Wednesday, 4 December 2013

Singapore - Universal Studios (USS) !!

Assalamualaikum, 

Trip ke Universal Studios Singapore (USS) ini berlaku bulan Februari 2013.Ya Allah..lama dah tu! Sampaikan hotel yang kami stay pun sudah bertukar nama, okay! Jadi sebelum gambar-gambar yang berkenaan terus terperap dan menjadi khazanah antik, jom layan entry nie.

Perjalanan dari KL ke JB mengambil masa antara 4 - 5 jam. Memandangkan nothing to rush, we took our own sweet time di beberapa tempat. Selesai check-in di The Zone Regency Hotel - sekarang dikenali dengan nama Berjaya Waterfront Hotel aku beradu sakan mengalahkan orang yang letih drive pulak! Biliknya memang sangat selesa, besar dan highly recommended.

Lagi satu plus factor - Johor Bahru Duty Free Zone (Kompleks Bebas Cukai Johor Bahru) terletak betul-betul bersebelahan dengan hotel ni. Boleh borong segala bagai coklat ngan Pepero kat sini. Suka..sukaaa!

Comelnya amenities nih! 

Malam tu kami dinner di sekitar Danga Bay. Tauhu bakar di salah sebuah kedai makan tu (nama kedai tak boleh recall) sangat marvellous! Seriously sedap!

 
Danga Bay at night...


Pagi tu bila intai-intai kat tingkap nampak pemandangan sunrise ni..building ngan factory tu semua adalah area Singapore.

Sebelum ke USS kitorang breakfast dulu di hotel. Selection makanan memang banyak dan rasanya tak mengecewakan. Sampai sekarang masih terasa-rasa croissant yang sangat buttery tu. Sedap okay n aku end up ambik 3, 4 ketul!

Lepas breakfast we began our journey to Singapore. Kitorang drive sendiri ke sana melalui Second Link untuk mengelakkan kesesakan dan percaturan yang kami pilih memang tepat! Memang jauh sikit dan rasa macam berpatah balik tapi urusan di immigration checkpoint sangat smooth. Tak payah beratur-beratur panjang macam nak masuk ke Woodlands. Journey seterusnya ke Singapore adalah berpandukan instructions dari gps.

Pastikan passport korang valid - at least 6 months validity dan isikan details yang diperlukan di Disembarkation/Embarkation Card atau dikenali juga dengan nama 'White Card' sebelum masuk Singapore. White Card ni korang boleh dapat kat hotel-hotel sekitar JB. Di sini ada beberapa tips bagi readers yang bercadang untuk drive ke Singapore :

Setiap kenderaan yang memasuki Singapore kena ada Autopass yang bertindak sebagai vehicle entry permit untuk kenderaan. Bagi mereka yang tiada Autopass, korang boleh purchase pass ni di Woodlands atau arrival zone di Tuas (second link).

Kalau di Woodlands -  proceed ke Plaza B. Korang just cari line merah bertulis 'items to declare' untuk ke Plaza B.

Di Tuas checkpoint pulak - kaunter Autopass terletak berhampiran immigration checkpoint.

Bila nak purchase Autopass ni nanti, pastikan korang bawa sekali geran serta road tax kenderaan yang berkenaan untuk diperiksa oleh immigration officer. Korang mungkin diminta menunjukkan identiti pengenalaan diri samada passport atau kad pengenalan. Autopass ini berharga S$10 (S$6 untuk kad dan S$4 nilai simpanan) dan boleh top-up di 7-Eleven atau kiosk-kiosk lain. Details mengenai Autopass dan tempat-tempat untuk top-up boleh klik di sini --> Autopass Singapore

Selain dari pembayaran VEP (Vehicle Entry Permit), Autopass juga digunakan untuk pembayaran toll, pembayaran ERP (Electronic Road Pricing) di laluan-laluan tertentu dan bayaran parking di beberapa tempat termasuk di Universal Studios. 

Pastikan korang juga ada kad Touch 'n Go sebab kad ni akan digunakan bila nak masuk semula ke JB dari Singapore nanti. Boleh juga purchase atau reload kad dekat kaunter yang disediakan (kaunter 10 kalau tak silap) kat Imigresen JB nanti. Faham kan? Hopefully info ni sikit sebanyak dapat membantu korang nanti.

Ok, perjalanan ke USS diteruskan dan dengan bantuan gps kami tiba ke destinasi dengan selamatnya. Entrance tiket ke USS kami beli online beberapa minggu sebelum ke Singapore melalui (klik) --> USS official website. Pastikan korang print e-tiket ni siap-siap dan jangan lupa bawa ke USS. Sampai saja di entrance, tunjukkan e-tiket ni untuk discan and there u go!
           
Sebelum memulakan aktiviti, pastikan korang ambil brochure dan location map USS yang disediakan untuk mengetahui jadual persembahan dan memudahkan korang melawat keseluruhan kawasan ni.

Universal Studios Singapore ni ada tujuh zon - Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Aku tak nak bercerita panjang tentang attractions yang ada dalam USS ni sebab dah ramai orang bercerita benda yang sama di blog masing-masing. Meh kita cuci mata dengan gambar-gambar yang ada.

