Wednesday 5 March 2014

SEGMEN BUAT BLOGGER BARU - "AKU BLOGGER BARU 2014"

Assalamualaikum,

Pagi ni masa menjengah ke blog sifu Hasrul Hassan terpandang segmen "Aku Blogger Baru 2014" yang beliau buat khas untuk blogger-blogger baru. Bagi aku yang tak sampai empat bulan berjinak-jinak dengan dunia blogging ni, peluang yang diberikan ni umpama orang mengantuk disorongkan bantal dan comforter set! Terima kasih buat saudara Hasrul Hassan atas peluang ini dan tips-tips yang begitu banyak beliau kongsikan di blognya.



Dari sekolah dulu aku memang minat menulis cuma satu masalahnya.... aku malu kalau cikgu bacakan karangan aku depan kawan-kawan yang lain dalam kelas. Kadang-kadang bukan setakat rasa nak sembunyi bawah meja... memang nak sembunyi masuk dalam bag sekolah terus! Haha... 

Lepas habis study dan bekerja, perlahan-lahan skop kerja aku banyak menjurus pada bidang berkaitan tulis menulis ni... tulis teks ucapan, teks untuk jadi emcee, newsletter, buat write-up untuk website company, buat training manual semua tu. Tapi semua ni kena ikut guidelines laa... tak boleh guna bahasa atau upload gambar sesuka hati... tak boleh nak rock2... :) 

Seriously, selepas beberapa ketika, gatal je tangan ni nak expresskan minat yang aku ada ni dengan cara sendiri... dalam erti kata lain I want to express myself freely. Maka pada hujung bulan November 2013, aku cekalkan hati menulis entri pertama yang amat merapu di blog sendiri. Banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki... dari olahan ayat...penggunaan bahasa, kandungan blog serta networking sesama rakan blogger. 

My blog is mainly about myself... mengenai percutian aku dengan suami, mengenai budak-budak kucing kami, sedikit sebanyak perkongsian tips, etc...etc... Seboleh mungkin aku cuba selitkan sedikit sebanyak info serta mesej-mesej yang positif kepada pembaca sama ada secara langsung atau tidak langsung. Baru-baru ini sajalah baru aku berani untuk share entri sendiri di fb... sindrom malu orang baca apa yang aku tulis tu masih ada lagi. Itupun ada beberapa nama termasuk adik dan suami sendiri yang aku hide! Haha...apa punya penyakit ni!?? Kalau malu orang baca blog kita baik tak payah ada blog kaan...tulis jer dalam diary macam masa sekolah-sekolah dulu! (I'm talking to myself, here!) :D

Ok, untuk rakan-rakan blogger di luar sana... nice knowing you... untuk yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia blogging di luar sana.... come and join this segmen. Boleh klik banner di atas untuk dapatkan info lanjut. Masih sempat lagi untuk submit entri masing-masing sebab segmen ini dibuka sehingga jam 8.00 malam, 5 Mac 2014.


-lotsa luv-
Fayreen Mizan




29 comments:

  1. Assalammualaikum..
    Selamat bersegmen..jemput datang ke blog saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam,
      Insyaallah saya akan blogwalk nanti.... gud luck dan selamat bersegmen juga...

      Delete
  2. Selamat bersegmen dan semoga berjaya! Kalau tidak keberatan jemput juga datang ke blog saya:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... selamat bersegmen dan good luck ya... insyaallah saya akan singgah nanti :)

      Delete
  3. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Selamat bersegmen semoga berjaya

    ReplyDelete
  4. As-Salam. Terima kasih Fayreen kerana sudi join segmen saya ni ..

    Senarai nama blogger baru yang menang wnag tunai telah ada ... jadi singgahlah. Mana tahu mungkin Fayreen salah seorang daripada 5 pemenang bertuah tu....

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  5. Slmt bersegmen.. semoga terus berjaya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  6. Haiiiii..Cakkk!!
    datang singgah sini, salam kenal..
    nak follow tapi tak jumpa butang follow.. heee..
    hope sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakkkkk juga!! Ok... nanti saya followwww

      Delete
  7. Assalamualaikum.. selamat berkenalan di dunia blog.. Semoga blog ini mendapat tempat di hati pembaca. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam,
      Salam perkenalan...terima kasih ya :)

      Delete
  8. salam perkenalan datang membalas jejak..

    ReplyDelete
  9. CN pun masih ada sindrom malu2 nak share blog CN dkt fb. hehe.. kt ni budak baru belajar tp punya cita2 besar :D..

    alamak, CN terlepas la segmen ni. hari ni baru baca.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...CN pun malu-malu gak ye?? Maknanya saya normal laa kann? Hehe..

      Insyallah ada apa-apa segmen nanti, saya share ngan CN gak yer :)

      Delete
  10. assalamualaikum fayreen...mama dtg dr blog hasrul hassan..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam dan salam perkenalan mama,
      Terima kasih kerana sudi singgah yer :)

      Delete
  11. Assalamualaikum dan hi Taufiq,
    Insyaalah hujung minggu ni free2 sket saya singgah dan follow yer. Tq dik :)

    ReplyDelete
  12. Alamak!!! JM terlepas segmen ni...baru je baca huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayooo JM... tapi JM dah pro... dah kira level retis nih! :) hehe...

      Delete
  13. Salam perkenalan =) Happy blogging ye sis!

    ReplyDelete
  14. Happy blogging.. banyak info pasal travelling.. good

    ReplyDelete
  15. Minat juga travelling... selalu updates ya! blogwalking :D

    sabdapelangi.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tadi berkesempatan singgah menjenguk sabdapelangi.blogspot... :)

      Delete