Monday 19 May 2014

EXPLORING TOKYO : AKIHABARA (DAY 1)

Assalamualaikum,

Exploring Tokyo - Akihabara (Day 1). Ini adalah sambungan dari entri Tokyo sebelum ni - Exploring Tokyo : The Arrival - From Narita Airport To Hotel Horidome Villa (Day 1)Lepas kroihh... kroihh tidur tu bila bangun barulah rasa kembali bertenaga. Barulah boleh mulakan aktiviti jalan-jalan kat Tokyo ni. Kalau ikutkan itinerary hari ni kitorang akan ke Imperial Palace dan Akihabara yang terkenal sebagai syurga untuk peminat-peminat anime. Kat sini juga berderet-derat kedai yang jual barangan elektronik dan segala macam gadget. Kiri kanan, depan belakang semuanya gadget belaka!


Itinerary Day 1 - Akihabara

Tapi, petang tu sebab kesuntukan masa, discuss punya discuss kitorang skip dulu lawatan sambil belajar kat Imperial Palace... tu kita datang mengadap dan mencemar duli hari lain nanti. Siapa suruh membuta berjam-jam tadi, kann? Jadi, kitorang mulakan dengan warm-up session kat Akihabara dulu. Tugas untuk ke train station semua tu diserahkan pada Mr. Hubs. Maka upacara pass baton pun bermula dengan jayanya.

Sebenarnya, aku masukkan Akihabara ni as tempat pertama untuk kitorang terjah sebaik saja sampai Tokyo sebab nak ambik Free WiFi Card/ Access. Aku dah pernah cerita pasal Free WiFi Card yang kerajaan Jepun berikan secara percuma kepada foreign tourists kat blog ni dulu. Naah... ni linknya  ---> Japan Free WiFi Access Card. Kad  ni korang boleh pick-up kat beberapa point yang listed dalam link tu. Aku pilih Akihabara sebab pick-up point kat sini paling dekat dengan hotel. Memandangkan hotel pulak provide unlimited WiFi access yang agak laju, plan asal untuk ambik Free WiFi Card kat Akihabara ni dah jadi secondary dan terkubur perlahan-lahan. Tapi, plan asal untuk merayap di Akihabara tetap diteruskan :)

Lepas belek-belek map hasben aku discover yang Akihabara ni within walking distance aje dari hotel yang kitorang stay... kalau berjalan kaki cuma 1.4 km saja. Lagipun the best way untuk explore tempat orang kan dengan berjalan kaki... lebih mudah untuk kita masuk ke ceruk-ceruk yang ada untuk discover macam-macam benda - reverse psychology untuk diri sendiri sebelum angin mengada-ngada aku datang... kang memanjang asyik nak naik train je!

Lepas print screen dan save apa-apa yang patut kami berjalan kaki melangkah beratus-ratus tapak ke Akihabara :)


In less than 20 minutes walaupun berjalan jenis santai-santai saja with a few stops sambil belek-belek map dan snap gambar sana sini tibalaa kitorang di tempat yang dituju. Rasanya ramai yang dah tahu apa yang menariknya Akihabara ni kaan. Aku explain secara ringkas saja laa ya...

Kalau korang jenis yang minat barangan elektronik... gadget, memang IT savy atau hantu games inilah tempat yang sangat sesuai untuk korang sebab memang banyakkkkkk kedai yang menjual barang-barang seumpama tu kat sini. Inilah juga tempat para otaku yang addicted dengan macam-macam karaktor anime/ manga. Once upon a time, masa muda-muda dulu aku minat juga simpan wallpaper/ screensaver anime ni... lepas tu pagi-pagi setiap 2,3 hari sekali sebelum start kerja mesti tukar-tukar wallpaper tu. Kembang punggung bila orang puji wallpaper tu cantik! Sekarang, dah tak rajin nak tukar-tukar lagi daah...

Memandangkan ni cuma warm-up session, kitorang target untuk ke Yodobashi Akiba dulu. Bila ada masa nanti baru kami explore kedai-kedai lain kat the other side of Electric Town yang lebih extreme dengan unsur-unsur anime.  Boleh datang banyak kali sebab dekat dan boleh berjalan kaki aje ke sini konon-kononnya kaan :)



Yodobashi-Akiba.


 Ada 9 tingkat semuanya dan bukan saja jual barangan elektronik.... ada macam-macam barangan lain lagi kat sini. Jom kita melawat kawasan...


Serbu floor yang jual kamera dulu..




Segala macam tripod... yang coloruful... dari yang besar gedabak sampai yang comel lote semua ada...


TV 80" ni kalau tengok cerita seram-seram memang feel... nak lagi feel kena challenge diri tengok sensorang! :)


Toner/ printer cartridge...

 

Benang macam-macam warna pun ada jual uols! Geram pulak tengok kaler benang yang sweet-sweet ni. Terpikir juga nak beli benang ni je as souvenirs untuk orang-orang Malaysia tapi aku takut diorang pakat ramai-ramai lilit aku kat pokok guna benang ni pulak nanti macam mana?! Hahaha...

