Entri trip ke Bali yang lepas :
Bali Part 1
Bali Part 2
Bali Part 3
Sambungan dari Bali Part 4 .....
Dari Puri Saren kami tak berhenti kat mana-mana lagi daah...terus saja ke Kintamani untuk lunch di restoran Suling Bali dan melihat Mount Batur, sebuah gunung berapi yang masih aktif. Memandangkan Kintamani terletak di kawasan tanah tinggi...kita perlu turun bukit naik bukit...lalu di jalan yang agak sempit dan bengkang-bengkok untuk sampai ke sana.
Dalam perjalanan, beberapa kali jugalaa Pak Perdana mengingatkan kami supaya berhati-hati kalau nak beli barang yang dijual oleh peniaga-peniaga di Kintamani dan be alert juga kerana sebaik saja sampai nanti kemungkinan untuk diambush dan diekori oleh ramai peniaga adalah sangat tinggi. Selalunya, tourist beli barang-barang macam pareo, key-chain atau topi dari mereka ni bukan sebab betul-betul nak beli...tapiii... sebab lemas kena follow! Haha...So, kalau tak nak beli apa-apa...ignore saja dan jangan gatal-gatal nak membelek-belek barang yang diorang jual tu.
Akhirnya...kami tiba ke destinasi yang dituju. Memang betul kata Pak Perdana...ramai dah siap sedia menunggu tourist dengan jualan masing-masing! Macam aku ni, baru sebelah kaki jejak ke tanah dan tengah terkial-kial nak keluar dari vehicle...angkat-angkat muka je tengok dah kena kerumun dengan ramai peniaga...diorang siap suakan barang-barang yang diorang jual tu depan muka aku lagi...ayooo!
** Google pic
Masa kitorang sampai ni dah tengahari dan memang just nice untuk
lunch....so kami terus masuk ke Suling Bali dulu. Banyak selection
makanan yang ada untuk lunch buffet...sate ikannya sangat
nyamsss...sotong goreng tepung pun sodappp...pisang goreng dipped dengan
vanila sauce pun sangat heavennnn...banyak makanan lain yang nyamsss
juga dan plus factor di sini adalah berpeluang makan sambil menghadap
pemandangan
Mount Batur yang cantik tu. Kat sini juga ada disediakan surau yang
selesa.
Seperti biasa, Pak Perdana dan Pak Wayan tak makan bersama-sama kami...tapiii...aku tetap tak boleh nak feel-feel romantik. Mana taknya...tengah-tengah syok makan sambil melihat Mount Batur...ada saja peniaga berdiri dekat cermin depan kitorang tu sambil tayang-tayangkan barang yang dia jual dari luar dan guna isyarat tangan untuk beritahu harga. Bila kita gelengkan kepala tanda tak nak beli..dia blah..lepas tu..datang peniaga lain pulak..geleng kepala lagi..sorang lagi blah tapi datang pulak lagi dua orang! Aku buat tak tahu dan sambung makan...Hahaha..
Inilaa dia Mount Batur. Gunung berapi ni masih aktif dan kali terakhir meletus pada tahun 2000. Difahamkan Mount Batur telah meletus sebanyak 34 kali di mana letusan yang pertama
direkodkan adalah pada tahun 1804.
Yang berwarna hitam tu adalah bekas aliran lava ketika Mount Batur meletus dulu. Bagi mereka yang sukakan aktiviti yang lebih adventure...korang boleh lakukan aktiviti yang popular among tourist iaitu mendaki Mount Batur pada awal pagi untuk melihat keindahan matahari terbit di sebalik gunung yang berketinggian 1717 meter dari aras laut ini.
Since Kintamani ni terletak di kawasan tanah tinggi, suhu di sini agak dingin dan nyaman. Sebenarnya masa aku dan hasben nak bergambar nie pun penjaja-penjaja tu tetap follow kami...diorang ada tu kat kiri kanan kitorang! Korang buat je macam aku...diorang follow macam manapun...diorang tunjuklaa apa pun...aku buat derk je! Pak Perdana siap suruh diorang ke tepi sebab nak ambik gambar aku dan hasben berdua saja...tak nak sesiapa masuk dalam frame. Bagus betul Pak Perdana ni...dialaa tourist guide...dialaa juga official photographer kami tanpa disuruh-suruh :)
Selepas merakamkan gambar-gambar di Mount Batur, kami bergerak ke perkampungan di kaki bukit Kintamani yang terkenal dengan perusahaan kopi. Terdapat bermacam-macam jenis kopi yang dihasilkan di sini...dan yang paling terkenal sudah tentulah the most expensive coffee in the world, iaitu kopi luwak! Sebenarnya, kopi luwak terdapat di seluruh Indonesia dan bukan hanya di Bali saja.
