... hamboiii... bukan main eksen kau sebab dapat buatkan aku terliur ek! Hahaha.... Biasalah... group isteri-isteri orang merangkap mak-mak ni, sikit-sikit share pasal makanan... borak pasal isu-isu negara pun tetap diselang-selikan dengan topik makanan. Aku ni pulak asyiklah teringat-ingat bubur kacang tu. Walaupun dia tak share gambar tapi aku tetap terliur... yelaa tengah musim-musim panas ni dapat makan something yang creamy macam tu memang best!  

Maka, pada hari yang sama lepas dinner berlakulah dialog ni :

Me      : "You... bubur yang masak guna kacang hijau tu you tau kann.."
Hubby :  "Tau.."
Me     : "Sedap kann...especially kalau sejukkan dulu sebelum makan..pastu masak tu letak derian lak"
Hubby : (Terdiam sekejap... dah tergodalah tu..ngee...) .... "You nak buat ea...kalau you nak buat lebih baik masak bubur yang lagi satu tu... yang tu lagi sedap"
Me      : "Yang mana?"
Hubby : "Ada satu tu...bubur kaler purple"

Kaler purple?? 1 saat... 2 saat... 3 saat... baru aku dapat recall bubur kaler purple tu... bubur pulut hitam rupa-rupanya! Hahaha....

Memandangkan ini ni pun memang favourite aku, no problem... cukup semua bahan the next day aku terus buat. Aku tau simple saja resepinya dan ramai di luar tu dah expert masak bubur pulut hitam ni... tapi aku sharekan juga resepinya di bawah. Marilah kita masak dengan penuh kasih sayang bersama-sama :)


BUBUR PULUT HITAM



Bahan-bahan :

1 cawan beras pulut hitam - aku rendam dalam sejam setengah
6 cawan air - anggaran... bergantung pada kepekatan yang kita hendak
1/2 ketul gula melaka - lebihkan jika hendak lebih manis
Secubit garam
1 1/2 cawan santan - A*
3/4 cawan santan pekat - B*
2 helai daun pandan

Cara-caranya :

Masukkan pulut hitam, air dan daun pandan yang disimpulkan ke dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana. Masukkan pula gula melaka dan biarkan sehingga larut sepenuhnya. Selepas itu masukkan pula 1 1/2 cawan santan (bertanda A*) dan garam. Kacau-kacau dan pastikan pulut hitam telah betul-betul empuk.

Sebelum dihidangkan, letakkan sesudu dua santan pekat (bertanda B*) ke atas bubur hitam. Untuk memastikan santan ni tidak mudah basi, aku didihkan sebentar dan campurkan sedikit garam supaya rasanya lebih lemak dengan api yang kecil.

Siap!

Selamat menjamu selera :)



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

4 comments:

  1. sedapnye. masa bulan puasa haritu ade beli. sedap! even terasa kehangusan pd bubur tu. beznye klo ada ygbaik hati sedekah bubur pulut hitam ni. yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelaa yumida... time bulan puasa yang hangus pun sodap... semua makanan nampak sedap dan kalau boleh nak beli semua tu kann :)

      Delete
  2. Assalam.. lama saya tak makan ni.. mmg feveret juga.. best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Khir,
      haha.. kalau disejukkan lepas tu makan time cuaca panas macam sekarang lagi best kaan.. :)

      Delete