Assalamualaikum,
Entri trip ke Bali yang lepas :
Mengikut itinerary, pada hari ketiga ni kami akan dibawa ke Puri Saren di Ubud dan kawasan-kawasan berhampiran. Ubud juga dikenali sebagai pusat kesenian dan kebudayaan di Bali. Dalam perjalanan, kami singgah di Sari Amerta untuk melihat perusahaan membuat batik di daerah Batubulan, Gianyar dan diberikan penerangan mengenai proses pembuatan batik sepanjang
berada di sini...tapi aku cuma boleh recall tak sampai separuh :)
Batik digunakan secara meluas oleh masyarakat Bali ketika menyertai upacara-upacara berkaitan adat dan keagamaan. Gabungan unsur-unsur tradisional dan moden yang ketara adalah elemen-elemen yang membezakan batik Bali dengan batik yang dihasilkan di Pulau Jawa. Pengaruh tradisional dapat dilihat
menerusi penggunaan motif binatang seperti burung bangau, naga,
kura-kura, dan rusa..manakala sentuhan moden diterapkan melalui corak yang lebih wavy serta warna kain yang cerah atau pastel.
Batik Bali terdiri dari batik lukis, batik tulis dan batik cetak. Bagi batik lukis, motif-motif dilukis dengan tangan menggunakan kain yang halus, tidak panas dan selesa dipakai.
Mencanting merupakan proses pertama dalam pembuatan batik tulis. Canting berisi lilin yang telah dicairkan digunakan untuk melukis corak di atas kain yang masih kosong. Selepas proses mencanting selesai..kain yang sudah dilukis akan melalui proses seterusnya yang dinamakan wax-resist dyeing.
Design setiap helai batik yang dihasilkan tidak sama dan bergantung pada idea serta kreativiti pelukis.
Proses mewarna memerlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi...aku surrender! :)
Alat menenun secara manual
Sari Amerta turut menjual bermacam-macam jenis barangan berasaskan batik untuk lelaki, wanita, kanak-kanak sehinggalah perhiasan rumah di galeri yang terletak bersebelahan. Antara barang yang dijual termasuklah sarung, pareo, sundress, kaftan, kemeja lelaki, alas meja, sarung kusyen, purse serta kipas berlipat yang sesuai dijadikan souvenir. Harga di sini agak mahal dan tidak boleh tawar-menawar kerana harga adalah fixed.
Seterusnya kami ke Sekehe Barong Sila Budaya yang juga terletak di Batubulan untuk menyaksikan persembahan tarian Barong.
Barong merupakan tarian yang terkenal di Bali dan dikatakan berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Persembahannya menggabungkan sketsa, penggunaan alat-alat muzik tradisional, tarian, serta kostum yang berwarna-warni. Ia menceritakan tentang pertarungan di antara kebaikan menentang kejahatan...watak baik iaitu Barong dilakonkan penari yang memakai kostum binatang berkaki empat, manakala watak jahat pula dipegang oleh Rangda iaitu pelakon yang memakai topeng bertaring yang agak menyeramkan.
Sebelum persembahan bermula setiap penonton akan diberikan sinopis
persembahan...aku cuma boleh faham 2,3 babak je walaupun beria-ia cuba
fahamkan sinopsis tu...babak-babak seterusnya aku lost entah ke
mana...haha...
Dalam apa-apa cerita sekalipun, apabila yang baik melawan yang
jahat...kemenangan akhirnya akan berpihak pada yang baik walaupun
terpaksa menghadapi berbagai-bagai cabaran dan kekalahan pada peringkat awal...macam tu laa juga ending Barong dance ni.
Destinasi kami seterusnya adalah ke Celuk, sebuah perkampungan yang terkenal dengan hasil ukiran emas dan perak yang halus dan berkualiti.
Proses pembuatan dilakukan secara manual.
Antara barangan yang dihasilkan...
seni ukirannya sangat halus...
sarung keris juga dihasilkan di sini...
Selection aksesori wanita yang ada sangat banyak dan cantik-cantik! Boleh tawar-menawar harga dan sila praktikkan skill korang di sini!
Masyarakat di wilayar Gianyar, Ubud ni memang sangat berbakat dalam bidang seni. Ubud sendiri pun telah melahirkan ramai artis terkenal yang berbakat. Di sepanjang perjalanan terdapat banyak galeri lukisan...memandangkan aku dan hasben nak cari beberpa painting yang menarik, kami singgah sebentar di salah sebuah galeri...
Gadis Bali katanya...
Bila dah dikelilingi dengan lukisan-lukisan yang banyak kitorang terus jadi confius...terus datang angin cerewet! Pegang lukisan A..lepas tu letak balik...pegang lukisan B pun letak balik...sudahnya, satu lukisan pun kami tak beli!
Setelah beberapa kali berhenti melihat seni kraf Bali, kami meneruskan perjalanan ke Puri Saren. Sekiranya korang nak direct ke tempat yang dituju tanpa berhenti di galeri-galeri kesenian yang ada dalam perjalanan ni...boleh je...cuma perlu beritahu tourist guide atau supir masing-masing. Aku ni jenis suka membelek-belek sesuatu hasil seni...jenis appreciate arts konon-kononnya. Lagipun ini salah satu cara untuk lebih memahami kebudayaan masyarakat Bali.
Puri Saren ni merupakan istana tempat tinggal Raja Ubud pada zaman dahulu dan antara tempat yang patut dikunjungi kerana mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.
Puri bermaksud 'rumah raja' dalam bahasa Bali dan Raja terakhir yang mendiami Puri Saren adalah Tjokorda Gede Agung Sukawati (1910–1978) yang juga merupakan raja terakhir Ubud. Sekarang istana yang masih mengekalkan senibina khas Bali ini didiami oleh kaum kerabat baginda.
Persembahan tarian kebudayaan yang mengambil masa selama dua jam diadakan di perkarangan halaman istana pada waktu petang sahaja. ..biasanya persembahan bermula pada pukul 7 petang. Bagi mereka yang berkunjung ke sini pada waktu petang bolehla membeli tiket untuk menyaksikan persembahan tersebut.
Sebahagian dari ukiran yang terdapat di sini.
Upacara-upacara keramaian atau pengebumian kerabat diraja Ubud masih dilakukan di istana ini sehingga sekarang. Kawasan-kawasan tertentu di istana ini tidak dibuka kepada orang ramai...tapi kita masih lagi boleh melihat sebahagian besar istana lama ini.
Take 5 sebelum bertolak ke Kintamani....
Jalan raya di Ubud yang jauh lebih tenang kalau dibandingkan dengan Kuta..design hotel-hotel dan kedai-kedai yang ada kebanyakannya masih mengekalkan senibina tradisi.
Dari Ubud kami menghala ke kawasan Kintamani untuk lunch dan trip seterusnya. Apa yang ada kat Kintamani ni? Korang tunggu next entri aku ya ;)
Entri selanjutnya -->
Bali Part 5
-lotsa luv-
Fayreen Mizan