Tuesday, 11 February 2014

KIDZANIA KUALA LUMPUR 40% AFTERNOON SPECIAL PROMO!

Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlewat untuk aku kongsikan promosi terbaru yang sedang berlangsung di Kidzania Kuala Lumpur. Sebelum itu, kita imbas kembali sedikit sebanyak sejarah penubuhan Kidzania.

KidZania telah diilhamkan dan dibangunkan oleh usahawan Mexico bernama Xavier López Ancona dan cawangannya yang pertama telah dibuka pada pada bulan September 1999 di Santa Fe, Mexico. Kidzania Kuala Lumpur pula telah dibuka pada 28 Februari 2012, menjadikannya cawangan yang ketiga di rantau Asia Tenggara dan kesebelas di dunia. Konsep yang diketengahkan di semua cawangan Kidzania ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas.

Dari bulan Januari yang lepas sehingga 31 Mac 2014 ini, Kidzania Kuala Lumpur menawarkan potongan harga sehingga 40% bagi package Afternoon Special. Promosi ini hanya sah untuk kemasukan dari jam 1 hingga 5 petang pada setiap hari Isnin - Jumaat sahaja dan tidak boleh digunakan ketika musim cuti persekolahan atau cuti umum. Walau bagaimanapun, potongan harga sebanyak 20% dari harga asal turut diberikan bagi kemasukan dari jam 4 petang - 9 malam pada hari Sabtu (kecuali pada cuti umum).


Untuk mendapatkan potongan harga yang ditawarkan ini, tiket perlu dibeli di kaunter jualan tiket di Kidzania Kuala Lumpur sahaja. Normal ticket price bagi seorang kanak-kanak berusia 4 - 17 tahun adalah RM60... manakala bayaran yang dikenakan selepas diskaun 40% pula cuma RM36 sahaja untuk seorang kanak-kanak. Jimat kan? Sila klik sini untuk lihat entrance fee yang lebih detail untuk peringkat umur yang lain.

Selain berpeluang menerokai dunia pekerjaan orang dewasa, kanak-kanak juga didedahkan dengan konsep permainan yang bersifat interaktif , penekanan konsep teamwork serta komunikasi dua hala yang positif bersama rakan sebaya. Secara tidak langsung, modul permainan yang ada di sini juga dapat membuatkan kanak-kanak lebih memahami skop sesuatu pekerjaan dan sekaligus menimbulkan minat yang lebih mendalam terhadap sesuatu profesion.

Apa yang menariknya, kanak-kanak di sini juga ada beberapa bahasa mereka sendiri. Antara term yang anak-anak kita akan gunakan sepanjang mereka berada di Kidzania ni nanti termasuklah :

Kai - hello!

Congrezz - Sebuah Badan Perundangan di Kidzania yang dianggotai sepenuhnya oleh kanak-kanak sahaja.

Congrezzkids - Jawatan rasmi bagi kanak-kanak yang menganggotai Congrezz. 
 
Kal - Bermaksud rakan atau friend.

KidZos - Matawang kertas yang digunakan di KidZania.

Kool - Digunakan untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu yang hebat.

Zaz! - Perkataan "Zaz!" ni menggantikan penggunaan perkataan "WOW"  dan digunakan untuk menggambarkan sesuatu kejutan.

Z-U - Bermaksud “good-bye”, “see you later” atau "jumpa lagi"

Opening hours : 
Kidzania Kuala Lumpur beroperasi dari pukul 10 pagi - 5 petang...tetapi pada hari-hari tertentu operasi dilanjutkan hingga ke jam 9 malam. Klik sini untuk dapatkan jadual yang lebih detail.

Jadi, apa lagi... 'jauhkan' anak-anak anda dari gadjet masing-masing buat seketika dan bawalah mereka terokai dunia Kidzania!

Address :
Kidzania Kuala Lumpur
Curve NX
No. 18, Jalan PJU7/5
Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
+60 1-300-88-5439
Website : http://www.kidzania.com.my/


'Till then..... Z-U!



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

No comments:

Post a Comment