Friday, 13 June 2014

I'M BACK - WITH LOVE & KISSES!

Assalamualaikum,

Tuan blog nak masuk ke rumah sendiri pun malu-malu kucing ni... maklumlah dah seminggu lebih aku tak jengah langsung blog. Nasib baiklah tak terlupa password... kalau tak harus gone with the wind laa blog ni. Dan semestinya blog ni penuh dengan habuk dan bersawang sana-sini *taip entri ni sambil sebelah tangan lagi pegang vacuum cleaner sedut habuk!

Lebih kurang sebulan lepas balik dari Tokyo aku bercuti ke Krabi dan Phuket pulak dengan kawan baik hasben. Trip ke Krabi/ Phuket ni kitorang guna jalan darat so memang challenging. Tu yang balik-balik KL kelam-kabut laa juga hidup ni dibuatnya... lama sangat bercuti so banyak benda yang nak kena settlekan. Balik dari Japan haritu tak rasa bersalah sangat kalau baju dibiarkan terperuk 2, 3 hari dalam bag sebab memang tak jadi virus apa pun... tak keluar peluh pun sepanjang kat sana sebab cuaca masa spring memang nyaman. Tapiiiii..... baju-baju, shawl dan segala macam benda yang dipakai kat Krabi/ Phuket memang kena cepat-cepat basuh. Bukan setakat peluh jantan atau peluh betina... peluh nyah pun habis keluar. Panas yang teramat kat sana. By the way, aku berjaya menggelapkan diri -  motivate diri sendiri ni kalau tak nanti aku tension sebab muka dah berbelang-belang! Tapi cute apa berbelang-belang atau bertompok-tompok hitam putih ni kaan... look at zebra... look at panda - ramai je yang look forward nak tengok panda kat Zoo Negara kaan.... look at tapir... erkkk?

Aku nak online dekat rumah punyalah susah sekarang. Budak-budak kucing ni macam-macam karenah... masing-masing macam berpakat nak sabotaj aku. Mungkin sebab asyik kena tinggal kat rumah saja lately ni tu yang diorang nak attention dan bermanja lebih-lebih. Diorang bukan setakat baring tapi siap cakar-cakar keyboard. Tomcat dah berapa hari ni nak beriba pulak time tidur! Kalau saiz badan comel, berat 1,2 kilo je oklah juga... ni berat dah almost 5 kilo kot!! Selagi dia tak tidur, selagi tulah dia tenung muka aku sambil duduk atas riba... aku pun terpaksa laa tenung balik muka dia yang hensem tu! Sampai pukul 4 pagi korang aku kena ribakan dia.... uwaaaa.... sambil menaip sambil lap-lap airmata yang bercucuran jatuh di pipi... ceh! Hahaha....



Ni kejadian beberapa hari lepas. Macam nilah dia tidur sampai lebih kurang 4 am. Nasib baiklah dia ni toilet trained... so bila dia rasa nak membuang apa-apa yang patut dia mengiau-ngiau kejutkan kitorang, bukak pintu nanti dia terus pergi toilet.


Si kecik ni pun nampaknya dah mula mengikut jejak langkah Tomcat! ** Sambung nangis lagi...

Korang cuci mata dulu dengan beberapa keping gambar di Krabi/ Phuket sementara menunggu aku upload entri yang pending - entri ke Tokyo tu baru nak masuk day 3... blogger lain yang pergi ke Japan bulan Mei haritu silap-silap dah share trip diorang ke negara lain agaknya.... :) Rindunya nak blogwalking blog kawan-kawan lain...


Krabi - Day 2 sebelum terjah pulau-pulau yang ada....


Pileh Lagoon



Phi Phi Don -yang pasti yang tengah berjemur tu bukan ahkak ya! Hahaha...


@ Bangla Street, Phuket... dah bertukar warna kulit masa ni...



Sunset di Patong Beach
 
 
 
-lotsa luv-
Fayreen Mizan


2 comments:

  1. Krabi dan phuket mmg best sbb view pulau yg ohsem yg x best tu adalah sunburn huhuhu bebrbulan baru hilang dh x comei heee
    Cute nta tomcat! 5kg? Waduhh sihat betul tu best buat pelok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh di sudut hati (peh... ayat! hahah) rasa tak syok gak bila kaler kulit dah bertukar ni :D. Semalam sempat terjah 1,2 entri JM tapi tak baca betul-betul lagi...free2 nanti kita dtg banglow ya :)

      Delete