Thursday, 27 February 2014

BERHENTI MENIPU DIRI SENDIRI!

Assalamualaikum,

Memang lumrah manusia suka dipuji dan diberi perhatian... atau lebih tepat lagi mendapat absolute attention, praise or compliments from others. Tetapi, pada mereka yang suka menjadi center of attention dan terlalu dambakan pujian demi pujian dari orang lain, jadilah diri sendiri. Anda tidak perlu mereka-reka cerita agar kelihatan hebat serta sentiasa 'menang' di mata orang lain. 

Kecenderungan untuk sentiasa bersaing serta dipandang hebat dan mempunyai segala-galanya jika dibandingkan dengan orang-orang tertentu dalam sesuatu kelompok akan menyebabkan anda terdorong untuk berbohong bagi menyembunyikan kekurangan yang anda miliki. Lama-kelamaan sifat suka menipu ini akan sebati dan menjadi habit. 


Cerita yang disampaikan oleh mereka yang suka berbohong selalunya tidak konsisten. Kebiasaannya versi-versi dan sudah tentu jalan ceritanya juga berubah-ubah apabila diceritakan kepada individu yang berbeza. A akan mendapat cerita yang berbeza dengan B... C pula akan diceritakan versi yang amat-amat berlainan daripada apa yang diceritakan kepada A dan B oleh orang yang sama mengenai subject matter yang sama. Itu sebabnya kadang-kala kita dapat lihat situasi di mana individu-individu yang memang sudah ditag sebagai penipu ini bagaikan orang hilang akal yang berada di dunia fantasi yang tersendiri.

Perlukah merangka jalan cerita dan skrip-skrip tipu semata-mata kerana terlalu ikutkan ego dan kerakusan nafsu kita yang sentiasa mahu dicop sebagai diva....sebagai orang yang terhebat di kalangan kawan-kawan? Sahabat sejati tidak perlu digula-gulakan. Mereka tidak pandang harta, pangkat atau darjat kita. Sahabat sejati adalah orang yang boleh terima kita seadanya ketika susah atau senang. 

Mereka yang termasuk dalam kumpulan ini sebenarnya mempunyai masalah jiwa... mereka tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada diri sendiri. Self denial mereka memaksa mereka mencari  jalan penyelesaian dengan menipu dan menjadi pelipurlara yang mencanang 'kehebatan' dan 'kelebihan' diri sendiri yang sebenarnya tidak wujud! Mereka tidak sedar sebenarnya mereka bukan sahaja menipu orang lain... mereka menipu diri sendiri!

Learn to accept our weaknesses... tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini! 

Stop lying to yourself. When we deny our own truth, we deny our own potential!



-lotsa luv-
Fayreen Mizan





No comments:

Post a Comment