Friday 20 December 2013

BALI TRAVEL GUIDE (PART 2) - TANJUNG BENOA, GARUDA WISNU KENCANA & PADANG-PADANG BEACH

Assalamualaikum,

Bali Travel Guide (Part 2) - Tanjung Benoa, Garuda Wisnu Kencana & Padang-Padang Beach. Jom kita sambung travel guide ke Bali ni. Sebelum tu, perlukah aku berlaku zalim atau menjadi baik? Kalau zalim aku cuma tepek-tepekkan gambar dan cerita guna tidak lebih dari 2,3 ayat je...kalau baik kenalaa ayat dengan gambar selari..berjela-jelaa maksudnya kaan...ke the other way around eh?!? :)

Hari kedua ni merupakan permulaan explore race exploration kami di Bali...Pak Perdana dah beritahu semalam dia akan datang pick-up kitorang di hotel pada pukul 9 pagi nanti. Dek kerana over excited awal-awal pagi lagi aku dah terjaga. Di Bali ni pukul 6.30 pagi dah terang benderang macam pukul 7.30 pagi di Malaysia.

Lepas bersiap-siap kami breakfast di cafe hotel. Walaupun selection makanan tidak terlalu banyak tapi Alhamdulilah apa yang ada dah cukup mengenyangkan...ada bubur siap condiments, fish fritters, berjenis-jenis pastry dan buah-buahan. Masakan berasaskan ayam dan daging pun ada...tapi aku tak konfiden dengan proses sembelihan semua tu. Di satu sudut yang jauh dari makanan-makanan tadi diletakkan beberapa hidangan siap dengan indication bertulis 'this food contains pork substances'! Jadi silalaa stay far..farrr away dari hidangan tersebut.

Orang-orang Bali ni memang berseni...agak terkagum-kagum jugalaa aku tengok ukiran di dinding cafe ni...bukan senang nak hasilkan ukiran sehalus ni..
Pak Perdana selaku tourist guide serta Pak Wayan merangkap supir kami datang pick-up kitorang tepat pada waktu yang dijanjikan dan kami terus menghala ke Tanjung Benoa yang mengambil masa lebih kurang 40 minit perjalanan.

Salah satu hidangan favourite masyarakat Bali ;) banyak kedai makan menyediakan vavi guling ni..korang juga dinasihatkan supaya memilih sikit kalau nak makan terutamanya di kedai-kedai tepi jalan tu...tanya betul-betul kandungan makanan yang diorang serve dan jangan main belasah je!

Akhirnya kami tiba di Tanjung Benoa yang merupakan pusat aktiviti watersport..uols boleh lakukan aktiviti-aktiviti seperti parasailing, jetski, scuba diving, flying fish, menaiki banana boat dan lain-lain lagi. Seawalker serta visit ke Turtle Island menaiki glass bottom boat merupakan aktiviti lain yang popular di sini.

Sekiranya berminat dengan aktiviti-aktiviti ni sebaik-baiknya buat tempahan online terlebih dahulu sebab kadar bayaran online lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan kalau beli on the spot dari tour operator di sini...sebelum ni aku tak tahu pun hal ni so walk -in jelaa...harga yang diorang charge mahal nak mam walaupun after discount! Korang boleh klik Tanjung Benoa Watersport untuk buat tempahan.

Kitorang pilih aktiviti yang paling relaks - Glass Bottom Boat + Turtle Island di mana kami dibawa menaiki boat ke Turtle Island. Dalam perjalanan boat akan berhenti di tengah-tengah laut...di sini korang berpeluang beri ikan makan dan melihat keindahan coral di dasar laut.
Fish feeding

Turtle Island merupakan pusat perlindungan serta pembiakan penyu...di sini kita boleh memberi makan kepada penyu-penyu yang ada dan hanya dibenarkan memegang serta mengangkat penyu yang berusia lebih dari setahun.

Feeding time...
Terasa juga beratnya..
Yang ni lebih dari 20kg
Selain penyu, binatang-binatang lain juga ditempatkan di sini sebagai tarikan tambahan

Gagah berani kononnyaaa... :)

Ada hornbill jugak kat sini..gambar-gambar di bawah nie menceritakan macam mana diorang buli aku!!

Dari mula aku masuk dalam cage ni, hornbill yang kat atas tanah tu pandang-pandang je sampailah aku ambik tempat untuk bergambar...caretaker yang ada di situ dah beri instruction suruh dia join bergambar tapi dia buat bodo je...

pastu......

Tiba-tiba dia meluru laju...terus patuk kaki aku!!! 

