Sila klik link di bawah untuk dapatkan info lanjut mengenai entri trip ke Bali yang lepas :
Bali Part 1
Bali Part 2
Bali Part 3
Bali Part 4
Bali Part 5
Bali Part 6
...... ni adalah last part...nanti aku summmarize satu entri untuk Bali tips & tricks. Maknanya masih belum abis lagilaa cerita pasal Bali ni yek?!? Tips & tricks tu last posting pasal Bali...pas nie aku cerita pasal percutian dalam negeri je...lagipun 2014 ni Tahun Melawat Malaysia / Visit Malaysia Year...so kita kenalaa sama-sama support program ni ya...
Dari Tanah Lot kami terus ke Tasik Beratan yang terletak di kawasan tanah tinggi di daerah Bedugul. On the way ke sana, hujan turun dengan lebat...dahlaa laluan ke sana lebih kurang macam jalan dari Tapah ke Cameron Highlands cuma jalannya lebih sempit dan curam. Sekali tu masa lalu dekat selekoh tajam laju je kaki aku 'brek angin'...ngam-ngam masa tu jugak Pak Perdana toleh ke belakang...so dia taulaa aku tengah kecut perut sampai tekan brek angin...hahaha... Aku memang akan rasa horror kalau orang yang aku tak berapa biasa drive.
Masa ni hujan turun manja-manja lagi...belum lebat sangat...
En route Tasik Beratan...hujan semakin lebat
Dalam perjalanan tak boleh nak menghayati pemandangan sangat sebab hujan turun semakin lebat. Sedar-sedar kami dah sampai ke tempat yang dituju dan terus lunch di Mentari Restaurant yang terletak berhadapan Tasik Beratan. Hidangan yang disediakan di sini adalah lunch buffet...lebih kurang macam Suling Bali di Kintamani juga...
Pemandangan Tasik Beratan dari Mentari Restaurant... kabus agak tebal waktu ni...
Masjid Besar Al-Hidayah terletak berhampiran restoran...masjid ini terletak di atas bukit dan menghadap tasik..
Majoriti penduduk di sini terdiri dari masyarakat Bugis yang beragama Islam. Terdapat satu peraturan di mana penduduk beragama Hindu tidak dibenarkan makan daging vavi... manakala penduduk yang beragam Islam pula tidak dibenarkan makan daging lembu sekiranya masing-masing berada di Bedugul. Mereka perlu keluar dari kawaasan Bedugul sekiranya ingin menikmati daging-daging yang disebutkan tadi.
@ Mentari Restaurant
Baju biru...tudung coklat...dah kenapa aku ni yek? Sebenarnya maxi dress
ni aku beli kat Kuta...dari awal aku tak target specific colour...
langsung tak plan nak beli baju warna biru so memang tak bawaklaa tudung
plain kaler biru...kebetulan pulak, ada motif kaler coklat kecik-kecik
kat baju ni...kira ok laa tu...match laa jugak dengan tudung kaler
coklat kannn? :p
Kalau diikutkan hati, nak je kami ke Tasik Beratan di seberang jalan tu...almost sejam juga kami menunggu hujan reda...
Finally....@ Tasik Beratan
Tasik Beratan dikenali juga dengan nama Danau Beratan dan merupakan tasik yang kedua terbesar di Bali. Tasik
berketinggian 1231 meter di atas permukaan laut dengan kedalaman 22
meter ini terhasil dari letusan kawah gunung berapi. Udara di sini sejuk dan nyaman kerana terletak di kawasan tanah tinggi.
Bot serta perahu boleh disewa untuk mengelilingi tasik...
Pura Ulun Danau
Pura ini terletak betul-betul di tepi Tasik Beratan dan merupakan tempat penganut agama Hindu menyembah Dewi Danu yang memberi kesuburan. Penduduk di Bedugul menggunakan air dari tasik ini untuk mengusahakan pertanian dan sawah mereka.
** Google pic
Imej pura ini turut diabadikan di belakang wang kertas 50, 000 rupiah Indonesia.
Lepas kitorang bergambar dekat Pura Ulun Danau ni hujan turun semula dengan sangat lebat...terpaksalaa kami berlari mencari tempat untuk berteduh. Tunggu punya tunggu...hujan tak jugak berhenti...akhirnya terpaksa simpan kamera semula...so tak ada peluang laa untuk aku dan hasben berposing-posing lagi kat sini. Landscape di sini sangat cantik dan tersusun..nak explore kawasan ni sepenuhnya pun tak dapat. Sebab tulaa, kami perlu datang semula ke Bali ni lagi! Hahaha...motif?
