Saturday, 7 December 2013

Pulau Tioman Monsoon Trip!

Assalamualaikum,

Sebenarnya trip ke Pulau Tioman ni memang dari awal lagi tidak ada dalam planning kami....untuk dapatkan feel yang sedikit berbeza kami ke sana pada hujung musim monsun (penghujung bulan Februari) lepas dan stay di Kampung Tekek. Kiranya trip nie 2,3 minggu selepas merayap ke USS :p

Ada 2 option untuk ke Pulau Tioman...sama ada melalui udara atau laut. Bagi yang budget terlebih...boleh laa menggunakan penerbangan terus Berjaya Air dari Subang Airport ke Lapangan Terbang Tioman yang terletak di Kampung Tekek...perjalanan mengambil masa sejam. Sila browse link ni untuk dapatkan info lanjut -Berjaya Air. :)

Pilihan yang paling popular adalah menaiki feri dari Mersing ke Pulau Tioman...option ni lebih menjimatkan dan kita juga berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang 2 jam perjalanan. Perkhidmatan feri ni dikendalikan oleh Bluewater Express. Feri akan berhenti di Kampung Genting , Paya , Tekek , Ayer Batang , Panuba dan Salang...ada 3 trip (kadang-kadang cuma 2) dalam sehari....possibility untuk jadual perjalanan ditunda adalah tinggi sekiranya air pasang atau kekurangan penumpang. Untuk info lanjut boleh klik di sini - Ferry to Tioman.

Kami stay di Coral Reef Holiday Beach Resort...bilik-biliknya menghadap laut dan kemudahan yang basic seperti kettle, towel dan sabun mandi disediakan. Terdapat banyak pilihan penginapan di Kampung Tekek sebenarnya...dari chalet, resort sehinggalah ke hotel seperti Berjaya Tioman Resort. Japamala Resort Tioman dengan rate di antara RM600++ - RM5000++ sehari juga terletak di sini.

Cuaca sangat cerah pada hari pertama kami tiba...memandangkan keadaan cuaca pada musim monsun yang susah untuk diramal kami decide untuk pergi snorkeling pada petang tu juga. Di sini terdapat beberapa tour operator yang menyediakan package snorkeling di pulau-pulau berhampiran dan harga yang ditawarkan juga tidak banyak berbeza. 

 
 

Pada sebelah malamnya hujan turun dengan lebat sekali dan berterusan hingga ke keesokan hari..terbantut jugalaa rancangan kitorang untuk pergi ke Kampung Juara yang terletak di Pantai Timur Pulau Tioman. Juara ni facing Laut China Selatan...pemandangan dan pantainya sangat cantik. Untuk ke sana kita perlu naik 4WD dari Kampung Tekek. Sekurang-kurangnya kitorang ada reason yang kuat untuk pergi ke Pulau Tioman lagi next year!! :p 
 View dari bilik kami....
 
 
Suasana selepas hujan yang sangat nyaman...
Antara trademark Kg. Tekek...ratusan ekor kelawar yang besar-besar tinggal di pokok-pokok berhampiran jeti.
 
Kami berkumpul di jeti ini sebelum dibawa menaiki bot untuk melakukan aktiviti snorkeling di empat buah tempat berhampiran.

 Rengis Island...salah satu destinasi snorkeling yang top di Tioman....
Hubby in action... 
 
 
 
 cantikkkkkkkkk!!!
 
 
 
  Tioman Marine Park
 Monkey Bay...air di sini sangat jernih...
Pada peringkat awal kami bercadang untuk stay selama 3 malam tapi memandangkan cuaca yang kurang baik...kami cuma stay 2 malam saja di sana...tetapi pengalaman merasai sendiri suasana penghujung monsun di sebuah pulau memang amat berharga dan menyeronokkan...I'll be back to Tioman...again and again for sure!

Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Pulau Tioman...waktu yang sesuai adalah di antara bulan Mac - Oktober. Kebanyakan resort ditutup sewaktu musim monsun di penghujung bulan Oktober - awal bulan Mac dan ada yang memulakan operasi di pertengahan bulan Februari.
 

lotsa luv
-Fayreen Mizan-

No comments:

Post a Comment