Tak sakit...tapi aku blur jap...dalam keadaan blur tu aku tetap senyum simpul pandang camera! Pastu hornbill yang seko lagi tu pulak macam ketawakan aku...kannn..?! Amboiii..konon-kononnya bergurau laa tu...

Akhirnya....

A happy family!! Hahaha...

Selesai melawat Turtle Island kami dibawa balik ke Tanjung Benoa dan pergi lunch berapa kilometer dari situ.

Kitorang lunch di sebuah restoran Muslim..ermm..aku dah lupa nama restoran ni..surau ada disediakan di sini. Makanan yummss cuma tekak aku tak berapa boleh terima jasmine tea yang diorang sediakan. Kadang-kadang tourist guide atau supir akan makan sekali dengan kita kaan? Tapi Pak Perdana dan Pak Wayan makan separately sepanjang tour ni...so memang aku ngan hasben ada privacy laa.

Destinasi seterusnya - Garuda Wisnu Kencana atau GWK. Menurut Pak Perdana, GWK merupakan sebuah cultural park yang masih belum siap sepenuhnya. Landmark di sini adalah patung raksasa Dewa Wisnu serta seekor Garuda.


Korang perlu menaiki tangga...tangga..tangga dan tanggggaaa untuk sampai ke sini! 
 
Difahamkan patung Dewa Wisnu ini akan disambungkan dengan patung Garuda yang ketika ini diletakkan berasingan dan ia dijangka akan menjadi patung tertinggi di dunia.
Patung Garuda setinggi 18 meter yang akan ditunggang oleh Dewa Wisnu apabila siap disambungkan nanti.
Sebahagian dari lanskap yang unik...GWK turut menjadi lokasi shooting pilihan produser-produser di Indonesia.
Cultural dance

Seterusnya, kami dibawa ke Padang-Padang Beach yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem lakonan Julia Roberts iaitu Eat, Pray, Love.

Untuk sampai ke pantai, punyalaa azab...kami kena menuruni tangga...tangga..dah tanggggaaaa yang agak curam dan licin..laluannya hanya muat untuk seorang walaupun korang berbadan kecik..

ini laluannya
haa...macam ni :)...

tapi...sebaik saja sampai di bawah...pemandangan yang ada depan mata amat cantikkkkk...


 Background di belakang tu kononnya adalah sebahagian lokasi yang ada dalam scene Eat, Pray, Love

Cuma hasben aku saja yang mandi laut..sementara menunggu aku duduk di sebalik batu dan berborak-borak dengan Pak Perdana...sekali pandang memang orang kata kami dating..haha

Padang-Padang Beach dari atas...nak naik semula ke atas ni memang seksa...banyak kali juga kitorang stop sebab masing-masing pancit! haha..

Dari sini kami ke Uluwatu dan akhir sekali dinner di Jimbaran...dua-dua tempat ni aku akan update dalam Bali Part 3. Stay tune :)


-lotsa luv-
Fayreen Mizan


7 comments:

  1. Salam perkenalan..
    Seronok kan gi Bali..saya yg jadikan percutian ke Bali sebagai percutian tahunan pun tak pernah puas..paling saya suka nak rehat aman damai dah pasti kat Lovina Beach tu..hishhh rindu banget sama Bali..hehe..

    - Rina -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..hi..hi Rina!
      Salam perkenalan juga..woah..macam tu dah macam balik kampung kedua laa yek :) Tq kerana sudi ketuk-ketuk pintu blog nih :)

      Delete
    2. Welcome dear..hehe..mcm ayat mak saya plak kata Bali tu kampung kedua saya..lebih kurang la sbb saya siap ada family angkat lagi kat sana tau..haha..ok teruskan penulisan ye terutama bab melancong sbb memang aktiviti paling saya minat tu.. :)

      - Rina -

      Delete
    3. Hi Rinaaaaa...so bila nak 'balik kampung' lagi? Lebih afdal kalau bawak kawan-kawan macam akak ni sekali..!! :) Tq for the encouragement ya..

      Delete
    4. Hi Kak Mizan..

      InsyaAllah memang Rina plan nak "balik kampung" lagi dlm waktu terdekat ni..tengah survey ticket and kumpul kengkawan sekepala..hehe..

      - Rina -

      Delete
    5. Hi Rina, Tanjung Benoa in south-eastern tip of Bali and Nusa Dua, accessable through Kuta, Sanur and Ngurah Rai Airport with not more than 40 minutes with boat. See detail visit:
      http://kidbuxblog.com/nice-tour-to-bali/

      Delete
  2. Wahhh berani pegang ular...Akak geliiii. Cantik Bali ni kan.

    ReplyDelete