Hubby greeted by Ms. Monroe di Hollywood Zone. Amboiii...senyum bukan main lagi eh :)

Aku membesar dengan menonton Sesame Street...Big Bird ni salah satu karaktor kartun favourite masa kecik-kecik dulu. 

  @ Sci-Fi City
Transformers The Ride - Korang mesti cuba 3D ride ni sebab ni antara yang paling best! Kami sangat berrnasib baik sebab cuma perlu beratur dalam 10 minit saja. Dalam ride nie kita perlu naik sebuah kereta yang kemudiannya tunggang terbalik, tercampak-campaklaa korang kena serang dengan Megatron...akhir sekali diselamatkan oleh Optimus Prime & Bumblebee. Memang berlawan-lawan menjerit laa kat dalam tu...bestttttt!

Kat bawah nie antara display bertemakan Transformers sebelum naik ride. 

 
Battlestar Gallactica : Human vs Cylon! Ada dua track...biru (cylon) dan merah (human). Bila bergerak, dua-dua ni akan bergerak serentak kat track masing-masing dan akan memberikan impression yang kedua-duanya akan crash antara satu sama lain.

Kami lunch kat Mel's Drive In (Hollywood Zone). Ada juga beberapa food outlet halal yang lain...Friar's dan Goldilocks - kedua-duanya terletak di Far Far Away Land berhampiran castle Shrek, Oasis Spice Cafe (Ancient Egypt) dan Casa Del Wild (Madagascar).

* Google pic
Logo halal ni ada di entrance setiap restoran yang diiktiraf halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura.

Take 5 selepas lunch

 Energetic betul diorang ni perform secara live...

Next...kitorang menghala ke Madagascar dan naik The Crate Adventure Ride. Korang akan dibawa naik so-called rakit dan throughout the journey ni kita akan jumpa karaktor-karaktor dalam filem Madagascar...surroundingnya sangat cantikkkkk tapi tak dibenarkan ambik gambar. Ride ni memang tak mencabar langsung dan lebih sesuai untuk kanak-kanak..tapi untuk bersantai-santai terutamanya selepas lunch macam kitorang ni memang recommended! 

 
 Dapat curi-curi ambik pic ni je sekeping! Ngee....

We're familyyyy!!

Casa Del Wild - salah sebuah food outlet halal yang aku bitau tadi..


Shrek's House dan Far Far Away Castle ni terletak di Far Far Away Land yang merupakan salah satu attraction popular di sini.....dalam castle ni ada Shrek 4D Adventure. Walaupun ramai yang beratur tapi sebenarnya kita tak perlu tunggu lama pun sebab ramai yang boleh masuk ke dalam hall untuk tengok show ni at one go.

Show ni pun best..bila naik kuda..kita akan rasa kerusi bergerak-gerak exactly macam naik kuda juga..bila Donkey bersin..fresh je rasa muka nie terpercik bersin dia!   

 
Next kami ke The Lost World dan naik Jurrasic Park Rapids Adventure. Korang kena simpan barang-barang dalam locker yang perlu disewa sebelum naik ride ni. Normally memang kena beratur panjang ..tapi nasib baik kitorang cuma perlu tunggu dalam 25 minit saja.

Rapids Adventure adalah water activity di mana korang akan dibawa menaiki raft....di sepanjang journey ada berjenis-jenis dinosur. Ada kemungkinan korang akan basah sebab keseluruhan journey memang atas air....ikut-ikut nasiblaa sebab macam kami berdua cuma kaki seluar saja yang basah..pastu towards the end nanti ada air dari atas mencurah-curah ke bawah...nasib tak baik siapa yang terkena memang confirm basah. Kalau takut basah, boleh beli poncho yang dijual kat The Lost World ni atau di luar USS.

Tapi rasanya movement dinosur-dinosur ni tak berapa natural...nampak sangat artificial dan kaku sikit.

@ Ancient Egypt

Kami tak sempat nak cover 2 area ni - Ancient Egypt (dapat cover separuh jalan je) dan WaterWorld ...a good reason to come back kannnn? Memandangkan kami ke sana pada hari Sabtu...dapatlah tengok  Hollywood Dreams Parade dan fireworks.

Parade ni ada setiap weekend dan selected public holidays manakala fireworks pada setiap hari Sabtu dan selected holidays.

Beetlejuice & Woody Woodpecker

Madagascar characters

Haha...yang ni memang nak suruh ahkak pang...pangggg muka dia ni kaan!

 The Lost World - the dino in action

Shrek - Alaa,,,,Princess Fiona missing in action pulak!

 
Ms. Monroe

Lepas parade kami ke Mel's Drive Inn lagi sekali....tak larat nak ke mana-mana lagi daah! So cuma makan sambil-sambil tunggu fireworks je.

Last pose sebelum keberangkatan pulang kami ke JB. Letihhhhh daah!!
 Comel je yang kat belakang tu pose! :p

Overall, kitorang memang enjoy sepanjang trip ni dan dalam banyak-banyak rides/ games, Transformers The Ride memang the best!


lotsa luv
-Fayreen-


2 comments: