Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan sebelum ni... aku akan share beberapa tips melancong ke Bali berdasarkan experience dan observation aku sendiri. Mudah-mudahan tips ini sikit-sebanyak boleh dijadikan guide bagi mereka yang hendak travel ke Bali nanti.
Flight Ticket :
Ini terpulang pada keselesaan dan budget sesorang individu. Ada yang prefer Air Asia sebab rate yang lebih rendah, untuk lebih selesa dan tidak perlu risau flight delay yang melampau, etc... ramai juga yang lebih suka naik Malaysia Airlines. Satu lagi pilihan yang ada ialah Malindo Air yang telah pun memulakan operasi dari KLIA ke Ngurah Rai International Airport sejak bulan Disember 2013. So, the choice is yours. Nasihat aku...once korang dah decide sesuatu destination...buatlaa price comparison untuk tiket dan service yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang ada. Of course, untuk mendaptkan harga yang lebih murah belilah tiket sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh percutian.
Penginapan :
Terdapat banyak pilihan hotel dan villa di serata Bali...dari yang murah hingga yang mencecah ribuan USD semalam. Bali adalah sebuah pulau yang full of colours dengan attraction dan landscape yang berbeza di antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.
Trip yang lepas ni kitorang stay di Kuta...tetapi dari awal memang aku dah plan untuk tidak stay di tengah-tengah kawasan Kuta yang sibuk tu. So, kami sepakat untuk stay di The Rani Hotel & Spa yang terletak di hujung Kuta dan memang kami telah buat keputusan yang tepat. Kawasan ini tidak jammed, less crowded dan banyak kedai terletak berhampiran....tu penting tuuu!
Terpulang pada diri masing-masing nak stay di surrounding yang macam mana...kalau nak tempat yang dekat dengan pantai, happening dan ada banyak kemudahan...sudah tentu hotel di Kuta adalah pilihan yang tepat. Sekiranya nak lebih privacy boleh stay di vila-vila yang banyak terdapat di Seminyak....atau di resort-resort lima bintang sekitar pantai di Nusa Dua.
Uluwatu dan Ungasan juga menawarkan penginapan dengan pemandangan sekeliling yang sangat unik dan cantik. Sekiranya mahu stay jauh dari kawasan pantai, korang juga boleh stay di
Ubud iaitu pusat kebudayaan dan kesenian yang terletak di tengah-tengah
Bali. Kebanyakan resort didirikan berhampiran kawasan sawah padi atau di
lereng-lereng bukit di wilayah Gianyar.
Kalau korang jenis tak kisah berpindah-randah hotel....apa kata stay di dua tempat yang berlainan.... contohnya dua malam di Kuta dan dua malam lagi di Ubud? Mesti seronok sebab dapat rasa dua surrounding yang berbeza...kannn ... :)
The Rani Hotel & Spa, Kuta di mana kami stay selama 4 malam....
** Google Pic
Bali Bulgari Hotel & Resort terletak di Uluwatu... kadar bayaran boleh mencecah sehingga
RM11, 000 semalam!! Demammm....
** Google pic
Pemandangan yang menyegarkan di Ubud
Tempat-tempat menarik di Bali :
Terdapat banyak tour operator yang bertauliah di Bali. Kita boleh buat
booking lebih awal atau hanya booking apabila tiba di Bali nanti. Pastikan korang ambil sebanyak mungkin tour
brochure yang disediakan secara percuma di Arrival Hall Ngurah Rai
International Airport nanti dan buatlah perbandingan harga di antara satu tour operator
dengan operator yang lain. Hotel-hotel penginapan juga menyediakan
service ini.
Pamphlet percuma yang diletakkan di Arrival Hall.
Untuk percutian yang lebih bermakna, rancang itinerary korang dengan teliti. Terlalu banyak tempat untuk kita explore di Bali so plan wisely berdasarkan kecenderungan dan expectation masing-masing. Korang boleh refer ke posting Bali aku yang lepas untuk dapatkan input mengenai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati :
(please klik)
Korang boleh juga skip lawatan ke Garuda Wisnu Kencana (GWK) dan Turtle Island tu. Sekiranya singgah ke Tanjung Benoa gunakan kesempatan yang ada untuk lakukan aktiviti yang agak rare iaitu Sea Walker di mana kita boleh berjalan di dasar laut menggunakan helmet khas yang berfungsi membekalkan oksigen.
Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, sekiranya nak lakukan apa-apa watersport activity di Tanjung Benoa sila buat tempahan online (klik) -->
Tanjung Benoa Watersport. Jangan beli package yang ditawarkan secara walk-in di sini kerana harganya sangat mahal. Sebelum purchase apa-apa, bandingkan juga pre-offered package di pamphlet yang korang ambik dari airport atau hotel tu kerana ada di antara package yang ditawarkan termasuk makan tengahari dan 2 jam spa treatment! Berbaloi kaan? Korang perlu rajin mencari info dan buat comparison service yang ditawarkan.
