Assalamualaikum,
Full entry Bali yang dijanji-janjikan masih lagi tertunggak...ok..ok..aku upload entry tu soon yek :). Beberapa hari lepas aku really not in the mood untuk menghadap blog..ceh..ceh..cehhh..mulalaa keluar alasan-alasan yang separa konkrit tuh..heheh.. tapiii seriously memang tak ada mood.
Ingat lagi tak dengan Ma-MaKat..yuup...mak kepada dua ekor kittens - Tomcat dan Hazel tu? She went missing for 4 days!!! Paling-paling lama dia menghilang selama ini cuma dalam beberapa jam..keluar pagi..tengahari atau petang tu memang dia akan balik.
Dia hilang dari pagi Khamis..malam pertama dia tak balik aku ok lagi..yelaa terfikir juga mungkin dia pergi mana-mana...clubbing ke dan tak ada transport nak balik ke kaan?! Masuk malam kedua, aku dah tak boleh tahan...menitik jugalaa airmata nie. Memang aku dah naik risau sangat masa tu..yelaa kot-kot dia kena panggang ke kaan..it's a crazy world out there you know!
Aku dah macam orang angau...pukul 2,3 pagi aku bangun dan bukak pintu dengan harapan Ma-MaKat ada kat tepi grill tu! Mengiau-ngiaulaa aku panggil dia tapi she was no where in sight..suara pun tak kedengaran! Sudahhh...ini memang abnormal!
Masa tu aku terfikir juga..Ma-MaKat nie merajuk dengan aku kot tu yang dia lari dari rumah dan tinggalkan anak dia yang dua ekor tu.Setau aku, tak pernah sekali pun aku marah kat dia..jentik telinga dia pun tak pernah. Dia pun memang jenis kucing yang sangat well behaved.
Sepanjang kehilangan mama diorang, kittens dua ekor tu jadi terlalu manja..especially Tomcat. Sebenarnya dia ni jenis yang tak berapa suka orang pegang dia lama-lama, tapi bila Ma-MaKat tak balik berhari-hari...tetiba je Tomcat nak manja berlebih-lebihan. Dia dah pandai landing atas peha sampai tertidur-tidur...nak dukung dan gomol-gomol pun no problemlaa..memang dia merelakan je. Hazel jangan ceritalaa..dah macam plastik daah badan dia..sikit-sikit dia lembikkan badan dan tergolek-golek kat kaki atau kat mana-mana ikut suka dia..janji badan dia ada contact dengan kitorang.
Alololoh...shiannya dia..
Tomcat
Hazel...beza antara kedua-dua ekor nie kaler bulu dekat paws masing-masing..Tomcat kaler putih..Hazel pulak hitam.
Tiba-tiba pagi Isnin tu aku terdengar bunyi kucing mengiau dekat pintu...bukak-bukak je Ma-MaKat melompat terus masuk dalam rumah. Alhamdulilahhhh...di saat-saat aku dah mula give-up balik juga dia rupanya. Kebulurannya memang ketara..2 kali aku tambahkan makanan dalam bowl, dua kali tu jugak licinnn!
Amboiii..sukati dia je landing atas jam aku eh..tak sampai hati nak alihkan sebab takut Ma-MaKat terjaga..dia memang nampak sleepy dan tidur berjam-jam. Tak apalaa, yang penting dia balik rumah dengan selamat.
Ma-MaKat, listen here..next time nak keluar ke mana-mana...dengan siapa...MESTI beritahu mama...!!!
lotsa luv
-Fayreen Mizan-
No comments:
Post a Comment