Thursday, 5 December 2013

Bila Kucing Rules The House..!

Assalamualaikum olls,

Seriously, aku memang dah lama give up untuk membela kucing. I love...lovvve....lovveeee cats tapi disebabkan trauma dengan kehilangan kucing-kucing sebelum ni, aku jadi give up. Salah seko dari kucing tu...Neo hilang dari dalam cage dengan syampo-syampo dia sekali! Kemungkinan Neo dicuri memang tinggi sebab tak mungkin dia lari dari rumah siap bawak syampo dia sekali. Sakit hati kaan?! Lepas Neo hilang..tengok bowl bekas makan dia aku sedih...tengok kiblets dia yang masih berbaki aku sedih..tengok cage dia yang kosong lagilaa aku sedih. Orang yang pernah bela kucing dan experience the same thing mesti faham apa rasanya kaan.

Dalam pertengahan bulan September tahun ni, my hubby balik saja dari kedai terus panggil aku untuk tengok something...seekor ibu kucing dan 2 ekor kittens duduk dekat grill rumah kami. Ibu kittens tu mengiau-ngiau merayu-rayu...kesian sangat tengok dia masa tu. Kami terus cair bila 2 pasang mata berwarna biru-hijau pandang  kitorang dengan keadaan badan mengiggil-giggil. Rasanya both kittens baru berumur lebihkurang 2 - 3 minggu masa tu.

Kata putus dicapai dan sekarang  we are the proud owner of 2 kittens and an adult cat! Kittens ni sepasang...jantan dan betina..yang jantan Tomcat...yang betina aku namakan Hazel..whilst ibu diorang Ma-MaKat..haha..hambikkk...punyalaa ranggi nama mak korang!

Lebihkurang seminggu selepas adoption :)

At 1 month...muka masing-masing masih naive dan comot lagi. Pandai korang posing!

Haa..tengokkkkk kat mana dia landing. For a few weeks kat sinilaa dia suka tido. Kita pindahkan macam mana pun...dia tak nak...dia tetap akan datang semula dan lepak kat printer ni.

Kenakalan dah mula terserlah!! Soft toy tu dah lama aku beli kat Bangkok..sekarang dah jahanam! :)


Sekarang, jom tengok video diorang ni - Tomcat & Hazel in action

Diorang buat inspection apatah!

Sekarang Tomcat dan Hazel dah semakin membesar dan dah mula nampak karaktor masing-masing. Boleh dikatakan tiap-tiap harilaa diorang mengemas rumah...bab mengemas ni memang kittens berdua ni sangat rajinnnnn.......
















---------------------------------------------



















--------------------------------


















------------------------




















--------------





























Rajinkannnnnn??!?? 







Cakkkkkk..... :)



lotsa luv
-Fayreen Mizan-





No comments:

Post a Comment