Rasanya tentu ramai yang tahu apa itu kopi luwak...bagi yang masih tak tahu...tak apa...meh akak ceritakan secara ringkas. Kopi ini dihasilkan oleh luwak yang bermaksud musang atau nama saintifiknya Paradoxurus. Musang merupakan seekor mamalia yang amat pemilih dalam soal makan dan hanya akan makan makanan yang berkualiti sahaja. Musang jenis ini merupakan penggemar tegar buah kopi masak. Biji kopi yang dimakan oleh musang ini akan melalui beberapa proses rawatan kimia dan fermentation secara semulajadi di dalam usus musang tersebut dan seterusnya dikeluarkan semula melalui proses pencernaan. Biji kopi yang dikeluarkan bersama-sama najis musang ini masih keras dan akan dibersihkan sebelum dipanggang serta diproses menjadi serbuk kopi. Secara ringkasnya, kopi luwak merupakan kopi yang terhasil dari najis musang.

Musang yang comel inilah yang menghasilkan kopi luwak.
Hujan turun agak lebat sewaktu kami tiba di Abian Sari Agrowisata...salah sebuah pusat perusahaan kopi luwak di sini. Jalan untuk ke pusat pemprosesan kopi tersebut agak sempit dan kenderaan tak boleh lalu di situ...jadi kami perlu berjalan kaki di celah-celah pokok kopi sambil meredah hujan...tak jauh pun...cuma dalam beberapa puluh meter saja. Seronok juga dapat experience bermain hujan dalam kawasan kampung di kaki gunung Kintamani.
Sempat snap gambar buah kopi ni sambil meredah hujan....
Inilah biji kopi luwak yang telah dibersihkan dan akan diproses secara manual...
Biji kopi dipanggang terlebih dahulu
Proses menghancurkan biji kopi luwak secara tradisional
Kopi yang telah dihancurkan ditapis terlebih dahulu...
Kopi luwak yang telah siap diproses....gred yang berkualiti tinggi boleh mencecah sehingga US$700 sekilo!
Pengunjung juga diberi peluang merasa beberapa jenis kopi serta teh...semua minuman diberikan percuma kecuali kopi luwak yang berharga Rp50,000 secawan. Personal favourite aku adalah coconut coffee yang lemak manis.
Mereka yang gemar minum kopi yang rasanya agak keras tentu suka minum Bali coffee ni tapi rasanya terlalu strong untuk aku. Kopi luwak tu kami tak rasa sebab tak terminum...aku tak boleh telan nanti.
Hubby menikmati ginger tea...haha...Pak Perdana menjeling manja :)
Di sini juga ada sebuah shop yang menjual semua jenis flavour kopi dan teh yang disajikan secara foc tadi. Bukan itu saja...produk-produk lain seperti ekstrak vanilla dan lada hitam juga dijual.
Dari pemerhatian aku, sebenarnya mereka praktikkan agro-tourism bagi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh cottage industry di sini dan melaksanakan 2 in 1 concept - promote and sell menerusi produk-produk pelancongan. Konsep yang serupa juga dipraktikkan untuk mempromosikan industri-industri yang ada di Batubulan, Celuk mahupun Mas village menerusi kolaborasi dengan kesemua tour operator yang ada di Bali.
Minum kopi free sudah...beli kopi pun sudah...sekarang kami menghala ke Tampaksiring yang memakan masa 40 minit perjalanan. Di sinilah letaknya Pura Tirtha Empul - antara tempat tumpuan masyarakat setempat yang percaya air kolamnya mempunyai keajaiban dan kuasa tersendiri. Ini kepercayaan masyarakat Bali ya...kita yang beragama Islam ni mempunyai pegangan kita sendiri dan jangan pula terpengaruh.
Pura Tirtha Empul juga dikenali sebagai Holy Water Temple. Masyarakat Hindu Bali percaya air yang mengalir keluar dari kolam ini adalah air suci yang boleh menyucikan dosa seseorang serta menyembuhkan penyakit.

Nun di atas bukit tu ialah Istana Presiden...
Pengaruh Hindu dapat dilihat dengan jelas menerusi ukiran patung-patung dewa yang ada di sini. Tetapi agama Hindu yang diamalkan oleh 90% dari masyarakat Bali ini tidak sama dengan agama Hindu di India. Agama Hindu di Bali dikenali sebagai agama Hindu Dharma atau Tirtha dan dipengaruhi oleh gabungan-gabungan kepercayaan masyarakat Bali.
