Tuesday, 4 February 2014

CYBERVIEW RESORT & SPA, CYBERJAYA - Hideaway From The City!



Assalamualaikum,

Ini entri yang dijanjikan sebelum ni. Dipendekkan cerita, memang seronok menghabiskan masa selama 3 hari 2 malam di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya ni... lagipun tak rasa penat sebab tak perlu travel jauh-jauh... jarak perjalanan tidak sampai sejam dari KL.  

What amazed me most, inilah satu-satunya hotel yang pernah aku jumpa menyediakan sejadah dan Al-Quran di dalam bilik penginapan!


Main entrance ke lobby


Lobby & Reception.

Check-in process sangat smooth dan cepat...


Deco di main entrance dan lobby nampak sangat klasik kerana menggunakan wall finishing...


Persidangan APEC - Asia Pacific Economic Cooperation yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin ternama dunia pernah diadakan di sini pada tahun 1998.


Bilik penginapan berkonsep villa. Perkhidmatan buggy juga disediakan bagi mereka yang menginap di bilik yang kedudukannya agak jauh dari swimming pool, cafe atau spa.



Heading towards our room...


Biliknya luas dan siap ada pantry serta balkoni... amnities yang disediakan juga lengkap - body lotion tu best. Aku suka sebab ada campuran bau rempah.... toilet juga besar, selesa dan bersih.


Rasa tenang dan fresh je sebab keseluruhan kawasan ini dipenuhi dengan pokok.


First day ni kami tak explore kawasan ni sepenuhnya... kami cuma pusing-pusing di kawasan berdekatan bilik dan ke swimming pool saja. Tapi aku ceritakan sekali exploration kami di sini sepanjang day 1 dan day 2 tu dalam entri ni.

Swimming pool di sini memang best... ada tiga buah kesemuanya dan dibina bertingkat-tingkat menggunakan konsep batu-batu seperti di sungai... setiap sebuah pool mempunyai landscape yang sangat menarik.


First level adalah pool untuk kanak-kanak yang sangat luas...


Swimming pool  untuk orang dewasa terletak di level kedua...



Siap ada air terjun lagi...


Bistro Cascata yang menyediakan Italian cuisine terletak berhampiran swimming pool... area ni juga sesuai untuk bersantai...





Swimming pool di level ketiga ini agak cetek dan sedikit tersorok dari main swimming pool tadi... tapi landscape di sini sangat cantik!






Hari kedua kami di Cyberview...


The Verandah - sebuah lagi restoran yang ada di sini.


Di sinilah breakfast disediakan (The Verandah). Selection makanannya sangat banyak dan semuanya sedap-sedap!!


Pathway ke main garden. Masa untuk explore landscape di taman-taman yang ada di sini.



Kawasan ini dinamakan APEC Garden sempena Persidangan APEC yang pernah dianjurkan di sini....


Mari kita tengok video ni untuk dapatkan feel suasana sebenar di Cyberview....





Sebuah lagi garden yang terdapat di sini... yang ini bertemakan Japanese concept.



Kemudahan seperti gym, jacuzzi, steam bath dan sauna yang ada di Sembunyi Spa disediakan secara percuma untuk setiap hotel guest. Spa treatment yang lengkap juga terdapat di sini... yang tu kena bayar ikut package yang disediakan... please click --> Spa Treatment.

Gym dibuka pada pukul 7 pagi - 10 malam setiap hari manakala spa pula dari jam 10 pagi - 10 malam.



Masa ni aku sensorang je kat dalam ni... my hubby kena pergi bilik lain sebab treatment room untuk lelaki dan wanita diasingkan. So, the whole area was mine.. seronok juga sebab dapat conquer the whole room!

By the way, korang tidak perlu risau di mana nak simpan baju atau barang-barang peribadi yang lain kerana locker yang agar besar disediakan. Bilik persalinan serta shower room yang selesa juga ada di sini. Korang juga boleh pergi berlenggang saja kerana towel serta amenities seperti shampoo, bath gel dan body lotion juga disediakan.



Terdapat sebuah lagi pool di kawasan Sembunyi Spa... pool ini hanya dikhaskan untuk mereka yang mengunjungi spa saja.


Kids Camp ni terletak bersebelahan Sembunyi Spa. Parents yang ingin ke spa atau ada apa-apa aktiviti di hotel boleh letakkan anak-anak mereka di sini.


Day 3 - lazying around before check-out :)


Overall, di samping biliknya yang tip-top.... servis yang diberikan di sini juga sangat excellent. Plus factor di sini adalah garden concept yang sangat mendamaikan... memang puas hati dan highly recommended untuk stay di sini! :)

Bagi mereka yang tidak suka makan di hotel dan lebih prefer untuk makan di kedai-kedai di luar, jangan risau sebab tidak susah untuk mencari kedai-kedai makan di sini. Korang boleh ke Shaftsbury Square yang terletak berdekatan Cyberview ni. Antara food outlet yang ada di sini termasuklah Serai, Secret Receipe, Starbucks serta Kenny Rogers. Restoran makanan Arab yang amat terkenal di Cyberjaya iaitu Saba' Restaurant juga terletak berhampiran... atau korang juga boleh ke Alamanda.

Jika ada yang teringin untuk stay di Cyberview Resort & Spa ni di sini aku berikan beberapa basic info untuk mereka yang berminat.


** Google pic

Route map ke Cyberview Resort & Spa

Address :
Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor

Tel  : (603) 8312 7000
Fax : (603) 8312 7001
Email : hotline@cyberviewresort.com

GPS Coordinate :
Latitude : N 2 55.440
Longitude : E 101 40.020

Tempat Makan Berhampiran :
Saba' Restaurant
Cyberjaya 4800
Suite 0-2, Ground Floor
Block A
Jalan Perdana
CBD Perdana, Cyberjaya
Tel : (603) 8320 2544
* Opening hours : 10 am - 10 pm

Shaftsbury Square
Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
* Opening hours : 10 am - 10 pm


Enjoy your stay :)


-lotsa luv-
Fayreen Mizan


3 comments:

  1. Sblm ni sy pnh ke sini utk seminar.. sy suka tmpt ni.. environment hijau dia menyejukkan mata memandang.. deco dan susunatur semua nice...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Cik Nufa,
      Ya... memang sangat nice dan aman damai kat sini... masa pun mcm lambat je berjalan... best kaan :)

      Delete
    2. Salam perkenalan juga fayreen :)
      Yup, sgt best! Walaupun kejap je berada d situ, tp rasa sejuk dan aman je :)

      Delete