Destinasi kami seterusnya adalah sebuah pura yang dikenali dengan nama Pura Taman Ayun atau Mengwi Royal Temple yang terletak di desa Mengwi.
Destinasi kami seterusnya adalah sebuah pura yang dikenali dengan nama Pura Taman Ayun atau Mengwi Royal Temple yang terletak di desa Mengwi.
Pura purba ini telah dibina pada tahun 1634 oleh I Gusti Agung Putu....raja pertama kerajaan Mengwi. Pada awalnya ia dibina sebagai pusat riadah dan istirehat keluarga diraja.
Air pancut ini dikatakan mengarah ke sembilan penjuru mata angin...
Taman Ayun bermaksud taman yang sangat cantik.....taman ini terdiri dari empat buah halaman yang berbeza.
Kerajaan Indonesia pernah mencadangkan agar Pura Taman Ayun disenaraikan dalam UNESCO World Heritage List. Sebahagian dari pura ini pernah rosak teruk akibat gempa bumi kuat yang berlaku pada tahun 1917.... struktur bangunan hanya dapat dipulihkan semula pada tahun 1950.
Meyabung ayam merupakan aktiviti yang popular di kalangan keluarga diraja pada zaman dahulu dan dilakukan di kawasan pura ini. Ada di kalangan masyarakat Bali percaya raja Mengwi yang telah mangkat dihidupkan semula dan menjelma sebagai seekor ayam jantan.
Sangkar ayam ini diletakkan di beberapa penjuru taman sebagai tanda simbolik kepercayaan masyarakat setempat mengenai penjelmaan semula raja mereka.
Kawasan ini merupakan halaman keempat atau terakhir dan dianggap yang paling suci. Pintu gerbang utama untuk masuk ke dalam kawasan ini hanya dibuka ketika berlangsungnya upacara-upacara tertentu.
Bangunan-bangunan seperti pagoda ini melambangkan pura yang mengelilingi Pulau Bali serta berfungsi bagi melindungi pulau ini dari semangat-semangat jahat.
Done.... settle dah lawatan-lawatan ke pura dan tempat-tempat menarik yang lain. Pada pendapat aku apa yang menarik tentang Bali ni adalah bangunan-bangunan lamanya yang sangat berseni dan masih terjaga sehingga sekarang serta bentuk muka bumi yang sangat unik, seperti Pura Luhur Uluwatu dan Tanah Lot.
Sebelum di bawa pulang ke hotel kami dinner dulu di Segara Madu yang terletak di Seminyak. Restoran ini berlatarbelakangkan sawah padi...tapi masa kami sampai keadaan dah mula gelap so tak dapatlaa nak ambik gambar sawah tu. Antara menu yang dihidangkan termasuklah daging ayam...tapi dekat area Seminyak ni aku sedikit was-was nak makan ayam sebab tak confident dengan sembelihannya...
*******************************************
Petang esoknya kami pulang ke KL setelah berada di Bali selama 5 hari 4 malam. Since aku dah siap packing barang-barang yang perlu sebelum trip ke Tanah Lot lagi...pagi tu sempat lagi kitorang pergi shopping untuk menghabiskan wang rupiah yang ada tanpa perlu rushing. The Rani Hotel & Spa ni sendiri terletak di kawasan yang sangat strategik...keluar saja dari lobi hotel dah boleh nampak kedai-kedai menjual macam-macam barang di kiri kanan jalan.
Our room...Room 151
Selepas checkout... Pak Perdana dan Pak Wayan datang pick-up kami di hotel untuk dihantar ke Ngurah Rai International Airport.
Proses check-in di Ngurah Rai berjalan dengan lancar. Sebelum menghabiskan semua matawang rupiah, pastikan korang ketepikan dulu bayaran untuk airport tax sebanyak Rp. 150,000 seorang bagi semua penerbangan antarabangsa.
MH850 yang kami naiki sampai di KLIA dengan selamatnya tiga jam kemudian.....
Aku nak jugak tunjuk gambar ni.....
Kampung ai... Muo dari udara !! :)
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
No comments:
Post a Comment