Pura Tirtha Empul juga dikenali sebagai Holy Water Temple. Masyarakat Hindu Bali percaya air yang mengalir keluar dari kolam ini adalah air suci yang boleh menyucikan dosa seseorang serta menyembuhkan penyakit.
Mereka perlu mandi di semua 12 pancuran air yang ada dan dimulai dengan pancuran di sebelah kiri sekali.
Kami juga dibawa melihat sebuah kolam yang dipercayai punca kepada holy water di sini. Kolam ini dikatakan sentiasa penuh dan tidak pernah kering walaupun ketika musim kemarau.
On the way keluar dari pura ni, kami lalu dekat kolam ni..memang Pak Perdana saja bawa kami lalu sini...wehhh..ikan kat sini sangat banyakkkk dan besar-besar!
Tu baru sikit...korang tengok gambar kat bawah ni haa...
Banyak kaan?? Yang besar...yang kecik semua ada...Untuk lebih feel, meh kita tengok last video dalam entri ni...
Oklaa kaannn...at least boleh dijadikan terapi untuk releasekan stress korang ke... ;p
Perjalanan di hari ke-3 ni belum berakhir lagi... oppss...dah panjang sangat ye entri ni...rasanya better aku habiskan the remaining journey pada hari ni dalam satu entry...aku habiskan sikit je lagi yek...dah tak banyak lagiii...sikit je!
Last destination kami sebelum berhenti dinner adalah di Mas village untuk melihat seni ukiran kayu Bali. Memandangkan pekerja-pekerja yang membuat ukiran berada di luar kawasan kerana ada festival apa tah...kami tak dapat melihat proses mengukir ni dari mula...cuma berpeluang melihat ukiran yang sudah siap saja di galeri. Aku ok je... otak pun dah rasa sangat tepu sebab banyak sangat input sejak dari pagi lagi! Hahaha...
Di sini ada beberapa keping gambar ukiran-ukiran tu....
Kalau diperhatikan betul-betul, jelas kelihatan seni ukiran yang halus dan teliti pada arca ni.
Ini sangat sinonim dengan identiti Bebek Tepi Sawah ...restauran menjual makanan berasaskan daging itik yang terkenal di Kuta
Satu arca mengambil masa di antara 1 - 2 tahun untuk dihasilkan secara manual, bergantung kepada saiz dan ukirannya. Arca yang dihasilkan di galeri ini pernah dipamerkan di pameran-pameran antarabangsa di United Kingdom, Jerman serta Australia. Hemmm...hebatttt....
Setiap arca yang dipamerkan adalah untuk dijual...harganya memang mahal...sesuai dengan proses pembuatannya yang sangat rumit. Berbeza dengan seni ukiran di Malaysia yang banyak mengenengahkan corak-corak awan larat...kebanyakan ukiran yang dihasilkan di Bali pula adalah arca-arca binatang atau dewa-dewa Hindu dan tidak sesuai untuk dibeli oleh orang-orang Islam.
Selesai tour di Mas village, kami dibawa ke sebuah restoran Minang yang terkenal dan mendapat certification halal iaitu Natrabu Minang Restaurant untuk makan malam. Sesuai dengan namanya, keseluruhan deco di sini adalah berkonsepkan Minang.

Walaupun yang perempuan tu cuma patung...ai tetap terkedu jugak! :)
Antara hidangan untuk dinner...aku memang seriously lapar masa ni so keseluruhan makanan aku berikan 5 bintang...tapi sambal hijau tu memang betul-betul power!
Macam biasa, selepas makan kami dibawa pulang ke hotel penginapan. Itu keseluruhan journey kami pada hari ketiga ni. The whole experience memang berbaloi walaupun memang rasa sangat penattt. Balik saja ke hotel, kami berehat-rehat sebentar sebelum pergi spa dan berurut untuk melegakan badan.
The next day kami akan ke Tanah Lot dan Tasik Beratan. Stay tune for my next entry! Please click here for Bali Part 6.
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
salam sis..rasa macam tak percaya yang tulis ni a new blogger.thumbs up..penulisan yg sangat menarik dan informative.insyaallah, seorang lagi blogger berbakat telah lahir. keep on writing ya :)
ReplyDelete-mas-
Hi Kak Mizan..
ReplyDeleteAdoiii rindunya saya dgn gunung batur tu..memang merimaskan penjual2 jalanan kat situ kan..setiap kali ke Bali memang ladang kopi tu destinasi paling saya tunggu sbb saya ni penggemar tegar kopi..cuma kopi luwak tu mcm pernah saya dgr ada fatwa kata haram..memang tak berani nak try la walau free pun..hehe..
- Rina -