Wednesday 13 August 2014

EXPLORING TOKYO - GEMPA BUMI DI SUBUH HARI (DAY 5)!!

Assalamualaikum,

Baru hari kelima, bermakna masih ada 5 hari lagi di sini. Mak oii... jenuh nak menghabiskan entri lagi 5 hari yang masih berbaki tu. Kita kayuh perlahan-lahan ok :)

Hari ni kitorang terbangun awal sebab dikejutkan oleh sesuatu. Tengah-tengah syok tidur tiba-tiba aku rasa ada orang goyang-goyangkan katil. Rasa macam nak jeritkan je sesiapa yang goyang-goyangkan katil tu. Yelah tengah sedap membuta masa tu kaan. Lepas tu dengan keadaan mata yang macam dilekatkan dengan gam gajah baru sedar bilik dengan barang-barang yang ada di dalam sekali pun bergoyang-goyang juga! Dalam sedar tak sedar tu otak sempat hantar signal yang kitorang ni sekarang ada kat Japan, maka sel-sel otak terus berhubung walaupun agak lambat sebab kurang bersedia menghadapi krisis... ceh! Tingggg.... terus kitorang berdua realise yang gegaran tu sebenarnya adalah gempa bumi!!

Nasib baik tremor tu tak lama, kurang dari 1 minit jadi kuranglah sikit rasa panik. Masa nak recover tu rasa bilik macam bergerak-gerak atas spring. Mungkin penangan 'E-Defense Shake Table' yang dipasang pada bangunan-bangunan di Jepun untuk mengurangkan impak gempa bumi.

 5.10am - keadaan aman damai di luar lepas tremor...

Konon tak panik tapi laju je jengah luar tingkap. Nampaknya traffic light masih ada di tempat asal (??), lampu jalan pun semuanya elok berdiri tegak macam biasa (??!?), line crossing untuk basikal tu pun elok je - tak bergerak walau sedikit,  tak bersimpang-siur, crack pun tak ada. Hotel pun tak buat apa-apa announcement suruh kitorang evacuate ke tempat lain. Di luar tu pun tenang tak ada sorang pun yang keluar mencari shelter ke apa. So aku assume semuanya terkawal. Bila konfiden semuanya ok, kitorang panjat katil.... sambung berselubung dalam comforter dan tidur semula. Boleh gitu?!!

Pagi tu lepas mandi baru aku teringat yang Hotel Horidome Villa ni letaknya di tengah-tengah business centre. Ada hotel-hotel lain di sini tapi mostly cuma dekat lorong di seberang jalan tu. Bangunan yang berdepan hotel mostly pejabat. Maksudnya, teori aku menunggu kot-kot ada orang berkumpul untuk evacuate di luar macam pagi tadi tu memang tak boleh pakai kecuali kalau tremor berlaku pada waktu bekerja! Waktu-waktu subuh macam tadi bergegarlah kuat mana pun, yang berlari mencari shelter cuma pekerja 7-Eleven, Family Mart dan guest hotel ini sahaja! Haish, crisis management fail betul!

Pagi tu terus check website Japan Meteorological Agency (www.jma.go.jp/en/quake).

Magnitud tremor yang kami rasa tadi tu sekuat 4.2 berpusat di Ibaraki. Mild tremor macam ni pun bangunan dah bergoyang-goyang, bayangkan keadaan gegaran yang lebih kuat. Sebenarnya light tremors adalah perkara biasa di Jepun. Gegaran yang normal biasanya tak melebihi 1 minit dan selalu berlaku pada awal pagi. Bagi aku, ini memang satu kenangan yang precious - tak boleh ditukar ganti. Tapi, cukuplah sekali tu! Lepas tu, hari-hari berdoa janganlah ada earthquake lagi...


Next Entri - ODAIBA!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

8 comments:

  1. Ya Allah kenangan gembira cum pengalaman ngeri gak ni. Campur baur. Rasanya diorang pun dah biasa, setakat less than a minute. Alhamdulillah masa kat Jepun haritu xde kejadian gempa ni. Ke kitorang tidur mati. Hmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang tido mati kot, Bie. Tapi dah rasa sekali tu cukuplah...tak nak lagi lah...no thanx! hehe :)

      Delete
  2. Wahhh hebat sangat ni bila tgk semua ok, terus sambung tidur. hehe kalau saya sure dah jakun sangat dah ni. Terus jd kakjemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu macam mamai-mamai je Naz... blur2 je..:)

      Delete
  3. Huh suspen tu.. biasalah org kita ni bukan biasa sgt dgn gempa2 ni... klu saya pun jadi 'kaget' hehee. Mmg hebat kejuruteraan org2 jepun ni. Thanks sharing Fayreen.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam sedar tak sedar masa tu... macam mimpi pun ada... yelaa...diorang tentu dah biasa incident macam ni kann..

      Delete
  4. ahahaah..boleh sambung balik tido tu tak tahan tu..maybe awal sgt lah tu..sbb tu nangatuk lagi kan..oh jam 5.02 pagi..Kalau JM mesti tak tdo balik sbb risau akan berlaku lagi...dasar PENAKUT heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye JM...mata ni kelat betul masa tu. Nasib baiklah tak ada apa-apa. :)

      Delete