Tuesday, 28 January 2014

MARI KURANGKAN SIKAP SUKA KOMPLEN!

Assalamualaikum,

Pendekatan entri hari ini sedikit berbeza ya. Bukan niat aku untuk merasakan diri ini cukup bagus sehingga ke tahap boleh memberi nasihat kepada orang lain... no... no... no... bukan macam tu. Apa yang aku tuliskan ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri terutamanya... yelaa bila aku tulis, lebih mudahlah untuk aku ingat.

Ada sesiapa di luar sana yang tidak pernah komplen walau satu apapun selama korang hidup ni? Kalau komplen benda-benda yang sekiranya dibiarkan boleh mendatangkan masalah pada diri kita sendiri itu aku faham... aku sendiri pun tidak akan berdiam diri kalau berlaku perkara-perkaa macam tu. Bagaimana pula dengan  sikap suka komplen benda-benda yang remeh-temeh dan tiada kesan langsung pada diri sendiri pada setiap masa dan ketika? Aku berikan beberapa scenario sebagai contoh :

Kita dijemput menghadiri sebuah majlis. Dari decoration, makanan, barisan tetamu yang hadir, layanan tuan rumah hingga ke aturcara majlis semua kita komplen dan tidak kena pada pandangan kita. Eh… pada aku itu dah melampau sangat. Berterima kasihlah kerana dalam jutaan manusia yang ada ni, kita antara yang diundang. Bukan senang untuk tuan rumah memuaskan hati semua tetamu… bukan sedikit wang ringgit, masa dan keringat yang keluar. Ini majlis dia… jadi secara logik memanglah decoration, menu makanan dan aturcara semua tu mengikut kehendak, citarasa dan budget tuan rumah kan?

Contoh lain, kita discover seluruh anggota keluarga A memakai baju berwarna pink di pagi Raya. Rasanya tidak perlulah kita bising-bising komplen sana sini dan pertikaikan kenapa suami dan anak-anak lelaki A tergamak memakai kaler pink tu. Perlu ke kita nak stress tak tentu pasal dalam hal-hal yang kita tak ada kepentingan? Biarlah diorang sekeluarga hendak pakai warna apapun... tidak ada warna yang dikhaskan hanya untuk lelaki atau perempuan sahaja sebenarnya. Suami dia hendak pakai color blocking pink, biru dan hijau sekalipun biarlah. Masing-masing ada fashion sense sendiri... jadi hormatilah citarasa dan pilihan setiap individu.

Contoh kedua, kita komplen pasal B yang bergaji besar tetapi cuma memakai handbag murah saja.... lepas tu kita komplen pula pasal C yang sanggup berhabisan ribuan ringgit membeli branded handbag. Pada aku senang saja.... kenapa perlu bising-bising... apa yang dibeli tu samada murah atau mahal bukan gunakan duit aku pun...so why bother? Itu rezeki masing-masing... kita pun tak tahu kisah di sebalik tu. Mungkin B ada banyak komitmen dan tanggungjawab pada keluarga... atau mungkin C terpaksa menabung untuk reward diri sendiri atas sesuatu achievement.

Contoh seterusnya, kita komplen pula cara orang bercakap atau present sesuatu sewaktu membentangkan projek atau kertas kerja, atau cara seseorang berjalan. Pendek kata, apa yang dibuat oleh orang lain serba tidak kena di mata kita. Belajarlah terima kenyataan ini - kita tidak boleh control orang lain dan mengharapkan mereka lakukan apa yang kita hendak. Terimalah individuality seseorang. Minat, bakat, kecenderungan, rezeki, kelebihan dan kekurangan seseorang manusia itu berbeza-beza.

Sikap kita yang suka kompen secara keterlaluan ini juga menunjukkan kita adalah seorang yang negatif dan hanya mahu dihormati oleh orang lain kerana dikuasai oleh ego yang tinggi! Jangan sebarkan aura negatif ini kepada orang-orang di sekeliling yang terpaksa mendengar komplen-komplen kita. Orang-orang di sekeliling akan merasa rimas dan lemas mendengar komplen kita yang tidak pernah surut. Ubah tabiat yang suka memperlekeh dan mempersendakan orang lain dan mendakwa diri kita lebih baik, hebat dan sempurna. Tanpa sedar, sikap suka komplen ini juga menunjukkan kita mempunyai 'penyakit hati'... secara tepatnya sakit hati atau dengki melihat kelebihan orang lain dan akan merasa gembira apabila melihat orang lain lebih lemah. Jadilah seorang yang positif dan belajar menghargai pandangan, kelebihan, kekurangan serta berhenti menyalahkan orang lain. Hormati orang lain seperti mana kita mahu diri kita dihormati.

Bila kita sibuk komplen atau kondem orang, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula akan dikomplen 
oleh orang lain. Tidak selama-lamanya kita akan berada di atas, ada ketikanya kita akan berada di bawah juga kerana Allah itu maha adil dan penentu segala-galanya.

Kepada semua readers, semoga kita semua dijauhi dari 'penyakit' seperti ini. Peace...


-lotsa luv-
Fayreen Mizan-

1 comment:

  1. Assalamualaikum Fayreen,
    Salam perkenalan...akak bersetuju dengan apa yang digarapkan pada post ini tentang komplen atau ketidakpuasan hati seseorang terhadap sesuatu yang tiada kaitan langsung dengan dirinya. Ramai yang berpenyakit sebegini tetapi mereka tidak sedar...Ini adalah sebahagian dari penyakit hati yang perlu dirawat dengan muhasabah diri kita dahulu.

    ReplyDelete