Thursday, 20 February 2014

EXPLORING GUA TEMPURUNG!

 
Assalamualaikum,

Masa cuti CNY baru-baru ni, aku dan hasben pergi ke Pulau Pinang. Dah namanya cuti CNY, for sure memanglah jalan jammed macam nak mam... dari KL ke Pulau Pinang highway memang sesak... dalam perjalanan balik ke KL pun sama juga. 


At some points we were moving at less than 40km/h!

Dari awal lagi hasben aku dah cadangkan supaya singgah di Gua Tempurung dalam perjalanan kami balik ke KL nanti. Keadaan jalan yang sangat jammed menguatkan lagi alasan untuk singgah... boleh merehat-rehatkan minda sambil tengok keindahan gua which is better dari menghadap jalan yang sangat sesak. Kann?

Sebelum tu, apa yang spesial sangat tentang Gua Tempurung ni? Mari aku cerita sikit. Gua Tempurung di Gopeng, Perak merupakan gua yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di sinilah terbentuknya bermacam-macam bentuk stalaktit dan stalagmit yang unik. Pembentukan batu di kawasan ini dianggarkan terjadi di antara 250 hingga 400 juta tahun dahulu!


Gunung Tempurung dari PLUS highway menuju ke utara (ni masa perjalanan hendak ke Pulau Pinang... aku singgah sini masa balik ke KL).


Senang saja hendak ke sini kerana along the way ada signage dan direction yang jelas. Dari PLUS highway, exit ke Plaza Tol Gopeng dan belok ke sebelah kiri. Lebih kurang lima kilometer lepas tu ada signage besar di sebelah kiri jalan yang menunjukkan simpang masuk ke Gua Tempurung. Sebaik saja masuk ke simpang tersebut, kita akan nampak gunung yang tersergam indah ini di hadapan kita. Kalau keliru dengan direction yang aku berikan, don't worry... boleh refer google map di bawah.



View Larger Map




Entrance untuk ke dalam Gua Tempurung...

 

Pemandangan dari luar gua....



Sungai sepanjang 1.6km ini dinamakan Sungai Gua Tempurung.


Sebelum tahun 1935, aktiviti perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan telah dijalankan di dalam kawasan gua. Penduduk setempat juga telah menjadikan gua ini sebagai tempat perlindungan dari askar-askar Jepun sewaktu zaman pendudukan Jepun pada tahun 1941 - 1945.

Semasa darurat diistiharkan di Tanah Melayu pada 1948 - 1960 pula, gua ini turut digunakan oleh anggota komunis sebagai tempat persembunyian mereka. Pada tahun 1970an, kawasan ini sekali lagi menjadi tempat tumpuan bagi aktiviti perlombongan. Kegiatan perlombongan terhenti dengan sendirinya apabila bijih timah yang dijumpai semakin berkurangan.


Gua ini berketinggian 497 meter dan mempunyai lima buah kubah yang besar. Gua Tempurung mendapat namanya dari siling setiap kubah yang berbentuk seperti tempurung kelapa


Terdapat 640 anak tangga di sepanjang laluan! Jadi, bagi sesiapa yang bercadang untuk explore Gua Tempurung dengan selesa, pakailah sandal atau kasut yang bersesuaian.


 

Golden Flowstone - dinding-dinding gua yang terdapat di kawasan ini terdiri dari pasir-pasir yang halus seperti kristal. Bahagian dinding yang basah akan membiaskan warna keemasan apabila terkena cahaya.


Ada formation anak kambing ke apa tu kat belakang aku!


Sekali pandang batu ni macam bentuk seorang manusia yang sedang berdiri....


Close up...



Terdapat stalaktit yang bentuknya seperti dolphin, harimau, kucing, gajah serta banyak lagi di kawasan ini. Stalaktit dikatakan terbentuk pada kadar purata 1 inci setiap 200 tahun! Jadi, bayangkanlah berapa lama masa yang telah diambil oleh formasi-formasi yang lebih besar terbentuk. 


 


 
Stalagtit dan stalagmit yang sungguh menakjubkan!

 



Ada empat pilihan pakej dari yang mudah, sederhana hinggalah yang sukar disediakan untuk menerokai gua ini. Setiap group akan diiringi oleh seorang guide yang juga merupakan pekerja di sini. Tiket boleh dibeli di kaunter berhampiran pintu masuk.

Pakej 1 - Golden Flowstone
Ini adalah dry tour di sepanjang platform konkrit di sekitar kawasan Golden Flowstone.  Keseluruhan tour mengambil masa selama 40 minit. 
Waktu : dari 9 pagi - 4 petang (lawatan terakhir bermula pada pukul 4 petang)
Bayaran : Dewasa (RM6), kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun (RM2.50), warga emas berusia 60+ (RM3)

Pakej 2 - Top Of The World
Ini juga merupakan dry tour tetapi pakej ini meliputi kesemua lima buah kubah dan lebih banyak steps untuk didaki. Pakej ini mengambil masa selama 1 jam 45 minit. 
Waktu : Dari jam 9 pagi - 3 petang
Bayaran : Dewasa (RM9), kanak-kanak (RM4.50), warga emas (RM3)
Min. pax : 5 orang dewasa

Pakej 3 - Top Of The World & Short River Adventure
Aktiviti berkumpulan sejauh 2.4 kilometer selama 2 jam 30 minit ke laluan-laluan yang berliku serta menyusuri anak sungai.
Waktu : Dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari
Bayaran : Dewasa (RM11), kanak-kanak dan warga emas (RM6)
Min. pax : 8 orang dewasa

Pakej 4 - Grand Tour
Pakej yang paling mencabar dengan perjalanan sejauh 3.8km sehingga ke pelantar 10 dan menyusuri anak sungai. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit.
Waktu : Dari jam 9 pagi hingga 11 pagi
Bayaran : Dewasa (RM22), kanak-kanak (RM11), warga emas (RM6)
Min. pax : 8 orang dewasa

Pakej 3 dan 4 adalah wet tour... mereka yang mengikuti pakej 3 dan 4 dinasihatkan membawa pakaian tambahan serta tuala. Sewaktu aku sampai ke Gua Tempurung, cuma pakej 1 saja yang available memandangkan masa tu dah hampir jam 4 petang. Overall, aku tetap berpuas hati... the unique formation amazed me a lot!

Mereka yang meminati aktiviti yang lebih lasak boleh melakukan juga  aktiviti white water rafting di Sungai Kampar yang terletak berhampiran dan gabungkan pakej white water rafting ini dengan Gua Tempurung Grand Tour. Hasben aku pernah join aktiviti ni... memang best dia kata.

Mari tengok gambar-gambar Grand Tour dan white water rafting yang aku 'pinjam' dari dia ni... :)






 


Lebih mencabar dan seronok kannn? Apa-apapun, the choice is yours... pilihlah pakej yang sesuai dengan keupayaan diri masing-masing. Cuma satu aku nak ingatkan, jika korang ke sana nanti, hargailah khazanah yang amat berharga di Gua Tempurung ini... jangan rosakkan stalagtit dan stalagmit yang ada kerana masa yang diambil untuk membentuk setiap satu formation bukanlah proses yang mengambil masa setahun atau dua tahun....bukan juga beribu-ribu tetapi berjuta-juta tahun!




Till we meet again....




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

No comments:

Post a Comment