Perkhidmatan wifi percuma di Jepun?
Apakah keperluan-keperluan utama apabila kita berada di destinasi di luar negara? Selain dari tempat penginapan yang selesa dan selamat, transport ke pusat-pusat pelancongan yang efisien, kemudahan wifi yang baik juga antara faktor yang akan aku ambil kira kerana ini akan memudahkan kita untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai cuaca, tempat-tempat makan dan sebagainya.
While browsing the web untuk membuat itinerary terkini trip aku dan suami ke Tokyo nanti (aku prefer buat preparation lebih awal walaupun trip tu lama lagi - awal bulan Mei nanti. I've been there years ago... tapi tu pergi atas urusan kerja. Kali ini semua on our own... sebab tu persediaan awal sangat penting :p)... ok... sambung cerita tadi... while browsing the web aku terjumpa beberapa artikel mengenai wifi card dan access yang diberikan secara percuma sahaja kepada pelancong luar yang datang ke Jepun! This is so wowwww!
Idea untuk menyediakan perkhidmatan ini timbul apabila kerajaan Jepun
mengkaji feedback yang diterima dari para pelancong. Antara masalah yang
diutarakan termasuklah kesukaran mendapatkan perkhidmatan wayarles percuma, kesukaran untuk mendapatkan maklumat mengenai pengangkutan awam dan tempat-tempat untuk makan dan minum kerana kekurangan peta dan risalah di mana perkara-perkara ini boleh diselesaikan sekiranya para pelancong mempunyai akses internet yang mudah.
Kad ini dikenali sebagai 'Free WiFi Card' dan perkhidmatan ini pula dikendalikan oleh NTT - Nippon Telegraph And Telephone East Corporation. Buat masa ini terdapat lebih dari 39,000 wifi spots kendalian NTT menggunakan talian fiber optic di bahagian timur negara Jepun.
Senang saja cara untuk mendapatkan Free WiFi Card ini. Setibanya di Japan nanti, kita perlu ke kaunter yang disediakan untuk pengedaran kad sama ada di airport atau pusat-pusat maklumat pelancongan... cuma tunjukkan pasport dan tidak perlu isi apa-apa borang untuk mendapatkan kad ini. ID dan kata laluan yang diperlukan untuk log masuk telah dicetak pada kad, jadi kita hanya perlu masukkan maklumat seperti yang diarahkan oleh pusat akses dengan isyarat NTT East Wi-Fi (0000FLETS-PORTAL). Setelah semuanya selesai, kita boleh gunakan servis ini di mana-mana wifi spot yang disediakan oleh NTT.
Aku dah buat sedikit homework dan listkan di sini lokasi kaunter edaran kad serta wifi spot yang ada di beberapa bahagian di Japan untuk kita maksimakan penggunakan kad ini :)
Langkah pertama seperti yang sudah aku terangkan di atas... mula-mula kita perlu dapatkan Free WiFi Card terlebih dahulu. Kad ini diedarkan di beberapa lokasi di empat zon utama iaitu Hokkaido, Tohoku, kawasan-kawasan di pinggir bandaraya serta di bahagian tengah Tokyo.
Sekali lagi diingatkan... kita cuma perlu tunjukkan passport sahaja ketika hendak mengambil kad ini dan tidak perlu isi apa-apa borang atau buat apa-apa bayaran.
Pusat edaran Free WiFi Card mengikut zon.
* Sila klik link untuk dapatkan lokasi terperinci kaunter edaran kad ini :
Hokkaido:
H1 - Sapporo
Tohoku :
T1 - Aomori
T2 - Iwate
T3 - Miyagi
T4 - Akita
T5 - Yamagata
T6 - Fukushima
Tokyo suburbs :
S1 - Nagano
S2 - Yamanashi & Mt. Fuji
S3 - Kanagawa & Hakone
S4 - Yokohama
S5 - Niigata
S6 - Nikko
S7 - Kusatsu
Central Tokyo :
C1 - Akihabara
C2 - Harajuku & Omotesando
C3 - Ginza
C4 - Jiyugaoka
C5 - Asakusa (Tokyo Solamachi)
Chain stores :
Travelex (foreign exchange shops)
Isetan Mitsukoshi Holdings
Keio Department Store
** Narita Airport :
Sebelum ini, edaran kad di Narita Airport dihentikan buat sementara tetapi distribution ini telah disambung semula pada tarikh-tarikh tertentu dari 2 Disember 2013 hingga 30 Mac 2014.
Tarikh edaran : Narita Airport_schedule
Waktu edaran : 12.00 - 21.00
Lokasi : Kaunter sementara di Zon A (Ground Floor) di Terminal 2.
| ||
Langkah seterusnya.... korang boleh gunakan akses internet menerusi Free WiFi ini di tempat yang mempunyai logo seperti di atas atau di hotspot yang tersenarai di bawah.
Tokyo :
* Please click :
Asakusa & Ginza Tsukiji
Harajuku Omotesando, Akihabara, Nihonbashi Yokoyamacho & Shinjuku
Selain daripada kemudahan Free WiFi ini terdapat juga perkhidmatan wifi percuma yang lain... boleh refer pada link ni --> East Japan wifi locations untuk dapatkan lokasi-lokasi hotspot yang ada di sekitar kawasan East Japan dengan memasukkan lokasi semasa anda atau nama bandar (sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Jepun).
Langkah terakhir .... untuk gunakan internet, masukkan ID serta password and terus connect! ID yang diberikan ini valid untuk menerima perkhidmatan wifi percuma selama 14 hari atau 336 jam!
Kad ini mempunyai design yang berbeza-beza mengikut zon masing-masing...tetapi apa yang penting fungsinya tetap sama!
Kad yang diedarkan di kawasan Hokkaido
Antara design Free WiFi Card di Tokyo suburbs
Kad yang diedarkan sekitar Tohoku
Untuk edaran di Central Tokyo
Bagi mereka yang akan terbang ke Jepun tidak lama lagi, better make use of the free service provided! Enjoy your trip and happy browsing!
Source : flets.com
Source : flets.com
Credit to flets.com for the illustrations above.
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
No comments:
Post a Comment