Tuesday, 18 February 2014

MALINDO AIR 50,000 FREE SEATS PROMO!




Assalamualaikum,

Berita baik untuk semua kaki travel! Malindo Air menawarkan 50,000 tempat duduk percuma ke semua destinasi penerbangannya... pelanggan hanya perlu membayar airport tax dan fees bermula dari serendah RM39.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy, promosi ini merupakan sebahagian dari kemudahan perjalanan yang diberikan kepada orang ramai bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Tempahan tiket untuk promosi ini boleh dibuat mulai 17 Februari - 23 Februari 2014 dan sah bagi tempoh perjalanan dari 17 Februari hingga 27 Mei 2014. Promosi ini tidak boleh digunakan untuk penerbangan semasa musim cuti persekolahan dan cuti umum.


Sejak mula beroperasi pada bulan Mac 2013, Malindo Air telah memperluaskan routenya ke destinasi-destinasi berikut :

 
Route penerbangan Malindo Air

Ya y'all... Malindo Air juga sudah terbang ke Bali sekarang! Aku dah rasa experience fly bersama-sama Malindo Air ni masa pergi ke Langkawi tempohari. Pada pendapat aku, seatnya agak selesa dan lebih luas (32 inches seat pitch) berbanding Air Asia. Plus factor yang lain termasuk complimentary check in baggage sehingga 15 kg, in-flight entertainment juga disediakan di samping light snacks seperti mineral water, a slice of cake atau biskut. Oklaa kan... at least dapat mengunyah-nguyah throughout the journey. 

Penumpang juga boleh menggunakan kemudahan aerobridge di Main Terminal Building KLIA untuk ke pesawat. Tetapi, selain dari KLIA, ada juga flight yang terbang dari Subang Airport.... so sebelum buat apa-apa booking, better check details penerbangan terlebih dahulu.

Bagi mereka yang berminat, sila klik --> Malindo Air  untuk dapatkan maklumat lanjut.

Sit tight, grab this opportunity and book your flight tickets now!

* Source - Bernama & themalaysiantimes.com


-lotsa luv-
Fayreen Mizan


No comments:

Post a Comment