Tuesday 21 October 2014

ZUMBA DI RUMAH. BAGAIMANA CARANYA?

Assalamualaikum,

 * Google image

Boleh ke kita buat aktiviti zumba kat rumah saja? Tak payah nak enroll mana-mana kelas??? Bolehhhhh!! Apa tak bolehnya? Lagipun zumba ni bukannya perlukan equipment apa pun. Yang perlu ada cuma ketabahan, kekuatan dan displin diri untuk lawan habis-habisan perasaan malas nak exercise! Tapi yang satu itu jugalah yang cukup-cukup susah nak kita buang sebenarnya! Seksa nau nak kikis perasan MALAS yang dah bersarang tu. Betul takkkk??

Sebelum aku menceceh panjang lebar lagi, mari kita baca asal usul zumba secara ringkas. Zumba adalah Latin inspired exercise yang menggabungkan elemen-elemen tarian dan aerobik yang dicipta secara tak sengaja oleh seorang penari dan choreographer berbangsa Colombia, Alberto Beto pada tahun 90an dulu.

Rutin ringkas sesingkat 30 minit saja pun dah memadai dan berkesan untuk mengurangkan berat badan, menyihatkan tubuh, menguatkan degupan jantung dan menghilangkan stress kerja! Facts yang menarik kaan? Muziknya juga best sebab menggabungkan muzik latin dan international yang catchy. Memang kompem cair lemak-lemak tepu dibuatnya!

Setiap satu sesi basic zumba ada 4 jenis tarian - cumbia, merengue, reggaeton dan salsa yang melibatkan pergerakan badan dengan kelajuan yang berbeza. Apa-apapun, pada pendapat aku semua pergerakan ni fun dan sangat mudah untuk kita buat.

Rasanya ramai juga yang berminat nak join kelas-kelas zumba yang ada tapi ada kekangan masing-masing. Each of us has our own story, right? Ada yang bermasalah wang ringgit. Ada yang tak boleh komit dengan schedule kelas disebabkan rutin kerja yang tak menentu. Ada yang pack dengan urusan keluarga - nak ambik anak kat babysitter, nak rush balik rumah untuk masak, nak monitor progress sekolah anak-anak, nak bermanja-manja suami isteri lagi. Ada juga yang suami tak izinkan. Tak kurang juga yang pemalu - macam akak ni! *Serkup kepala dengan paper bag sambil menaip!

Apa kata kita sama-sama allocatekan beberapa jam seminggu untuk lakukan zumba di rumah. Lebih best kalau dapat exercise satu keluarga. Ajaklah suami/ isteri dan anak-anak sekali. Sure lebih meriah di samping mengeratkan lagi bonding kekeluargaan! Kalau tak nak beli DVD, browse je video-video yang ada kat YouTube. Dari beginners sampai ke advance level semuanya ada. Cuma perlu pilih yang mana sesuai saja. Zumba for Dummies pun adaaa! Melampau sangat tu.

Korang punya pasal, aku sharekan kat sini video untuk beginners dari warm-up hinggalah cool-down nanti. Video-video ni memang recommended untuk berzumba di rumah. Apa lagi, cubalah sekarang for a healthier and slimmer you!

PENTING - JANGAN LUPA PAKAI KASUT SAMBIL BERZUMBA!

1. WARM-UP - Sebelum bersenam pastikan kita warm-up dulu untuk memanaskan badan dan otot-otot supaya tak mudah tercedera masa buat pergerakan nanti. So, jangan sesekali skip warm-up ya! 


2. CUMBIA - bergelek laa korang puas-puas masa ni nanti. Hambikkk! Hahaha


3. MERENGUE - Pergerakan masa ni agak laju. Step aku semua ke laut yang paling dalammmm!


4. REGGAETON - Aku suka masa ni sebab boleh feeling-feeling macam Shakira!


5. SALSA - Siapa kata orang lelaki tak boleh berzumba??


6. COOL-DOWN - Kena buat cool-down juga lepas excercise supaya badan tak rasa sakit lepas 24 ke 48 jam bersenam. Cool-down boleh mengelakkan muscle pain dan memperbaiki kekuatan dan pertumbuhan otot.


Selamat bertunggang-langgang. Eh??! Selamat berzumba! ;p


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

8 comments:

  1. memang berzumba di rumah sekarang ni pun... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. mcm best je zumba ni...boleh simpan video ni untuk zumba...mau kene gelak dengan anak2..hihi

    ReplyDelete
  3. aha..best entry ni..saye suke..senang kan..kat rumah je..nak pelbagaikan rutin senaman ni..bosan klu hari2 naik basikal..hihi

    www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Wahhh....best nyaaa...hehe..
    Sakan ni zumba kat rumah...huhu..
    Tapi kena tutup tingkap n langsir dulu kot ni...takut jiran ternampak pulak..huhuh...

    ReplyDelete
  5. ramai yang dah berzumba sekarang ek.....

    ReplyDelete
  6. Klu kat rumah & tempat2 tertutup spt gym dgn sesama kita oklah.. klu kat luar mcm segan je jadinya huhu.. :D

    ReplyDelete
  7. haah kak.. adeh! adik beradik "ke" tu memang susah nk dtg dekat.. si "m ni je yang selalu nk rapat...

    semangat tengok video bebanyak... semangat nak buat tolonglah datang.. hehe

    ReplyDelete
  8. ida buat powerwalk kat umah.. zumba kang husband kata terkinja kinja hikhikhikhik

    ReplyDelete