Mungkin ada di antara korang yang tidak berminat untuk melawat pusat-pusat perusahaan batik, perak, ukiran kayu, galeri lukisan atau menonton tarian-tarian seperti barongan dan kecak. Pada pendapat aku...Bali is not just an island with beautiful beaches and panoramic sunset spots...kebudayaan dan kesenian Bali yang tersendiri menjadikan pulau ini sangat unik. Lawatlah sekurang-kurangnya sebuah pusat kesenian to have a deeper insight on Bali.
Uluwatu dan Tanah Lot adalah tempat yang wajib ada dalam itinerary lawatan....
Packing time - what to bring...what to wear :
Hahaha...orang perempuan selalu berhadapan dengan masalah besar ni. Nasihat aku - don't worry! Tak perlu bawa terlalu banyak pakaian. Basic rule bagi pakaian yang patut dibawa adalah seperti berikut - Bawa pakaian yang selesa dipakai terutama sekali dalam keadaan panas terik. Unlike Bandung, cuaca di Bali adalah lebih panas lebih-lebih lagi di kawasan pantai.
Walaupun suhu di kawasan-kawasan pergunungan seperti di Kintamani dan Bedugul agak dingin korang tak perlulaa bersweater bagai...suhunya tak serendah mana...lagipun biasanya kita cuma akan melawat ke tempat-tempat ni sekejap sahaja.
Bagi yang bertudung, sama seperti pakaian tadi....bawalah yang selesa dipakai dari warna-warna yang kurang menyerap haba. Pakailah apa saja asalkan selesa....tapi kalau boleh elakkan memakai pakaian berkotak-kotak putih dan hitam. Ini bukanlah satu pantang....tapiiiii....
***** please scroll *****
****************
*****
Hahaha...now you know why! Kebanyakan patung-patung di Bali dipakaikan dengan kain checkered hitam dan putih seperti ini :)
Definately no high heels ketika berpusing-pusing di sekitar Bali! Pastikan korang memakai sandal atau apa-apa jenis footwear yang selesa dan memudahkan pergerakan kerana for sure kita akan banyak bergerak ke sana sini....be prepared juga kerana di setengah-setengah tempat kita terpaksa turun naik anak-anak tangga yang banyak.
Jangan lupa bawa sunscreen dan swimming suit juga. Kebangkalian untuk korang tergoda dengan swimming pool di hotel masing-masing dan ended up terjun ke dalam kolam adalah sangat tinggi....
Ubat-ubatan...supplement tu bawalaa juga ya...
Immigration Process @ Ngurah Rai International Airport :
Pastikan embarkation card untuk memasuki Indonesia yang diberikan ketika menaiki pesawat diisi dengan lengkap dan serahkan kepada pegawai imigresen yang bertugas di kaunter apabila tiba di Bali. Make sure keratan kad ini disimpan besama-sama pasport dan tiket penerbangan bagi melancarkan proses check-in sewaktu hendak meninggalkan Denpasar nanti.
Pelawat dari Malaysia tidak perlu beratur di kaunter yang dikhaskan untuk proses permohonan visa kerana visa tidak diperlukan untuk memasuki Bali bagi negara-negara berikut :
Airport tax sebanyak Rp. 150, 000 seorang dikenakan bagi semua penerbangan antarabangsa dan perlu dibayar ketika proses check-in sewaktu hendak meninggalkan Bali nanti. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai.
Teksi dari Ngurah Rai ke hotel :
Bagi mereka yang memerlukan teksi untuk ke hotel penginapan masing-masing, kaunter teksi berdaftar terletak di sebelah kanan di luar Balai Ketibaan. Kadar bayaran tambang dari airport ke Kuta misalnya, adalah sebanyak Rp. 50, 000.... manakala ke lokasi-lokasi lain adalah seperti berikut (klik) -->
'Taxi Fare From Ngurah Rai Airport'.
Shopping :
Antara tempat-tempat shopping yang menarik dan menawarkan harga berpatutan termasuklah :
1.
Kedai-kedai kecil yang terletak di kiri kanan jalan sekitar Kuta. Bermacam-macam jenis barang dari pakaian hinggalah barang-barang perhiasan rumah di jual di sini. Boleh tawar menawar dan mintalah discount sehingga 60% dari harga asal barang yang dijual.
Mereka yang bersaiz S - M bolehlaa memborong maxi dress dari kedai-kedai ini kerana kainnya sangat berkualiti dan selesa dipakai.
2.
Discovery Shopping Mall, Jalan Kartika Sari, Kuta.
Antara outlet yang ada di Discovery Shopping Mall termasuklah Sogo - ada jual lace brand Uluwatu yang sangat terkenal tu and the price is quite reasonable, Polo - ada beberapa outlet Polo yang lain juga di sekitar Kuta, Guess, Billabong, Nine West, dan banyak lagi... ATM bagi CIMB Niaga juga terdapat di sini. Terdapat beberapa buah fast food outlet yang diiktiraf halal oleh
Majelis Ulama Indonesia (MUI) seperti Burger King dan KFC..... pastikan outlet yang korang masuk tu ditampal
sticker halal dari MUI. Complete directory (klik) --->
Dicovery Shopping Mall, Bali
3.
