Friday, 27 June 2014

RAMADHAN DATANG LAGI - JADUAL BERBUKA DAN WAKTU IMSAK 2014 M/ 1435 H!

Assalamualaikum,

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Sambil-sambil print takwim berbuka & imsak dari JAKIM ni tadi terfikir pulak nak share dengan readers blog ni.

* Sumber : JAKIM

Diharap kita dapat sama-sama hadapi segala dugaan sepanjang bulan yang mulia ini. Dugaan itu datang dalam macam-macam bentuk. Antara yang paling common tentunya dugaan hati dan perasaan supaya lebih sabar dan tabah menghadapi macam-macam cabaran di rumah, kat tempat kerja... di mana-mana sajalah. Kitorang di KL/ Selangor ni tengah berdepan dengan krisis air yang tak habis-habis. Ya, aku faham kita tengah berdepan dengan El Nino yang secara tak langsung menyebabkan kurangnya kadar hujan yang turun... so ini sikit sebanyak menyumbangkan kepada turunnya paras air di dam. Tapi, rasanya sejak 2 tahun ni kalau tak disebabkan El Nino and the recent kemarau sekalipun gangguan bekalan air memang kerap sangat berlaku pun kann, sampaikan krisis air ni dah menjadi satu isu yang sangat ridiculous. Haihhh... ok, nanti aku emo terlebih so enough pasal air. Sama-sama kita doakan masalah ini dapat ditangani dan banyak alternatif yang akan dilaksanakan oleh pihak-pihak berwajib. Kita sebagai consumer juga patut lebih hargai anugerah Tuhan yang satu ini dan gunakan air dengan bijak untuk elakkan pembaziran.

Satu lagi cabaran besar yang hari-hari kita hadapi - dugaan melawan hawa nafsu yang datang dalam macam-macam bentuk. Betul tak kalau aku kata bila pergi Param - Pasar Ramadhan kalau boleh semua makanan yang ada kita nak beli as if macam ada 2,3 ekor belaan berbisik-bisik cakap itu sedap, ini sedap.. syok je jari-jari kita tunjuk itu ini kaan? Aku pun dulu macam tulah, sakit-sakit sampai merah-merah jari menjinjit beg-beg plastik penuh dengan makanan hasil buruan dekat Param. Bila time berbuka penuh satu meja dengan makanan... kalau habis tak apa juga... kalau tak habis makan? Kan dah membazir namanya tu. Kadang-kadang memang dapat beli makanan yang sedap... tapi selalu juga frust sebab terbeli yang rasa ke laut!  Frust dan memang rasa Tipah Tertipu sangat... sebab itulah 3,4 tahun ni aku cuma beli makanan yang pada aku agak rare -  jenis yang cuma boleh jumpa time bulan puasa dan makanan yang memang aku tak tahu nak buat sampai bila-bila macam murtabak tu!

Satu lagi dugaan datang time shopping. Memang tak dinafikan berlambak sales sana-sini sampai berpusing-pusing biji mata tengok diskaun yang pekedai offer. But, it doesn't mean that we have to buy everything offered by the store! Be wise...be selective... think twice before you finalize your purchase. Terpulang pada setiap individu, tapi pada aku tak semestinya setiap kali nak sambut Hari Raya kita kena tukar sofa baru, kereta baru, rumah baru, isteri baru... eh! Hahaha... sekarang korang faham maksud aku kaan... Hari Raya bukan bererti semuanya kena baru ya! Haru korang nanti! 

Niat asal tadi nak make a short entry - cuma nak wish selamat berpuasa tapi ni macam dah melalut pulak. Haih... makcik-makcik sangat kaan? Apa yang elok korang jadikan panduan... yang tak elok tu buang jauh-jauh dan jangan diikut! Ok uolls, selamat berpuasa... sama-sama kita ambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan dan perbaiki diri. Semoga Ramadhan kali ini menjadi bekalan amal yang terbaik untuk kita menuju akhirat...



-lotsa luv-
Fayreen Mizan





7 comments:

  1. Selamat berpuasa fayreen :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. * selamat bukan semat... baru 2 hari puasa dah ting tong! :D

      Delete
  2. Salam Ramadhan Fayreen.. Selamat menjalani ibadah puasa dgn ceria.. :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Tenkiu dear... selamat berpuasa juga, ya :)

      Delete