Thursday 16 October 2014

IDEA UNTUK SUSUN RUANG FREEZER DENGAN LEBIH TERATUR DAN KEMAS!

Assalamualaikum,

Semalam walaupun dah tengah malam tiba-tiba aku rasa nak susun barang-barang dalam peti sejuk. Bukanlah tak boleh tidur. Tapi otak aku ni asyik fikir pasal susunan barang-barang yang menyakitkan mata bila bukak peti sejuk tu. Aku ni dahlah jenis yang bila tengah bersemangat nak buat sesuatu tu bukannya kira waktu - tengah-tengah malam pun sanggup! Dah tu suspens sendiri sebab sebelum tu aku dok menyakat forward gambar pocong kat group wassap sekolah. Lepas tu sendiri kecut perut! :)

Untuk cari mood, aku google dulu beberapa contoh susunan peti sejuk yang organized. Terus lemah longlai rasanya bila tengok keadaan peti sejuk sendiri yang macam tongkang pecah. Tang compartment kat freezer tu rasanya ok lagi kot. Bolehlah kot kalau nak beri 3 atau 4 bintang dari full score 10 bintang. Kalau ipar duai datang taklah merah padam menahan malu kalau diorang tengok freezer. Bahagian yang lain-lain tu, mak aiii. *Lap peluh sekejap. Bukannya aku tak kemas. Time datang angin rajin tu beria-ia aku menyusun. Tapi, lepas 5,6 kali bukak tutup pintu peti sejuk ambik apa-apa barang yang perlu, habis bersepah semula. Kadang-kadang kemasnya pagi, bila petang dah balik ke keadaan asal semula! Caner nak buat ni?

Memandangkan banyak yang perlu diperbaiki dan banyak juga container yang perlu dibeli untuk disumbatkan barang-barang supaya lebih kemas dan tersusun, semalam aku cuma concentrate mengemas freezer saja dulu. *At last, ada juga alasan kukuh untuk merayap ke Ikea hujung minggu ni. Padahal container tu kat mana-mana ada jual. Kedai dua hengget pun adaaa! Kat Daiso pun banyak yang comel-comel. Pandai sangat ambik kesempatan ni!! Hahaha...

Dengan tulus ikhlas dan rendah diri aku sharekan keadaan freezer aku semalam. Ni sebelum disusun. Sila urut dada tengok betapa bersepahnya freezer ni! *Tuan blog cover muka dengan dua-dua tangan sebab malu...

Ice cube tu berapa bulan punya ntah. Rasanya aku buat masa raya haritu. Butter dalam container putih kat bawah tu pun sebenarnya dah habis bulan lepas lagi kot. Naper ya aku suka sangat mengumpul harta karun macam ni?!

Keadaan selepas...


Sekali pandang, macam sama je dengan keadaan sebelum kot?! Hahaha. Tapi kira dah oklah jugak tu. At least lebih tersusun dari sebelumnya... kennn?? Wrapper butter dah selamat aku humbankan dalam tong sampah. Ais tu aku keluarkan terus. Kitorang pun bukannya minum sangat ais kat rumah. Kalau minum pun kat kedai je. Kebetulan sebelum menyusun ni aku sempat blend cili kering dan bawang merah juga. So terus simpan dalam freezer. *Susun punya susun akhirnya aku lupa nak masukkan semula karipap segera dalam plastik hijau yang beli kat Ramly Halal Mart dalam freezer sampai ke pagi!!

Cuma nak share kot-kot bermanfaat pada readers untuk cuba cara ni. Ayam biasanya aku masukkan dalam sealed plastic ikut kuantiti untuk sekali masak. Jadi, sekali masak aku cuma perlu keluarkan dan rendamkan satu plastik ayam saja. Tak perlulah keluarkan the whole container dan defrost semua ayam tu.

Dengan cara ni juga secara tak langsung aku boleh tau berapa hari supply ayam yang ada boleh bertahan. Senanglah nak plan untuk beli barang-barang mentah. By the way, plastik tu aku beli kat Ikea. Sweet je colour dan motif sealed plastic tu. Benda-benda macam nilah yang sikit sebanyak membangkitkan minat kita untuk turun ke dapur kaan, uolls? *Sambil kenyit-kenyit mata. Statement yang penuh dengan unsur-unsur psycho!

Tapiiii, aku tetap menggelitik nak organisekan freezer macam dalam gambar-gambar ni...

*Google image.
Haa, nampak tu. Tak ke tersusun? Ni gunakan freezer bins.

*Google image
Bins yang siap dilabelkan.

*Google image 

 *Google image.
Bins & container

* Google image.
Yang ini guna container saja.

Macam mana? Tak ke korang pun rasa menggelitik nak bersihkan fridge masing-masing dan humbankan apa-apa yang tak perlu dalam tong sampah? Bila dah tersusun elok, dah tu dilabelkan pulak makin mudahlah urusan masak-memasak kita nanti. Apa kata kita jadikan ni sebagai projek besar-besaran weekend ni! 



-lotsa luv-
Fayreen Mizan





15 comments:

  1. Memudahkan pengguna-pengguna peti sejuk deluruh dunia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Ayuni. Especially kalau siap2 letak label. :)

      Delete
  2. i love tupperware punye freezemate tu.. nampak sedap mate memandang bile letak barang2 dlm freezer pakai bekas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tupperware tu memang best. Tahan lama pulak tu!

      Delete
  3. Wah!!! tersusun....
    kemas pulak tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar-gambar yang google tu memang elok tersusun Ros. Tu yang geram jer. 24 jam duduk dapur memasak pun sanggup kalau macam ni, kannn? :)

      Delete
  4. tengok kak Fay punya freezer...rasanya Nad nak seal terus kot freezer kat rumah ni...lagi 100x tongkang pecah punyaa...huihuihui...

    Dekat rumah sendiri nanti bolehlah berangan-angan arrange macam tu...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala dear... cuba tengok satu fridge akak. Sure geleng2 kepala sebab messy. Freezer tu jer rajin bela sebab ruang kecik... senang jaga :)

      Delete
  5. cantiknye..kemas...tersusun..peti ais saya macam-macam longgokkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Freezer je yang ok dear. Sampah sarap lain banyak je kat compartment lain... heheh :)

      Delete
  6. Okay tayah tutup muke sbb freezer kite p[un camtu gak ghupernya agaga... Betullah kite pun masukkan ayam, ikan, udang, sotong alaa senang cite lauk-pauk nak masak tu lah kan dalam plastik ikut kuantiti nak masak so senanglah. Tapi hehe takdelah masuk dalam bekas container, masuk dalam plastik sealed tu gak tp beli kt cosway lagi murah kot dr ikea ;) Jemput Singgah: Resepi: Potato Fritters

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya farah... nak masak main tarik-tarik je satu plastik. Jimat masa pun iya jugak. :)

      Delete
  7. waa..terus menarik minat saya unutk ke dapur dan menyusun semula apa ynag patutu di peti ais.. betul kan.. kalu peti ais kita serabut..kita nak masak pun bagai bercinta-cinta lagi.. lambattt je...

    lepas ni boleh la follow cara dear ni... tq sharinggggg.... sukaa sngt...

    salam kenal dan salam ukhwah dari mommylina

    ReplyDelete