Matahari
Terdapat banyak pilihan pakaian untuk wanita dan lelaki di sini selain barang-barang lain yang sesuai dijadikan souvenir seperti fridge magnet, t-shirt, scented soap, aromatherapy oil, set untuk rawatan spa, dan lain-lain. Buat masa ini terdapat 3 buah outlet Matahari di Bali. Harga barangan di Matahari dan Discovery Shopping Mall adalah fixed dan tidak boleh tawar-menawar.
Spa set
4. Hard Rock Cafe
Hard Rock Cafe, Bali terletak di Jalan Pantai Kuta. Walaupun barang-barang yang dijual tidak termasuk dalam kategori berpatutan... tapi kita tetap cari Hard Rock Cafe ni untuk tambah collection cap, t-shirt atau mug kaan.
Tempat shopping lain ialah
Krishna yang dikatakan menawarkan barang-barang dengan harga yang paling murah....ni aku dah pernah cerita dalam entri yang lepas-lepas, so tak perlu repeatlaa ya.
Di sepanjang Pantai Kuta juga terdapat ramai penjual jalanan yang menjual barang-barang seperti straw hat, pareo atau lukisan dengan harga yang sangat murah.
Di
Tanah Lot juga terdapat banyak gerai-gerai jualan dan difahamkan harganya juga lebih rendah. Lukisan di sini juga dikatakan berbaloi untuk dibeli. Korang boleh juga ke kedai-kedai di
Pasar Ubud sekiranya singgah di sini.
Halal Food :
Selain fast food outlet di Discovery Shopping Mall, makanan halal juga terdapat di restoran-restoran yang tersenarai dalam link berikut (klik) -->
e kuta.com dan
tripadvisor_halal food.
Money Changer :
Berhati-hati apabila hendak menukar wang di money changer kerana banyak penipuan dilaporkan berlaku. Sebaik-baiknya tukar wang di tempat-tempat berikut :
- Bank
- Front desk di hotel-hotel penginapan
- Money changer yang diberikan status 'Pedagang Valuta Asing Berizin' atau 'PVA Berizin' oleh Bank Indonesia untuk menjalankan urusan pertukaran wang asing.
**Google pic
Jika menukar wang di money changer....pastikan terdapat sticker hijau ini di premis tersebut.
Electricity :
Electricity is supplied at 220V 50Hz. Adapter yang sesuai banyak dijual di kedai-kedai sekitar Bali.
Adat Resam dan Pantang Larang :
Majoriti penduduk Bali adalah penganut agama Hindu. Kepercayaan-kepercayaan mistik juga sangat kuat di kalangan mereka.
Ini dinamakan canang sari dan terdapat di mana-mana sahaja di sekitar Bali....terutama sekali di hadapan kedai dan di tempat-tempat beribadat mereka. Ia 'disediakan' agar makhluk-makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar memberkati urusan seharian dan tidak mengganggu mereka.
Pada mereka yang bercadang untuk ke Pulau Bali pada penghujung Mac, periksa dahulu tarikh yang dipilih agar tidak bertembung dengan perayaan Nyepi yang disambut setiap Tahun Baru Saka oleh masyarakat beragama Hindu. Perayaan Nyepi pada tahun 2014 ni jatuh pada 31 Mac nanti.
Nyepi bermaksud senyap atau sunyi di mana sesiapa pun tidak dibenarkan keluar dari rumah.... semua kegiatan ekonomi dihentikan... kedai-kedai ditutup malah airport juga ditutup di mana tidak ada sebuah pesawat pun dibenarkan berlepas atau mendarat di Bali!
Apabila mengunjungi pura (kuil) kita perlu memakai sarung yang disediakan untuk menutupi bahagian tubuh yang terdedah....wanita yang datang bulan juga dilarang memasuki kawasan-kawasan tertentu di sesebuah pura.
Masyarakat Bali amat rajin beribadat dan percaya pada karma...buat baik dibalas baik...jika berbuat jahat akan dibalas jahat. Tetapi, wujud beberapa kes kecurian terpencil...jadi kita tetap perlu berhati-hati sepanjang berada di sana.
Rasanya semua info yang berkaitan dah aku turunkan dalam entri ini. Korang dipersilakan share apa-apa yang kurang dan aku masih tak tahu untuk kebaikan kita bersama...cehhhh :) Dengan ini...tamatlah entri aku ke Bali. Tenkiu kepada yang sudi baca entri-entri Bali yang tak habis-habis sebelum ni. Aku rasa seronok dapat kongsi beberapa input dengan korang semua...and I hope you enjoy reading my entries as well.
-lotsa luv-
Fayreen Mizan