Kat sini pun ada jual Japanese cosmetics macam Shisheido, Majolica Majorca dan yang sewaktu dengannya. Masa aku pergi tu ada special sales sempena cuti Golden Week. After discount memang harga agak murah... memang berbaloi-baloi kalau beli pun so secara automatik juga mata aku bersinar-sinar tengok segala macam kosmetik yang ada. Sebab tu aku bukan setakat lupa nak ambik gambar tapi lupa diri terus! :p

Dah dapat apa yang dihajati pandai pulak kaki masing-masing rasa lenguh meronda-ronda kat dalam tu... so kitorang keluar dari Yodobashi dan rehat sekejap kat bench yang ada. Area bench ni ada free wifi tapi ai cannot tahan godaan lain yang datang!??



Haa -  ni dia! Siapa suruh duduk kat area bakery?! Sedap gila bau roti kat sini... menusuk-nusuk kat hidung... terus berbunyi-bunyi perut!


Sebenarnya, dari Yodobashi ni nak ke area centre of Electric Town tu ada beberapa route... korang melintas kat simpang depan tu... sampai kat traffic light dalam gambar tu belok kiri... jalan 2, 3 minit sampailah nanti.




Satu lagi route ke Electric Town... melintas je dan jalan straight ikut orang yang ramai-ramai tu... tup-tup lepas tu diorang menghala ke tempat lain... nasiblah korang! Hahaha....

Hari ni kitorang tak merayap all out sangat sebab hari esoknya nak melawat Uncle Mickey. Kena balik bilik awal...rehat-rehat untuk kumpul tenaga sebelum tawaf kat Disneyland nanti. Balik ke hotel pun kitorang jalan kaki gak... on the way tu sempatlah klik-klik 2, 3 keping gambar.


Sungai ni landmark penting dari hotel untuk ke Akihabara, vice versa... kalau tak jumpa sungai ni kitorang dah tersesat jauhlah maksudnya tu...





7-Eleven ni kat depan hotel je... singgah sini jap untuk beli frozen rice.


Ada yang sebungkus dalam tu ada 3... less than 500 Yen jer sebungkus untuk yang ada 5 ni. Boleh guna microwave atau curah air panas dan biarkan beberapa minit sebelum makan. Aku curah dengan air panas je sebab was-was nak guna microwave. 




Hotel Horidome Villa.


Next entri : Tokyo Disneyland (Part 1) ! Korang mesti baca tau! Hahaha... ni memang paksaan :)





-lotsa luv-
Fayreen Mizan

12 comments:

  1. Aku pun gi Disneyland haritu. Sebab ahli rombongan lain nak ke sana. Akihabara xsempat jelajah, cumalah jadi station transit. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie... yang penting korang dah tinggalkan jejak untuk next visit..hehehe

      Delete
  2. rindu sungguh nak jalan2 di Tokyo ni...

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yg sgt menarik Fayreen.. suka tengok gmbr2 bandar tu.. gmbr2 kamera tu pun seronok tengok.. Salam ceria.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Khir... nasib baiklah harga kamera-kamera tu leh wat kita gigit jari jugak kalo nak beli :D ... mcm mana pun kitorang ended up 3x repeat dtg sini! lol

      Delete
  4. Fayree..camno JM leh termissed entry nih :-)
    Biss tu tak jadilah ambik Free Access WIFI tu ek..ish next time nk stay kat hotel ni lah mesti mahal..nk google jap :-)

    ReplyDelete
  5. Ya JM... sampai ke sudah tak ambik free WiFi access tu. Hotel ni tak mahal JM. Kitorang kedekut sikit sebab tau sure pagi2 dah keluar berjalan, pastu garenti malam baru balik... rasa rugi kalau stay hotel mahal-mahal. Total payment untuk 9 malam RM1,913 (USD 601.43) untuk small double bed - non smoking room. Berbaloi kaan? Kalau baca review ada yang kata kecik n WiFi connection tak ok. Bilik memang kecik sikit tapi kitorang berdua rasa ok je.. WiFi pun laju masa kitorang stay tu.

    ReplyDelete
  6. salam sis..perkongsian yg menarik..terjumpa blog sis masa jalan-jalan cari info ttg Tokyo...salam kenal..:p

    http://isharulina2.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga. tq ya singgah sini...insyaallah nanti saya singgah ke isharulina2 :)

      Delete
  7. sis sy plan nk ke sane jugak nov 2015. bleh sis share iternary sbb sy da go thorugh sume entry sis mmg menarik.. bleh tak email atiqahnasir86@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tqah. Masalahnya hard disc laptop akak corrupt. Segala details trip Japan ada dalam tu! Nanti akak try check dalam external hard disc... kalau ada insyaalah akak email ya. :)

      Delete