Thursday 21 August 2014

SAMBAL PENGIKAT KASIH NAMANYA!

Assalamualaikum,

Orang lain dok tepek gambar dan share resepi hebat-hebat kat blog diorang... yang aku ni pulak dok share pasal sambal belacan dah kenapa??! 

Pergi ke Iceland berbaju tebal, 
Suhu sejuk sampai hidung kembang-kembang, 
Deyyy...sambal bukan sebarang sambal,
Ini namanya sambal pengikat kasih sayang!!

Ambikkk...siap berpantun lagi!! Nak buat pantun merapu macam ni pun berjam-jam aku kena fikir. Tapi, not bad... kreatif juga aku ni ya? Hahaha... ptuiii! Aku ni dulu duduk dengan arwah tok macam yang aku pernah cerita sebelum ni. Kadang-kadang kerja dapur yang ringan-ringan macam tumbuk cili untuk buat sambal memang dia suruh aku buat. Nak melawan takut jadi dalam terpaksa tu aku buat juga. 

Sambil menumbuk aku lepaskan geram... penat okey menumbuk ni kena pulak kalau cili banyak especially masa nak buat Laksa Johor untuk mak/ bapak sedara dengan sepupu-sepupu yang nak datang rumah. Maka berdentam dentum macam nak pecahlah bunyi lesung batu tu aku kerjakan. Kadang-kadang rasa macam nak hempas-hempas je. Tiba-tiba... "Amboi... kau melawan eh? Satu kampung boleh dengar kau tumbuk sambal!!" Alamak, satu kampung boleh dengar ke... at least sekarang satu kampung dah tau ada anak dara rajin dalam rumah ni... bukan orang lain ...cucu sendiri jugak! - cakap dalam hati. Berani nak bukak mulut melawan?!? Volume diperlahankan dan momentum menumbuk ditukar pada mode yang lebih lemah-lembut.

Bila dah siap ceduk dan letak elok-elok dalam piring - "Macam ni rupa sambal???!! Ni boleh timpa anak kerbauuu!!" QC check failed pulak daah! Sambal aku tak lepas piawaian sebab cili tu tak halus. Statement 'timpa anak kerbau' tu memang sadis dan menghiris kalbu. Fuhhh... anak kerbau ok...anak kerbauuuu!! Bukan anak ayam...bukan juga anak kucing... tapi anak kerbau!! Statement maut tu. Terus berkaca-kaca mata aku... terkelip-kelip laa pulak menahan airmata. Nak menangis depan-depan takut! Lepas tu feeling-feeling diperlakukan macam Cinderella... hahahah! Sampai sekarang, setiap kali tengah tumbuk sambal mesti aku teringat statement 'timpa anak kerbau' tu. Tergelak-gelak bila terbayang macam manalah anak kerbau tu tergolek-golek kena hempap dengan cili. Penuh makna bahasa orang-orang dulu kannn? Arwah tak perlu jerit-jerit...tak perlu pukul aku... cukup dengan bahasa yang sinis pun aku dah takut.


Dah macam pakai eye mask sambal aku ni! Hahaha...

Sekarang bila dah kahwin masih lagi kena tumbuk cili buat sambal sebab suami aku suka makan sambal belacan. Kalau diikutkan memang malas sebab macam nak berperang dengan anak-anak kucing yang ada tu. Heran aku... kenapa diorang suka sangat dengan lesung batu tu? Nak menumbuk pun susah sebab for sure masing-masing duduk keliling lesung batu. Diorang dah pandai makan cili ke apa sekarang? Diorang dah mutant ke??! Pelik aku dengan kucing gen Y sekarang ni! Kalau tak kerana kucing pun aku dah memang ada penyakit malas. Tapi, since dah favourite suami aku buat juga. Kembang montot bila tengok dia makan bertambah. So, haritu saja buat banyak-banyak dengan harapan boleh simpan dalam fridge. Tup-tup malam tu aku tengok hasben ratah sambal belacan aku. Terus berbunga-bunga dan kembang-kempis hidung...

Aku : "U nak abiskan pun tak pe esok I buat lagi. Pandai I buat sambal belacan kann?"
Hubby : "Hemmm... pandai.... <pause>... pandaiiii orang yang buat belacan ni"!

Cis!


** Al-Fatihah buat nenda tercinta - Allahyarhamah Hajjah Petom Abu Bakar - semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

6 comments:

  1. nampak halus je cili.. anis pon dlm proses nk majukan diri tumbuk menumbuk sambal..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil menumbul boleh kecikkan lengan...hahaha...

      Delete
  2. Hehee.. org yg buat belacan jugak pandai.. hubby mengusik je tu hehee...
    Al Fatihah buat arwah nenda Fayreen. Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  3. ya ampun..terliur tgk sambal belacan ni..nape en abe ckp camtu..hahaha...di katanya belacan tu yg sedap ek...pandai dia bergurau iyer..

    Al-Fatihah buat nenda Fay ye

    ReplyDelete