Entri trip ke Bali yang lepas .....
Bali Part 1
Bali Part 2
Bali Part 3
Bali Part 4
Bali Part 5
Semalam
Pak Perdana dan Pak Wayan dah inform yang dia akan pickup kami lambat
sikit hari ni...jadi dapatlaa aku dan hasben berendam dalam swimming
pool dulu. Kitorang memang tak dapat nak utilize swimming pool ni sepenuhnya walaupun jarak kolam cuma
sekangkang kera saja dari bilik sebab itinerary sangat pack.
Swimming pool dari bilik kami...
Destinasi
pertama kami pada hari ini ialah Tanah Lot....tapi Pak Perdana
cadangkan supaya singgah sekejap di Krishna, sebuah one stop
souvenir centre di Kuta yang menjual produk-produk Bali seperti
sabun, aromatherapy
set, massage oil, t-shirt, key chain dan macam-macam lagi.
Sebenarnya aku dah beli apa yang patut di Matahari dan Discovery Shopping Mall beberapa malam sebelum ni...tapi since dah sampai tu aku cuci-cuci mata jugalaa dan entah macam mana agaknya 'terrrcapai' pulak beberapa barang yang dirasakan masih kurang dan perlu ditambah...ceh...'terrr' yek?? Pada pendapat aku, dari segi harga...memang banyak barang yang agak murah di Krishna tapi kualiti nampak kureng sikit...sebenarnya tak banyak perbezaan harga antara barang-barang yang dijual di sini dengan yang dijual di Matahari...lebih kurang je.
Biasanya tourist guide akan peruntukkan sejam untuk kita shopping di sini. Kalau korang ambik private tour memang tak ada masalah...boleh request masa tambahan ke...atau masa kecederaan kalau rasa masa yang diberikan untuk korang memborong tu tak cukup. Kalau yang group tour kena pandai allocate masa sebab kat sini memang ramai orang...masalah akan timbul masa nak buat bayaran nanti sebab kena queue panjang kat cashier. Jadi, sila allocate 15 - 20 minit untuk beratur di kaunter saja.
Dalam perjalanan dari Kuta ke Tanah Lot kita juga akan lalu di Seminyak....sebuah lagi destinasi penginapan tumpuan pelancong. Berbeza dengan Kuta yang menempatkan banyak hotel...selain pantainya, Seminyak juga lebih dikenali dengan vila-vilanya yang berlatar belakangkan sawah padi dan konsep penginapan yang lebih privacy. Pemandangan di sini memang cantik...lebih 'hijau' dan tak crowded seperti Kuta. Terdapat banyak sawah padi di Seminyak satu ketika dulu tapi jumlah itu sudah berkurangan kerana semakin banyak vila dibina untuk penginapan pelancong memandangkan aktiviti pelancongan mendatangkan hasil yang lebih lumayan.

Selepas 45 minit perjalanan, kami tiba di Tanah Lot yang merupakan destinasi wajib bagi sesiapa saja yang
datang ke Bali...kunjungan ke Bali dikatakan tidak lengkap jika tidak
menjejakkan kaki ke sini. Pemandangan di Tanah Lot...subhanallah...memang sangatttt cantikkkk!
Tanah Lot bermaksud batu besar yang terletak di tengah-tengah pantai.
Terdapat dua buah pura yang kedudukannya terpisah antara satu sama lain di sini...Pura Luhur Tanah Lot terletak di atas
batu manakala Pura Batu Bolong terletak di atas tebing seperti Pura
Uluwatu. Ada mitos mengatakan sekiranya pasangan kekasih yang belum berkahwin mengunjungi Tanah Lot bersama-sama....mereka akan terpisah seperti mana terpisahnya kedua-dua pura ini.
Pura Batu Bolong
Pura di Tanah Lot dijadikan tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut. Menurut
kepercayaan masyarakat setempat, Pura Luhur didirikan oleh seorang
Brahmana dari Jawa bernama Danghyang Nirartha yang menganuti ajaran
Hindu...beliau berjaya mendapat kepercayaan masyarakat setempat sehingga
menyebabkan seorang pendita bernama Bendesa Beraban merasa tercabar kerana ramai pengikutnya
meninggalkan ajaran beliau.
Akibatnya berlaku pertelingkahan antara mereka berdua sehingga Danghyang Nirartha disuruh meninggalkan Tanah Lot.
Beliau bersetuju meninggalkan Tanah Lot tetapi dengan segala kuasa sakti
yang dimilikinya telah memindahkan bongkah batu ke tengah pantai dan
mendirikan sebuah pura di sana. Kesaktian yang beliau miliki ini telah
menyebabkan Bendesa Beraban merasa kagum lalu menganuti agama yang
dibawa oleh Danghyang Nirartha. Danghyang turut menukarkan selendangnya
menjadi seekor ular penjaga pura. Ular ini adalah dari jenis ular laut
yang badannya berbelang-belang kuning dan hitam serta berekor pipih seperti ikan. Ular sakti ini dikatakan masih ada di Tanah Lot sehingga sekarang.
Bagi mereka yang ingin menyaksikan sendiri keindahan Tanah Lot, better
datang ke sini di waktu petang untuk melihat
pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Tapiiii...kena
banyak-banyak bersabar sebab masa tu korang
kena bersesak-sesak dengan pengunjung yang ramai dan mungkin terpaksa tunggu turn masing-masing untuk bergambar!
Pura Luhur Tanah Lot
Pura ini merupakan trademark Bali...ia kelihatan seperti sebuah
pulau kecil di tengah laut apabila air pasang dan ketika air surut pula, kita boleh melintasi
batu-batu yang ada untuk menyeberang ke kawasan pura. Pengunjung hanya boleh berjalan di sekitar kawasan ini tetapi tidak dibenarkan naik ke atas kerana tempat ini dianggap suci dan merupakan kawasan larangan.
Better
datang ke sini ketika air surut....kalau tak...tak berpeluang turun ke sini untuk melihat Pura Luhur dengan lebih dekat....
Terdapat sebuah gua kecil di sini...mata air yang keluar dari dasar gua ini dipercayai merupakan air mineral yang suci.
Batu dan pasir di sini berwarna hitam kerana terdapat gunung berapi di kawasan berhampiran...
Cantikkan Tanah Lot ni?? Memang tak puas melihat keindahan Lautan Hindi dari sini. Betul-betul bersebelahan dengan Tanah Lot nilaa letaknya Pan Pacific Nirwana Bali Resort yang amat terkenal dengan padang golfnya yang diiktiraf sebagai golf course terbaik di Asia.
Selepas menyaksikan keindahan Tanah Lot, kami dibawa ke Tasik Beratan yang terletak di kawasan tanah tinggi.Dalam entri yang seterusnya aku akan share journey kami di Tasik Beratan, Ulun Danau dan Taman Ayun. Sila klik Bali Part 7.
Stay tune....

-lotsa luv-
Fayreen Mizan
No comments:
Post a Comment